CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tahun Ini Balik Raya Korban Lembu Atau Korban Mak Bapak?" - Jasmin Hamid

21-7-2021 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1933| Komen: 1

"Tahun ini balik raya untuk korban lembu atau korban mak bapak?"

Demikian kata pelakon, Jasmin Hamid yang turut meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir individu yang sanggup menipu semata-mata untuk merentas negeri dan pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidiladha.


Jasmin berkata, orang ramai sepatutnya lebih menghargai petugas barisan hadapan yang bertugas tidak kira masa dan hari.


Kredit foto: IG Jasmin

"Salam Aidiladha buat semua petugas barisan hadapan kita yang masih bertugas tak kira masa dan hari. 

"Kita seronok duduk rumah, makan rendang, ketupat bagai, tetapi cuba tengok petugas barisan hadapan kita. Mereka pun ada keluarga, tapi demi tugas, korbankan semuanya.



"Yang kebal Covid-19 itu, sibuk nak merentas walaupun dah kata tak boleh merentas. Segala macam alasan pula timbul semasa raya ini sampai sanggup menipu," tulisnya.

Jasmin menerusi hantaran di Instagram berkata turut menyelar tindakan individu tidak bertanggungjawab itu yang akhirnya akan memberi kesan kepada orang lain.



"Sudahnya, menyusahkan orang lain nanti. Belum kena batang hidung sendiri, 'hoorey' lah dulu. Nanti baru meraung, tapi waktu itu dah terlambat.

"Biarlah kami yang patuh prosedur operasi standard (SOP) tak dapat beraya tahun ini, tersadai di rumah sebab kami tak sanggup nak korbankan keluarga.

"Seronoknya sehari, tapi merana sampai bila-bila. Hebat bukan?" tulisnya.



Dalam hantaran sama, Jasmin juga memuat naik video luahan seorang penggali kubur yang juga petugas barisan hadapan dalam memastikan proses pengebumian jenazah berjalan lancar.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:37 PM
kalau ada jenis hati hitam bontot kuali, nak dapat harta cepat, gitu la MO nya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.039406 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top