"Membandingkan bakat saya dengan Dayang Nurfaizah ibarat langit dengan bumi," kata penyanyi Sarah Suhairi apabila cara nyanyiannya dalam lagu baharu, Andaikan sekali lagi didakwa mempunyai persamaan dengan penyanyi terkenal itu.
Sarah berkata, dakwaan dirinya memiliki suara mirip Dayang bukan satu isu baharu sebaliknya sering menjadi buah mulut netizen. "Isu ini bukan benda baru, tapi saya dah selalu dengar. Sejujurnya banyak lagi yang perlu saya belajar memandangkan masih baru di dalam bidang ini. "Mungkin genre dan cara nyanyian kami ada persamaan, tapi masing-masing ada keistimewaan tersendiri. "Apapun, saya sebenarnya tak nampak yang kami mempunyai banyak persamaan atau suara saya terlalu mirip dengannya. Namun, saya sangat menghormati Dayang kerana dia seorang penghibur yang hebat dan sudah lama di dalam industri seni," katanya.
|
doubleharmonic replied at 19-7-2021 12:03 PM
ADVERTISEMENT