CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muaz Fitri Mula Cipta Nama, Mengaku Dah Ada Kekasih Beza Umur 15 Tahun

13-7-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5376| Komen: 14

Sebut saja nama Muaz Fitri, mungkin akan ramai tertanya-tanya siapa gerangan pelakon lelaki ini? Tapi, jika disebut pula watak Hakim dalam drama Takdir Yang Tertulis (TYT) mesti ada yang sakit hati.


Karekter Hakim itu agak 'jahat' kerana dibelenggu dendam dan bercita-cita tinggi. Namun, itu perjalanan kisah kerjaya seorang pelakon. Jika watak dilakonkan lemah, dikritik juga. Malah, apabila agak antagonis pula tentu diterjah dengan pelbagai kecaman.

Bagi Muaz atau nama sebenarnya, Muaz Aidil Fitri Maslan, 30, tidak mudah kanvas kerjaya seni lakonnya dilakar. Selepas lebih sedekad mencuba, baharu kini mendapat perhatian. Itupun dengan sisi karekter hitam.


Foto: IG

"Saya tak nafikan, bakat lakonan mula dinilai pihak produksi selepas beraksi dengan beberapa watak antagonis. Sedangkan, banyak juga drama watak lelaki baik yang saya lakonkan, tapi tidak diingati.


"Apapun, ini namanya rezeki selepas melalui pengalaman sedih. Saya pernah tidak dibayar berlakon selepas projek siap dan ditawarkan bayaran rendah kerana nama tak dikenali.

"Namun, semua itu saya tak pernah simpan dalam hati kerana sedar ia proses kehidupan. Pengalaman dilalui itu banyak memberi pengajaran pada saya untuk lebih berhati-hati ketika berurusan," katanya.

Turut bersikap terbuka berkongsi secebis kisah peribadinya, Muaz sama sekali tidak berahsia mengenai hubungan cinta bersama kekasih yang juga pengurus kerjayanya, Qaseh Anita, 45.



Menurutnya, dia berasa sangat beruntung dipertemukan dengan wanita seperti Qaseh yang banyak pengalaman dalam bisnes. Malah katanya, Qaseh adalah individu yang menjadi tulang belakang pada kejayaannya kini.

"Hubungan cinta saya dengan Qaseh memang ikhlas, tapi tetap ada juga cakap-cakap kurang enak perlu saya hadap seperti dakwaan menumpang kemewahannya. Apatah lagi, sejak pandemik ini saya ada menjalankan beberapa perniagaan 'online'.

"Bagi mereka yang kenal kami dengan rapat, pasti tahu antara saya dan Qaseh lebih banyak memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk lebih maju dalam perniagaan masing-masing.



"Saya akui dan tak nafikan Qaseh banyak membantu, tapi skop perniagaan kami berbeza. Dia (Qaseh) lebih fokus pada syarikat produksi dan pengurusan bakatnya. Manakala, saya pula menjalankan bisnes pakaian kurta dan produk minyak angin," katanya.

Menurut Muaz, pembabitannya dalam bisnes juga disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang menular. Katanya, aktiviti penggambaran drama sudah beberapa kali diberhentikan seketika kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jika saya tak cuba berniaga, pendapatan mungkin terjejas lebih teruk dan bagaimana nak meneruskan hidup dalam keadaan getir ini. Apatah lagi, saya dapati ramai dalam kalangan penggiat seni dan pekerja industri yang terjejas pendapatan mereka.

"Saya pun merasai juga pendapatan terjejas itu, tapi tidak teruk sangat kerana ada bisnes yang dibuat biarpun proses jual beli agak perlahan. Namun, kuasa beli daripada pelanggan masih ada," katanya.



Selesa tidak mempedulikan kata-kata negatif orang terhadapnya, Muaz berkata, dia juga tidak membuang komen negatif diterimanya di Instagram terutama membabitkan hubungan cintanya dengan Qaseh.

Mengulas kerjaya lakonannya, Muaz berkata, dia ada dua drama yang tidak dapat memulakan penggambaran kerana PKP. Katanya, satu drama mengenai cinta berjudul Cinta Yang Tertangguh dan satu lagi drama aksi.

"Untuk kedua-dua drama ini, saya hanya sempat menghadiri sesi membaca skrip untuk watak dilakonkan. Namun, jadual penggambaran langsung tergendala akibat PKP.

"Sejujurnya, saya sangat berharap dugaan pandemik Covid-19 yang dilalui kit semua dan negara sekarang cepat berakhir. Saya mahu keluar bekerja dengan bebas seperti dulu. Saya rindukan saat lalu dan pasti ramai orang seperti saya.

