Penyanyi Bob Yusof mengambil inisiatif menjual kek sebagai usahanya untuk terus memperoleh sumber pendapatan bagi menampung kelangsungan hidup, sejak berlakunya penularan Covid-19.
Bob berkata, walaupun sudah lama tiada tawaran persembahan nyanyian, namun dia sentiasa cuba mencari jalan lain untuk mendapatkan pendapatan bagi meneruskan kehidupan. "Selama ini, saya mengaku hanya bergantung hidup dengan tawaran nyanyian sahaja. Tapi, sejak munculnya Covid-19 saya sedaya-upaya mencuba cari kaedah lain untuk dapatkan sumber pendapatan. "Antara usaha gigih dilakukan, saya aktif membuat kelas vokal secara dalam talian (online), selain menjalankan perniagaan menjual kek.
"Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat juga menampung perbelanjaan kehidupan saya dan terus meniti hari-hari mendatang dengan sabar. "Saya juga bersyukur kawasan kejiranan yang didiami ini sangat positif dan menyokong usaha dilakukan. Mereka sangat baik dan kami saling bantu-membantu di antara satu sama lain," katanya.
|
hyie replied at 21-7-2021 05:33 PM
u go girl!
naina replied at 21-7-2021 12:07 PM
Bila nak.kurus? Muka.lebih kurang dengan Syamel tu. Tapi Syamel da kurus..terus sambar ernie
ADVERTISEMENT