View: 1848|Reply: 14
|
Pegawai Kantoi Makan Rasuah-Rumah Penuh Hiasan Mewah, Ada Tandas Emas
[Copy link]
|
|
Moscow: Seorang pegawai kanan trafik Rusia yang mengetuai kumpulan penjenayah ditangkap kerana disyaki menerima rasuah.
Kolonel Polis Alexei Safonov dan enam orang lain ditangkap oleh Jawatankuasa Penyiasat Rusia di wilayah selatan Stavropol.
Rakaman video menunjukkan rumah agam Safonov yang dilengkapi bilik dengan hiasan mewah, dewan besar dan tandas dihiasi emas.
Dia dipercayai mengetuai kumpulan penjenayah yang mengeluarkan permit kepada pembawa kargo gandum sebagai pertukaran wang.
Foto: Agensi
Permit itu kemungkinan membolehkan pembawa kargo mengetepikan undang-undang wilayah, termasuk ketika melalui pemeriksaan polis.
Jawatankuasa Penyiasat Rusia yang setanding dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat (AS) memaklumkan kumpulan itu menerima rasuah bernilai 19 juta rubel (kira-kira RM1.09 juta).
Antara ahli kumpulan itu yang ditangkap adalah bekas pegawai trafik kanan, pemeriksa lalu lintas dan empat orang awam.
Alexander Khinshteyn, seorang ahli politik berpengalaman dalam salah satu parti politik terbesar memberitahu lebih daripada 35 pegawai polis trafik ditahan dalam operasi besar-besaran.
Sebanyak 80 premis diserbu dalam serbuan yang menjadi sebahagian kaedah siasatan.
Pihak berkuasa turut merampas sejumlah besar wang tunai, kereta mewah dan dokumen. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah ni kalau x nmpak skrg..kesan die akn nampak kat kturunan..Nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
tandas emassss??? dah tu takde duit cabut tandas ke acane tu? |
|
|
|
|
|
|
|
ni jenis tunjuk kaya padahal gaji ciput..rupanya angkara side income.. |
|
|
|
|
|
|
|
Beginila manusia...{:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Dolu2 ada buat lawatan sambil blajaq kat satu tmpt di jamaica. Paip ayaq kat sinki pun bersalut emas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah ni mmg wujud kat mana2 negara dan bangsa. Selagi namanya manusia.. selagi tu akan lemah bila nampak duit n kedudukan. |
|
|
|
|
|
|
|
iollss ingatkan ni jamban rumah si sotong kertu aka terlajak sotong tu..interior design sama |
|
|
|
|
|
|
|
nampak emas, tapi neraka semua tu. tandas neraka lantai neraka katil neraka hmm tak sanggup tak sanggup |
|
|
|
|
|
|
|
alaa 1 gambar je ke?
nak lah tgk area2 lain dlm rumah dia tu
mesti cantik |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh bukan dalam malaysia keee |
|
|
|
|
|
|
|
Rusia ni kes rasuah tahap cucu aje pd Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Wow interior tu, antonovich design punya sebab iold biasa tengok ID berupa sedemikian. Kira juta juta la renovate rumah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
orang tacky ni memang obses dengan emas ke apa?gila ke toilet emas? nak kencing & BAB je pon |
|
|
|
|
|
|
| |
|