CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2 Minggu Lesap, Mawar Rashid Sekeluarga Positif Covid-19 Rupanya

25-7-2021 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9911| Komen: 47

Pasangan selebriti Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob tampil mendedahkan bahawa mereka sekeluarga baru sahaja sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram Mawar, kedua-dua pasangan suami itu berkongsi pengalaman mereka dijangkiti Covid-19 selama dua minggu, sekali gus menjawab teka-teki ‘kehilangan’ kedua-duanya dalam laman sosial.


Ujar Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 36, dia tampil membuat pendedahan tersebut selepas mendapat banyak pertanyaan daripada pengikutnya apabila tiba-tiba dia bersama isteri sepi dalam media sosial.


Kredit foto: IG Mawar

“Untuk makluman semua, sebenarya ada perkara tidak disangka terjadi pada kami sekeluarga sejak dua minggu lalu.

“Awal bulan lalu, saya tiba-tiba jatuh sakit sehingga tidak boleh bangun. Isteri saya, Mawar sangat risau sebab saya jarang sakit. Saya kemudiannya pergi melakukan ujian calitan Covid-19 dan ternyata keputusannya adalah positif,” ujar Raf.


Kata adik kepada penyanyi dan juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu lagi, selepas mengetahui dirinya dijangkiti Covid-19, dia telah menyuruh Mawar melakukan ujian calitan bersama anak-anak.

Pada hari yang sama juga, anak sulungnya, Raden Ahmad Rayyan (anak tiri Mawar), 10, turut disahkan positif.

“Selang empat hari kemudian, Mawar pula demam dan apabila menjalani ujian calitan untuk kali kedua, ternyata isteri juga positif.

“Lepas Mawar demam, anak ketiga saya, Raden Muhammad Rafael (anak sulung Raf dan Mawar) pula disahkan positif. Selang sehari, anak bongsu kami, Raden Seri Rosabella Cinta pula demam dan turut disahkan positif. Senang cerita satu keluarga dijangkiti Covid-10,” kata Raf.

Ujar pelakon drama TQ Captain itu, dia tidak tahu bagaimana dirinya sekeluarga boleh dijangkiti virus tersebut memandangkan Mawar dan anak-anaknya langsung tidak keluar rumah.

Bagaimanapun, Raf memberitahu, sesekali dia ada juga keluar ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan rumah.

“Kemungkinan besar saya dijangkiti ketika keluar memberi barang di pasar raya. Apa yang dengat, seminggu selepas saya disahkan positif, pasar raya tersebut telah ditutup sebab ada 15 orang pekerjanya positif Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashi, 26, berkata, pengalaman dia bersama keluarga mengharungi musibah dijangkiti Covid-19 selama dua minggu cukup membuatkan dia trauma dan berharap tidak berlaku lagi dalam keluarganya.



“Demam akibat Covid-19 bukan demam biasa. Terasa sangat sakit sehingga membuatkan saya rasa tertekan.

“Apa yang saya bimbangkan ialah anak-anak sampai saya tidak cukup rehat, tidur pun cuma dua jam sahaja kerana menjaga anak-anak,” kata Mawar.

Ujarnya lagi, walaupun dia terpaksa kuatkan semangat, namun akhirnya dirinya ‘tewas’ pada hari kelima selepas mengalami demam panas yang teruk.

“Saya demam tak berhenti dan berpanjangan .Saya cuma mampu berzikir sahaja setiap hari supaya sihat. Bila dijangkiti Covid-19, barulah kami tahu siapa yang benar-benar ambil berat tentang saya sekeluarga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Raf dan juga Mawar meminta masyarakat supaya menjaga diri sebaik mungkin kerana Covid-19 bukannya perkara palsu yang boleh dipandang remeh.



“Kamu semua tidak boleh jangka akan dijangkiti Covid-19. Virus ini ada di mana-mana sekarang. Walaupun kami sekeluarga telah disahkan bebas Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tapi kesannya masih dirasai sehingga sekarang,” kata Mawar yang masih mengalami sakit badan dan kepala serta batuk.

Terdahulu, selain Mawar sekeluarga, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam turut ditimpa nasib sama apabila dia termasuk suami, enam orang anak serta tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 8 Julai lalu. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hashashes 25-7-2021 03:59 PM
So kuarantin kat rumah je la?
Quote chekacheku 25-7-2021 04:08 PM
Kita ni ibarat berjalan atas bom jangka..semoga Allah melindungi kita semua..aminn
Quote Nozot 25-7-2021 04:21 PM
apa pentingnya dia nie dalam industri ya wahai pemoja..heran betul dahlah kalau ulas sst isu nampak sangat kurang cerdiknya
Quote pinksarah 25-7-2021 04:56 PM
anak2 Raf dgn ex wife got good features..sharp

barangkali ex wife cantik agaknya..
Quote HappyGumbira 25-7-2021 05:23 PM
seriously takut tgk rate kes selangor - kl. umpamanya ko tarik napas tepi rumah je pun boleh kena covid
Quote nakkomenjugak 25-7-2021 06:31 PM
moga cepat sembuh anak2 nya
Quote Laisa 25-7-2021 06:55 PM
pinksarah replied at 25-7-2021 04:56 PM
anak2 Raf dgn ex wife got good features..sharp

barangkali ex wife cantik agaknya..

Ex wife mmg sgt cantik.. i penah jumpa the ex masa zaman dia belajar mmu lagi..  i rasa dia mcm terlalu cantik.. masa zaman tu laa
Quote dudaberhias 25-7-2021 07:23 PM
pasangan yang gigih berpesen rambut sana sini.... pesen baju sana sini untuk nampak herlok tapi tetap la tak herlok... cc @MontanaHannah
Quote slyfynx 25-7-2021 08:06 PM
Sape yang nk hairan tu?
X wujud ke, wujud ke, xde efek pun
Quote CapitalE 25-7-2021 08:20 PM
X hairan pun takat hilang kejap dari social media. Kalau bertaun hilang tanpa khabar berita macam saripah aini baru la hairan. Tertanya jugak mana pegi dia.
Quote mxsssgi81 25-7-2021 08:39 PM
Xpasan pun hilang..
Quote Sachacha 25-7-2021 08:59 PM
Sapa aja la yg perasan kehilangan si bimbo ni
Quote Sheila1987 25-7-2021 10:07 PM
Moga cepat sembuh
Quote ninnamina 25-7-2021 11:31 PM
Takziah... moga cepat sembuh
Quote doubleA 26-7-2021 01:37 AM
1 dalam 33 org skg poaitif covid. Imagine dlm 1 kelas tu ada yg positif huhu seramnya realiti skg. Common dah terkena jangkitan, dan once sorang kena, efek satu family. Takziah dan semoga cpt sembuh. Kesian baby dan anak kecil
Quote MontanaHannah 26-7-2021 01:38 AM
dudaberhias replied at 25-7-2021 07:23 PM
pasangan yang gigih berpesen rambut sana sini.... pesen baju sana sini untuk nampak herlok tapi teta ...




Jumpa kat kita mangkuk jamban ini ,kita  hempuk dengan bontot kuali penggggGGGGGGGGG
Quote Kupucandy 26-7-2021 01:48 AM
Moga ALLAH kurniakan kesembuhan buat mawar & family…
Quote AvengersPanther 26-7-2021 02:49 AM
Semoga di beri kesembuhan buat mawar & family…
Quote Lolalala 26-7-2021 08:17 AM
Mostly artis dan yg bukan artus ni, kalau positive mesti terus nyorok. Takut kena blaim kot. Padahal orang nak tahu untuk kesan kontak rapat.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.073137 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top