CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Maut Tercekik Buah Melaka

27-7-2021 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6171| Komen: 41

Seorang warga emas maut selepas tercekik buah melaka ketika menjamah kuih berkenaan di rumahnya di Kampung Lentang, di sini, hari ini.

Mangsa, Siti Meriam Abdul Rafar, 82, disahkan meninggal dunia di Hospital Lipis pada 11 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, punca kematian wanita itu adalah kerana tercekik.


Gambar hiasan

"Ketika kejadian, mangsa sedang menikmati juadah berkenaan bersama anak lelakinya," katanya.

Katanya, mangsa yang tinggal di Kampung Lentang, di sini, segera dikejarkan ke hospital oleh anak lelakinya berusia 41 tahun selepas menyedari ibunya tercekik kuih berkenaan.

"Pada mulanya anaknya menghubungi pihak klinik kampung memaklumkan kejadian itu namun dia dinasihatkan supaya terus membawa mangsa ke Hospital Lipis," katanya.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 26-7-2021 09:08 PM
buah ni nak makan kena gigit sikit2...bahaya kalu telan sebijik2 lagi2 kalu besar ibu jari
Quote Afna 26-7-2021 09:32 PM
Kena berhati2 makan kuih2 chewy mcm ni.. risau anak2 kecik, atok2 nenek2, nak kunyah hancur2, gigi pun kdg x ada.. alfatihah buat nenek..
Quote dedek12 26-7-2021 09:37 PM
Beringat la wei nak makan apa pun
Quote white_musk 26-7-2021 09:39 PM
Anak anak ikut selera sendiri... Bagi ibu bapa yang sudah tua tak larat makan makanan yang kena kunyah semua ni.

Sama juga ada anak anak yang ikut selera sendiri masak pedas2. Kesian orang tua yang tinggal bersama
Quote rosmahisham 26-7-2021 09:41 PM
Aritu ada kes tercekik kuih koci..jenis tepung pulut ni mmg liat & licin..mkn pelan2 lah dh tua x de gigi lg bahaya..klu pakai gigi pelesu pon bahaya mkn kuih koci / buah melaka kni..apa lg klu buah melaka gula melaka/kabung x sempat cair dh angkat..seketul besar gitu tertelan mmg nahas!!!
Quote Eliadaisy83 26-7-2021 09:48 PM
Kalau tak silap arwah jins samsudin dulu meninggal sebab tercekik cekodok.
Quote delia3003 26-7-2021 09:56 PM
xpdckelate replied at 26-7-2021 09:08 PM
buah ni nak makan kena gigit sikit2...bahaya kalu telan sebijik2 lagi2 kalu besar ibu jari

Ramai yg lebih suka terus makan sebijik macam tu sebab inti gula melaka tu cair, tak nak meleleh keluar bila gigit
Quote xpdckelate 26-7-2021 09:59 PM
delia3003 replied at 26-7-2021 09:56 PM
Ramai yg lebih suka terus makan sebijik macam tu sebab inti gula melaka tu cair, tak nak meleleh k ...

betul..kalu gigit nanti meleleh kat tangan...tapi utk keselamatan better camtu..ataupun pastikan bila buat tu gentel kecik2 je..budak2 tak digalakkan makan buah ni..kalu nak bagi juga,kena gigit kecil2...sedap tapi bahaya
Quote dua_chzy 26-7-2021 10:00 PM
Heimlich teknik ke apa namanya tu yang boleh tolong keluarkan makanan tercekik dari mulut? Ai hada blaja but if betul2 hada kes depan mata ai, tatau ai reti ka idok guna ilmu tu. Teringat cerita adik, kelig meninggal depan mata karna tercekik makan sebab sorang pun kat opis tu tak reti buat Heimlich.
Quote delia3003 26-7-2021 10:06 PM
xpdckelate replied at 26-7-2021 09:59 PM
betul..kalu gigit nanti meleleh kat tangan...tapi utk keselamatan better camtu..ataupun pastikan b ...

Kalau yg jual biasa size besar2, jimat masa penyediaan. Kalau size besar memang bahaya makan sebijik terus
Quote aezvogue 26-7-2021 11:14 PM
Budak pun bahaya makan kuih ni..chewy jenuh nak kunyah..kesiannya warga emas tu makan smp tercekik
Quote ahlam_nabiha 26-7-2021 11:21 PM
Salam takziah, malang tak berbau, iols pernah telan ubat pastu rasa lekat kat tekak.. Apa lg tepuk belakang badan cepat2.. Nasib baik kuar, ada mcm2 teknik utk kita amik tau bila jadi mcm ni tak panik @ boleh bantu org lain.
Quote ifanonline 26-7-2021 11:22 PM
arwah p.ramlee dah ckp dah kat fatimah hatim thai
Quote Carcosa 26-7-2021 11:40 PM
Kena ada ilmu Heimlich Manoeuvre ni. Basic First Aid. Disamping CPR, Heimlich Manoeuvre ni wajib tau yach. Especially yg ada baby/toddler.
Kena gali sendiri yach, sbb Heimlich utk baby/toddler, lain caranya. Ni me'ols attach utk adult.
Quote Zaien 26-7-2021 11:43 PM
Sme dgn dodol.. jgn main bedal jek..
Melekat kt tekak tiba jadi trcekik
Quote mclaren 26-7-2021 11:47 PM
dua_chzy replied at 26-7-2021 10:00 PM
Heimlich teknik ke apa namanya tu yang boleh tolong keluarkan makanan tercekik dari mulut? Ai hada b ...

Ai pernah once buat Heimlich kat kanak2. Berjaya la terkeluar balik benda tercekik tu (not food).

Dodol pun biasa dengar orang tercekik dan meninggal.
Quote Kupucandy 26-7-2021 11:51 PM
Innalillahiwainnaillahirojiun... Klau dah smpai ajal tak dpt lari ke mana…
Quote shy79 26-7-2021 11:57 PM
dua_chzy replied at 26-7-2021 10:00 PM
Heimlich teknik ke apa namanya tu yang boleh tolong keluarkan makanan tercekik dari mulut? Ai hada b ...

skrg diajar dlm sains ting 4 sis..at least depa tau la teknik heimlich manoeuvre ni apa
Quote Meiizu 27-7-2021 12:00 AM
My mom..boba tea pun marah kalau bagi cucu.
Ooo inilah sebabnya

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.082679 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top