Los Angeles: Mereka bukan saja dilahirkan kembar, malah berkongsi detik indah apabila mengandung dalam tempoh masa yang sama. Gina Purcell, Nina Rawlings dan Victoria Brown adalah kembar tiga yang masing-masing dilahirkan selang empat minit dan kini berusia 35 tahun.
Mereka yang berasal dari selatan California sudah dan bakal melahirkan anak pada tahun sama namun dalam bulan yang berbeza. "Ketika remaja, kami sering berangan-angan untuk melahirkan anak bersama-sama. "Apabila saya berkahwin dan melahirkan anak, kami sebenarnya tidak menjangka (perkara) ini akan berlaku," kata Gina kepada New York Post. Beliau berkata, mereka bertiga sebenarnya tiada sebarang perancangan untuk mengandung pada masa yang sama, namun impian itu kini realiti.
Mereka kini menjalani fasa indah dalam hidup dan berkongsi detik berbadan dua bersama. Victoria melahirkan anak kedua pada 9 Julai lalu manakala Nina pula akan melahirkan anak pertama pada 28 Ogos ini. Gina pula akan melahirkan anak perempuan ketiganya pada November depan. "Pengumuman kembar itu turut mengandung dibuat ketika majlis kesyukuran dan sambutan Hari Krismas yang diadakan bersama ahli keluarga," kata Gina. Menurutnya, dia dan suami tidak merancang untuk mendapat anak dalam tempoh terdekat selepas mengalami keguguran beberapa tahun lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
nakkomenjugak replied at 13-7-2021 10:55 AM
letak reminder dekat fon untuk ngongkek pada tarikh waktu hari yang sama ke?
ADVERTISEMENT