"Jika ikutkan dah tidak terlarat dengan kehidupan berkurung ini. Sudah hampir dua tahun dan kita belum nampak tanda keadaan akan reda. Apapun, kita tiada pilihan selain terus berdoa," katanya.



Muaz yang sudah mendapatkan suntikan vaksin dos pertama berkata, dia juga tidak memilih jenis vaksin. Katanya, dia yakin setiap vaksin itu fungsinya sama dan lebih penting kena ambil untuk pertahanan diri.

"Covid-19 ini musuh yang kita tak nampak. Jadi, mendapatkan vaksin itu penting dan kenapa hendak memilih? Saya tak faham apabila ada segelintir pihak memilih jenis vaksin tertentu.


"Apa yang kita kena faham ialah kesan tubuh selepas mendapatkan vaksin itu. Ini kerana, ada orang yang akan demam dan sakit-sakit sendi, tapi ada juga yang tidak mengalami apa-apa gejala sampingan," katanya.

Setakat ini, antara drama lain pernah dibintangi Muaz ialah Misiku Kuza, Baby Ana Milik Siapa, Dosa Semalam, Pesan Dari Hati, Cari Aku Di Syurga, Scammer dan banyak lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 13-7-2021 11:03 AM
Tahniah dik ada kekasih dah. Sepadan. Tak nampak macam 15 tahun beza pun. Nampak sebaya
Quote slyfynx 13-7-2021 11:19 AM
Dr dulu lagi kisah die ni pasal gf tua.
Feb 2021 kisah sama jugak. Dah ade pun thread.

thread piao (10.2.2021)
Quote fadz84 13-7-2021 11:31 AM
slyfynx replied at 13-7-2021 11:19 AM
Dr dulu lagi kisah die ni pasal gf tua.
Feb 2021 kisah sama jugak. Dah ade pun thread.


Xde bnda nk cite.. so buat ulangsiar jela.. hehehe..
Quote slyfynx 13-7-2021 11:35 AM
fadz84 replied at 13-7-2021 11:31 AM
Xde bnda nk cite.. so buat ulangsiar jela.. hehehe..

Tu mmg motto wartawan dan editor cari.
- Kami akan ulang semua thread orang lain sehingga tahap ASTRO -
Quote rosmahisham 13-7-2021 11:38 AM
Eiii geli tgk dia...rupanye dia yg rogol elvina sampai mengandung,terbayang muka dia tersengih2!choy sgt!potong stim betul drama bdk ijat tu!
Quote sukacactus 13-7-2021 11:45 AM
slyfynx replied at 13-7-2021 11:19 AM
Dr dulu lagi kisah die ni pasal gf tua.
Feb 2021 kisah sama jugak. Dah ade pun thread.


Ha itu la
Igtkan thread lama sebab dah pernah baca kisahnya dgn gf berumur
Skali tgk date, betul thread arini
Quote imanda 13-7-2021 12:16 PM
sape ni? tak kenal pon
Quote gummiebear 13-7-2021 12:51 PM
Iols kenal heols ni sebab tengok cite misiku kuza
Quote wirazam 14-7-2021 10:20 AM
prizadane replied at 13-7-2021 11:03 AM
Tahniah dik ada kekasih dah. Sepadan. Tak nampak macam 15 tahun beza pun. Nampak sebaya

Ok..so bila nak kawin tu...time covid ni lagi senang nak kawin..
Quote kelapaparut 14-7-2021 11:00 AM
gummiebear replied at 13-7-2021 12:51 PM
Iols kenal heols ni sebab tengok cite misiku kuza

die pegang watak nurse lelaki yg lembut2 gemuk tu ke, nmpk real sgt lakonan dia
Quote annehuda 14-7-2021 11:04 AM
takut heols bakalan tenggelam jah mcm izzue tu ha sbb bini kuat jeles
Quote gummiebear 14-7-2021 07:49 PM
kelapaparut replied at 14-7-2021 11:00 AM
die pegang watak nurse lelaki yg lembut2 gemuk tu ke, nmpk real sgt lakonan dia

Yeap heols yang jadi nurse tu. best heols blakon tak kayu
Quote che-cikL 14-7-2021 08:16 PM
Nak OT jap tapi tetap pasal subject sama.

Soalan:
Kalau korang pakai baju kuning macam makwe dia dalam gambar green screen tu, korang akan pakai kaler tudung macam dia ke? (Huraian jawapan tak lebih 25 patah perkataan)
Heheh itu je, babai
Quote chilly 24-8-2021 09:33 PM
Exboss aku gf Muaz tu. Boss yang aku suka. Baik dia.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045138 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top