CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PPKM Darurat Indonesia Melarat Sampai Muncul Mural ‘Tuhan Aku Lapar’

25-7-2021 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2817| Komen: 7

Satu lukisan mural bertulis ‘Tuhan Aku Lapar’ yang dilukis di daerah Tigaraksa, Tangerang, Jawa Timur menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.

Mural sepanjang 12 meter dan memiliki tulisan berwarna putih yang dilukis pada  dinding hitam itu kelihatan sangat menyerlah dan imejnya telah dimuat naik di akaun Twitter @txtdaritng.


Tangerang ketika ini sedang dalam pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat tahap empat sehingga 25 Julai depan, yang juga merupakan sekatan aktiviti sosial dan ekonomi yang paling ketat bagi membendung penularan wabak Covid-19.


Mural yang dilukis itu berwarna putih dan keliahtan sangat menyerlah. -Twitter

Akibatnya, banyak perniagaan yang terpaksa ditutup dan imej mural itu dikatakan cukup berkait rapat dengan derita rakyat Indonesia ketika ini.

Netizen yang melihat mural tersebut meninggalkan pelbagai komen dengan ada yang menganggap ia kreatif dan ada juga yang mengkritik tindakan tersebut.


“Jika lapar, makan bukannya beli cat untuk conteng dinding,” tulis seorang netizen.

“Bagus ya kerana mengadu pada Tuhan,” tulis seorang lagi netizen.

“Makanan mudah dicari, anda pasti runsing memikirkan bayaran ansuran dan hutang kan?” tulis netizen seorang lagi.

Mural tersebut bagaimanapun sudah dipadamkan oleh penduduk setempat bagi mengelak perkara yang tidak diingini. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 25-7-2021 03:11 PM
Jangan jadi macam malaya tapi takmo dengar
sekarang apa dah jadik...
mohon bertabah....
Quote rosmahisham 25-7-2021 06:49 PM
Edited by rosmahisham at 25-7-2021 08:30 PM

Lapar2 pon bertenaga jgk buat mural tu..semoga dipermudahkn..kita yg maju dr derang pon struggle nk hidup zmn covid ni..derang lagi la ssh nk cari duit..rumah mgkin besar,tanah berelung2 tp duit simpanan x byk!mcm ada terdengar2 derang g haji pon ada yg travel agency bg hutang dulu.tak igt siapa yg bgtau mgkin maid lama /aku jumpa jemaah hj/umrah indon kat mekah. igt2 lupa lah.
Quote lurve82 25-7-2021 07:04 PM
Ada borak2 dgn ex maid abg aku…kat sini kita bertuah ada mcm2 bantuan..dkt indon mana ada..dkt sana dorg susah2 bunuh diri je…tu yg ramai anak2 yatim…kesian betul…
Quote Skuau 25-7-2021 09:24 PM
lurve82 replied at 25-7-2021 07:04 PM
Ada borak2 dgn ex maid abg aku…kat sini kita bertuah ada mcm2 bantuan..dkt indon mana ada..dkt sana ...

itu pon indon ada berlagak kat Msia ni....ntah2 drng(yg duk Msia la ni)pon ada dpt bantuan drp NGO tempatan.
Quote lurve82 25-7-2021 09:52 PM
Skuau replied at 25-7-2021 09:24 PM
itu pon indon ada berlagak kat Msia ni....ntah2 drng(yg duk Msia la ni)pon ada dpt bantuan drp NGO ...

Tu la pasal..baik campak balik indon je yg xsedar diri ni..
Quote Ayda89 1-8-2021 10:59 PM
dekat kwsn aku ngo2 ramai yg bg bantuan tapi kaum pendatang ni sapu habis, yg tempatan dtg lmbt sikit habis tak tinggal apa
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 03:37 PM
allahu.. semoga kita dijauhkan dr begini tp dah lama sgt tak boleh kuar ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.040412 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top