CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemarahan Rakyat Memuncak Stok Vaksin Tak Cukup

27-7-2021 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4810| Komen: 35

Description: Thailand pada awalnya menjadi antara negara yang disifatkan ‘bijak mengurus’ pandemik Covid-19 apabila kes jangkitan di negara ini tidak setinggi negara lain.
Thailand pada awalnya menjadi antara negara yang disifatkan ‘bijak mengurus’ pandemik Covid-19 apabila kes jangkitan di negara ini tidak setinggi negara lain.

Namun, keadaan itu berubah pada awal tahun ini apabila sedikit demi sedikit kes jangkitan mula meningkat dan akhirnya kini menjadi kebimbangan pelbagai pihak.


Ketika kes jangkitan dan jumlah kematian akibat Covid-19 terus meningkat, kemarahan rakyat turut memuncak terhadap kerajaan yang disifatkan ‘terlalu leka dan selesa’ dengan pandemik koronavirus di negara masih terkawal.


Kredit foto: Reuters

Selain itu, masalah program vaksinasi yang kini berdepan dengan bekalan dos tidak mencukupi dan jadual penghantaran tidak menentu turut menambah ‘duka’ di Thailand.

Pengkritik sosial dan penulis, Sarinee Achavanuntakul berkata, kebergantungan Thailand terhadap dua jenis vaksin sahaja iaitu AstraZeneca dan Sinovac menyebabkan masalah itu timbul selain mempersoalkan kenapa negara ini tidak menyertai program perkongsian vaksin, COVAX.


“Thailand kini hadapi masalah sama dengan negara lain akibat Covid-19, bukannya masalah lain dan kenapa tidak belajar dari semua itu? Kenapa tidak ambil langkah yang sewajarnya?,” soalnya.

Dalam pada itu, banyak temu janji vaksin ditangguh susulan bekalan tidak mencukupi dan perkara itu meresahkan rakyat negara ini.

Onamon Chairpramote berkata, dia dimaklumkan bekalan vaksin tiada dan tidak tahu bila stok baharu akan dihantar.

“Ini semua sia-sia. Pihak berkuasa juga tidak maklumkan kepada kami bila bekalan vaksin akan tiba, sedangkan kes jangkitan terus meningkat,” katanya.

Pada minggu lalu, Pengarah Institut Vaksin Kebangsaan, Nakorn Premsri membuat permohonan maaf terbuka kerana gagal membekalkan dos vaksin yang mencukupi utk rakyat negara ini.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 27-7-2021 10:47 AM
dulu ramai puji thailand kes sikit
Quote bictoria 27-7-2021 10:50 AM
pulak dah. bukan ke thailand ada buat vaksin AZ jugak
Quote tungkai 27-7-2021 10:56 AM
Sama kes macam Malaysia awal2 dulu bila vaksin takde stok. Trend meroyan yg sama..
Quote Kakpom 27-7-2021 11:35 AM
Dan hari neh site aku semua bangla dicucuk vaksin. Rakyat sendiri pun ada lg tak cucuk.
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 11:44 AM
jangan selesa sangat.
terutama berdepan benda cepat jangkit
Quote RatuDunia94 27-7-2021 11:59 AM
Skrg rakyat malaysia dh mula selesa dgn covid. X mustahil delta varian atau lebih ganas akan melanda.
Quote maitang 27-7-2021 12:02 PM
jgn ada variant baru lagi ganas muncul sudah...
Quote kemaruk 27-7-2021 12:04 PM
kerajaan thailand ni bodoh

apa susah, suruh la nurse tu tipu2 cucuk, atau bubuh je air suam dalam picagari tu
Quote liton 27-7-2021 12:05 PM
Malaysia pun dulu ‘bijak mengurus’....skrg dah capai sejuta kes.

Masa ‘bijak mengurus’ tu jgn cuit sikit pun abahcow ...habislah kena serang.
Quote delia3003 27-7-2021 12:09 PM
Kakpom replied at 27-7-2021 11:35 AM
Dan hari neh site aku semua bangla dicucuk vaksin. Rakyat sendiri pun ada lg tak cucuk.


Tak payah nak dengki sangat ler. Dah diorang ni pun lubuk covid jugak. Ni salah satu cara nak lindungi rakyat. Majikan diorang bayar jugak utk kos pengurusan. Ni yg under PIKAS, kerjasama awam-swasta.
Quote mama_neko 27-7-2021 12:16 PM
delia3003 replied at 27-7-2021 12:09 PM
Tak payah nak dengki sangat ler. Dah diorang ni pun lubuk covid jugak. Ni salah satu cara nak li ...

majikan kena bayaq kos apa ya.  sbb kompeni laki aku pun masuk program ni, majikan dia kata klau tk mai vaksin kena bayaq gantirugi
Quote delia3003 27-7-2021 12:22 PM
mama_neko replied at 27-7-2021 12:16 PM
majikan kena bayaq kos apa ya.  sbb kompeni laki aku pun masuk program ni, majikan dia kata klau t ...

Kos pengurusan termasuk bayar sukarelawan dan kakitangan bertugas, sewa tempat. RM90 tak silap setiap orang, majikan tanggung. Macam syarikat korporat ada je yg buat PPV sendiri, lagi besar ler kos.
Quote mama_neko 27-7-2021 12:24 PM
delia3003 replied at 27-7-2021 12:22 PM
Kos pengurusan termasuk bayar sukarelawan dan kakitangan bertugas, sewa tempat. RM90 tak silap set ...

owh patutla... okla program mcm ni,, cpt sikit proses dia..
Quote pikah89 27-7-2021 12:29 PM
Bkn da import bnyk ke
Quote delia3003 27-7-2021 12:33 PM
mama_neko replied at 27-7-2021 12:24 PM
owh patutla... okla program mcm ni,, cpt sikit proses dia..

Kalau construction sector, ada yg ambik under CIDB, CIDB sediakan PPV, kos setiap orang RM140, CIDB tanggung RM50, RM90 lagi majikan bayar tapi slot pun terhad ler.
Quote truememe 27-7-2021 01:21 PM
maitang replied at 27-7-2021 12:02 PM
jgn ada variant baru lagi ganas muncul sudah...

Ada dah kan.varian lambda.tadi baca varian tu kalis vaksin
Quote maitang 27-7-2021 02:10 PM
lambda pulak dah..... kompem2 semua kena update dos la maksudnya
Quote mama_neko 27-7-2021 02:38 PM
delia3003 replied at 27-7-2021 12:33 PM
Kalau construction sector, ada yg ambik under CIDB, CIDB sediakan PPV, kos setiap orang RM140, CID ...

tapi still berbaloi utk majikan ambil.. cepat vaksin, boleh avoid kluster tempat kerja, and boelh proceed project cepat2...
Quote OyenLemas 27-7-2021 02:45 PM
delia3003 replied at 27-7-2021 12:33 PM
Kalau construction sector, ada yg ambik under CIDB, CIDB sediakan PPV, kos setiap orang RM140, CID ...

ooo jadi betul laa. ade vaksin yg perlu dibayar

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.065167 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top