CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gandingan Naqiu Dan Elizabeth Tan Sebagai Hero Heroin Macam Tak Kena

19-7-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9013| Komen: 56

Sekali tengok gandingan penyanyi Naqiu dan Elizabeth Tan sebagai teraju utama dalam filem mungkin seperti tidak kena.

Malah ia turut dirasai sendiri Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 35, apabila pertama kali dimaklumkan dia bakal menjadi hero dalam filem Mat Bond Malaya.



Foto: IG

"Saya tak pernah jangka pun, apabila diberitahu heroin filem ini adalah Elizabeth Tan, saya rasa macam tak sesuai.

"Mana tidaknya, hero dia macam ni... lepas tu digandingkan pula dengan heroin yang lawa betul.

"Bagi saya kalau dalam dunia realiti memang tak kena la kalau hero dan heroin macam ni," katanya dengan nada merendah diri kepada mStar.




Dia ditemui pada sidang media filem Mat Bond Malaya yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Mat Bond Malaya adalah filem pertama lakonan Naqiu selepas diberi kepercayaan oleh pengarahnya, Nabil Ahmad.

Bercerita lanjut tentang debutnya itu, penyanyi Episod Cinta ini berkata dia juga sudah bersedia sekiranya penampilannya itu kurang disukai penonton.


"Nabil minta saya cuba je sebab dia dah bayangkan cerita ni macam mana.

"So far tak ada apa-apa komen lagi. Tapi tak pasti kalau ada peminat Lizzy yang mempersoalkan.

"Tapi sebenarnya kalau ada kritikan, saya anggap cerita tu berjaya sebab siapa yang boleh sangka macam mana gandingan kami tu," katanya.

Berhubung keserasiaan bersama Elizabeth, Naqiu mengakui mereka kurang berbual ketika berada di lokasi penggambaran.




"Apabila dalam set saya berkerja macam biasa. Sebenarnya saya dah Elizabeth tak banyak bercakap pun, boleh kira je berapa kali kami berbual sepanjang penggambaran," katanya.

Selain Naqiu dan Elizabeth Tan, Mat Bond Malaya turut dibarisi pelakon Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.




Filem Mat Bond Malaya akan ditayangkan bermula 20 Julai ini di Astro First. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 19-7-2021 11:40 AM
Mcm citer komedi...boleh kot nak layan time pkpkpkpkp nih
Quote LadyCarefree 19-7-2021 12:58 PM
Serious geli giler la scene konon xkeruan nampak pompan. Dahlah pompan xseberapa pastu nak buat akso menggoda yg xnatural.. eeeeeewwwwwwww
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:04 PM
tengok trailer dah boleh agak pilem ni level sampah mig dabid kacang teo tu jah
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:07 PM
hengatkan bambil dah berhijrah bertabligh segala? boleh pulak direct pilem penuh adegan lalucah lizzy tan membontot segala?
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:09 PM
[youtube]SrIw2jyJgxE[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:10 PM
[youtube]9xtV13I_xMs[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:11 PM
[youtube]60frxIKPd2s[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:11 PM
[youtube]yBSHR8Wd8pY[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:13 PM
[youtube]P2C2o4Xs618[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:17 PM
[youtube]JiWI2AwXa2o[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:18 PM
[youtube]TQSiPc9VIVg[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:18 PM
[youtube]rs2CygSAZ9c[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:19 PM
[youtube]HMTLlUmb738[/youtube]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:21 PM
[youtube]PU0OiPbR7eA[/youtube]
Quote Katanya 19-7-2021 01:26 PM
Crowdfunding lagi ke ni
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:27 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B8VrH3BFUku/[/ig]
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:33 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CRefGBpH0D9/[/ig]
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:04 PM
takpe. memang takkan tengok.
Quote blueberry12 19-7-2021 03:56 PM
ok je. sesuai dgn watak. yg penting lakonan n jalan cerita kena best.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.043734 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top