"Kau tak peka dan sensitif ke apa? Kau duduk kat Malaysia ke kat overseas? Aku doakan aku taklah se-desperate kau." Nampak marah betul Ning Baizura dalam satu kemas kininya di Instagram, semalam.
"Emas kau tak ke mana dik. Baik share dengan orang yg tak ada job, tak ada makanan, tempat tidur, duit. "Produk kau tak kemana weiiii setakat nak glamour, kau nak mengalimkan mata masyarakat. Konon kau baik, kau dan berubah.. Konon konon laaaa. "Sudah-sudah lah buat-buat tak tahu, tak peka.. Penjualan kau tu boleh membantu orang lain yang merempat. "Jangan buta mata, buta hati. Biar puteh tulang, jangan puteh mata dan semangat!" tulisnya. Di ruangan komen, ramai tertanya-tanya, siapa kepada siapa post itu ditujukan. Malah, ada yang meneka Zarina Anjoulie atau Caprice individu dimaksudkan Ning itu, namun semuanya masih menjadi teka-teki. Bagaimanapun, Ning kemudian menegaskan hantaran itu bukan ditujukan buat individu tertentu. Pun begitu, ada netizen mendakwa perkataan PUTEH yang ditulis Ning adalah klunya. Siapa yang dikaitkan dengan PUTEH itu? - CARI
|
beni_nikaido replied at 19-7-2021 05:24 PM
udah berbaris2 awak menulis. bila org speku2 terus la kata x ditujukan kepada org2 tertentu.
penaku ...
Carcosa replied at 20-7-2021 10:57 PM
Mula2 mmg meols speku Qu Puteh, sbb dia dok kata emas n produk kan.
Tapi kata berubah, mcm bukan.
...
ADVERTISEMENT