Teruja betul Nubhan mengumumkan isterinya kini hamil anak ketiga. Tidak sabar menunggu kehadiran ahli keluarga baru, Nubhan meminta orang ramai mendoakan kesihatan isteri dan bayi dalam kandungan. Bagaimanapun, Nubhan memaklumkan isterinya mengalami mabuk hamil paling teruk setakat ini. "Saya yang tak mabuk ni pun boleh mabuk tengok dia," tulisnya di Instagram. Sementara itu, di Instagram isterinya, Dr Afifah Tawfek mendedahkan dia mengalami alahan teruk hingga sukar merahsiakannya. Malah, dia pada mulanya menyangkakan morning sickness dialaminya sebagai kemurungan.
Apapun, tahniah Nubhan dan isteri! Bertambah baby PKP. - CARI
|
ADVERTISEMENT