CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kartunis Hina Nabi Muhammad Meninggal Dunia

19-7-2021 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6556| Komen: 54

Description: COPENHAGEN – Kartunis Denmark, Kurt Westergaard yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana melukis karikatur Nabi Muhammad, meninggal dunia pada usia 86 tahun, kata keluarganya kepad ...
COPENHAGEN – Kartunis Denmark, Kurt Westergaard yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana melukis karikatur Nabi  Muhammad, meninggal dunia pada usia 86 tahun, kata keluarganya kepada media Denmark semalam.


Westergaard meninggal dunia semasa tidur selepas lama jatuh sakit,  keluarganya memberitahu akhbar Berlingske.

Ilustrator tersebut bertanggunjawab terhadap 12 gambar yang diterbitkan akhbar harian konservatif, Jyllands-Posten di bawah tajuk ‘Wajah Mohammed’. Karikatur itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Foto:  EPA
Kartun biadab itu pada awalnya hampir tidak diketahui umat Islam tetapi setelah dua minggu bantahan diadakan di Copenhagen, duta-duta negara Muslim membuat bantahan kepada Denmark.


Kemarahan kemudian merebak menjadi bantahan ganas anti-Denmark di seluruh dunia Islam pada Februari 2006.

Keganasan berkaitan kartun itu memuncak dengan pembunuhan beramai-ramai pada tahun 2015  melibatkan 12 pekerja majalah mingguan satira, Charlie Hebdo di Paris.

Westergaard bekerja dengan Jyllands-Posten sejak pertengahan tahun 1980-an sebagai ilustrator dan menurut Berlingske, gambar yang dimaksudkan sebenarnya pernah dicetak sebelum itu tetapi tanpa mencetuskan banyak kontroversi.

Westergaard seperti sebilangan individu lain yang dikaitkan dengan kartun tersebut hidup di bawah perlindungan polis di alamat rahsia termasuk pada tahun-tahun terakhirnya.

Pada awal 2010, polis Denmark menangkap seorang warga Somalia berusia 28 tahun yang bersenjatakan pisau di rumah Westergaard di mana dia merancang untuk membunuhnya. –CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:20 PM
selamat menjawab pertanyaan di kubo. next
Quote mbhcsf 19-7-2021 03:30 PM
maka , dia berhadapan dengan hakikat and realiti barzah.
Quote opie5662 19-7-2021 03:44 PM
Rest in hell
Quote Buritan 19-7-2021 03:46 PM
nakkomenjugak replied at 19-7-2021 03:20 PM
selamat menjawab pertanyaan di kubo. next

Takdan jawab pung.. dah kena bako dah pung
Quote Buritan 19-7-2021 03:48 PM
Aku kalo cina indu yg baik mati.. aku sedih.. siap aku doa jugak yg terbaik buat dia.. wpun aku tau Allah tak terima.. tak tau la aku ni.. org baik aku sayang..
Quote virgo19 19-7-2021 04:48 PM
Alhamdulillah
Quote white_musk 19-7-2021 04:49 PM
Buritan replied at 19-7-2021 03:48 PM
Aku kalo cina indu yg baik mati.. aku sedih.. siap aku doa jugak yg terbaik buat dia.. wpun aku tau  ...

Mana adik buritan tau Allah tidak terima?
Quote Buritan 19-7-2021 04:53 PM
white_musk replied at 19-7-2021 04:49 PM
Mana adik buritan tau Allah tidak terima?

Ontah.. aku agak aje loo
Quote Punat_button 19-7-2021 05:54 PM
ilmu dah sempat perturunkan ka?

Quote abangbikerz 19-7-2021 06:37 PM
mbhcsf replied at 19-7-2021 03:30 PM
maka , dia berhadapan dengan hakikat and realiti barzah.

memandai je kau goshhh
Quote pooh~key 19-7-2021 07:38 PM
Alam apa chuols cakapkan ni dek? Alam santa claus ke dek? Mana wujudlah alam tu dek.. Tu semua khayalan pakcik berjanggut yang gila je dekk… mana ada bukti alam tu wujud pun dekkk…
Quote Nokiaman 19-7-2021 08:51 PM

Sapelaa hang nak tentukan Hell or Heaven?
Quote ifanonline 19-7-2021 08:54 PM
bahan bakar neraka jahanam saudara kurt ni
Quote Decaffeinated 19-7-2021 08:55 PM

Pada awal 2010, polis Denmark menangkap seorang warga Somalia berusia 28 tahun yang bersenjatakan pisau di rumah Westergaard di mana dia merancang untuk membunuhnya.
Somalia ni apparently don't think so


Quote Redskin 19-7-2021 09:38 PM
white_musk replied at 19-7-2021 04:49 PM
Mana adik buritan tau Allah tidak terima?

Aku jawab bagi pihak @Buritan

Terang2 dlm surah At Taubah : ayat 113
Allah SWT tidak benarkan Nabi SAW dan
Orang2 beriman mendoakan keampunan bagi Kafir2 yg mati kerana orang2 Kafir ni kekal tempatnya di Neraka.

Mendoakan hal2 duniawi bagi kafir2 yg
masih hidup, itu dibenarkan.
Quote Redskin 19-7-2021 09:45 PM
opie5662 replied at 19-7-2021 03:44 PM
Rest in hell

Yaa..Rot in Hell Forever bagi Kafirun
jadik kayu api di Neraka Jahanam.

Surah Al-Bayyinah: ayat 6.
Quote mbhcsf 19-7-2021 09:56 PM

absolute rea;ity ialah akhirat esok yups

itu yg hakikat and realiti

right now barzah ialah realiti dia ....
Quote djzara81 19-7-2021 10:05 PM
Etis bila nak sakaratul maut mesti nak cakap I believe in God malangnya too late nak ucapkan sbb nyawa dah separuh kt halkum. Padan muka etis!
Quote tripleid 19-7-2021 10:06 PM
Edited by tripleid at 19-7-2021 10:16 PM

Senangnya dia 'pergi' ..mati dlm tido..x jadi pun mcm kisah2 ngeri sakaratul maut mcm yg ustak2 slalu cerita dlm ceramah tuh

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049875 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top