CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada sejuta pengikut di Instagram, Atikah Suhaime pelik posting yang dimuat naik kurang dapat "like"

11-7-2021 06:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 14954| Komen: 82



Pelakon Atikah Suhaime berasa pelik apabila posting dan video yang dimuat naik di Instagramnya kurang mendapat "like" walaupun ada sejuta pengikut.

"Algoritma Instagram nampak sedikit pelik sebab saya mempunyai sejuta followers tapi di mana semua likes dan viewers?

"Adakah disebabkan tidak buat tiktok atau sebab saya jarang kongsi video atau adakah pengikut mahu saya untuk sentiasa comel 24 jam?" soal pelakon Atikah Suhaime yang meluahkan rasa pelik.


Mahukan penjelasan itu, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Suhaime, 30, meminta pendapat pengikut laman sosial itu sama ada ia disebabkan kandungan yang dipaparkan tidak menarik?

"Bolehkah seseorang memberitahu saya apa sebenarnya yang terjadi?"

Perkongsian di Instastory Atikah

Dalam pada itu, pelakon berasal dari Singapura ini berkata, dia tidak pernah membeli pengikut sebaliknya jumlah itu diperoleh hasil sembilan tahun bergelar selebriti.

"Nampak macam saya membeli followers padahal saya memperolehnya selama sembilan tahun saya berada dalam industri atau mereka semua ghost followers." ujarnya.

Pertanyaan Atikah turut mendapat respons daripada rakan selebriti, Afifah Nasir yang menurutnya, rakyat Malaysia tidak menghargai bakat sebaliknya lebih gemar dengan perkongsian video yang tidak berpendidikan.


"Kesian sungguh awak, sedih tetapi benar engagement awak akan menjadi tinggi sekiranya anda berkongsi video tiktok menari dengan mendedahkan aset. Orang kita suka perkongsian yang tidak berpendidikan dan bakat tidak dihargai di Malaysia. Awak mesti kelihatan comel untuk mereka menghargai," tulisnya.

Memang pelik juga kalau "followers" ramai tapi kurang "like" kan! Apa pula pandangan korang? - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 11-7-2021 06:27 AM
Biasa la tu. Ingat selamanya glamor ke.. Lainla memang diva
Quote Normabaru 11-7-2021 06:55 AM
Tibai unta ni bila nk kawen?
Quote Suchi 11-7-2021 07:00 AM
Banyak buat review ke? Biasanya post yg banyak like ni sama ada post kontroversi, post aksi/video anak2.

Kena beranak kecik selalu sebab acik2 mmg suka tgk anak artis, tp bila anak dah umur lebih 2 tahun kena start beranak kecik lagi tidak sendurina je ig ok.

Quote dory.thefish 11-7-2021 07:23 AM
IG tu platform utk org yg ada rupa, kaya & famous je utk tyg segala mcm benda & sometimes dpt buat duit. tiktok pulak sesiapa je boleh buat duit dgn create content base on apa bakat dorg ada. Kalau xde bakat utk buat content, mmg tak ada views jgk video2 in tiktok tu. Tiktok nowadays bukan semata gelek dancing. Byk je tiktokers yg buat content bermanfaat. Afifah tu komen mcm la whole malaysian uneducated. Sapa jela nk like artis sendu mcm dorg yg cuma menayang APA YG DORG ADA kt IG.
Quote jiwarasa 11-7-2021 08:00 AM
Tak tau la kalau ko tak fasih bahasa melayu tapi aku rasa tu pun satu punca. Tengok ig ko mostly caption in english.. Nak lagi menarik tulis bm je. Amoi lizzy tu pun tulis bm sebab dia tau ramai follower melayu.. Baca english ngan bm lain feel dia tahu dak
Quote purplelilac 11-7-2021 08:10 AM
Tp ig kau mmg bosan sgt tikah oi. Pic pon x menarik ko buat la masak2, netz suka artis pandai masak naik takhta kau nnt
Quote salmon-suki 11-7-2021 08:11 AM
Oh..ada lg dia ni?{:smile
Quote BungaTepiMeja 11-7-2021 08:19 AM
Takyah nak pelik sngt la tikah oii.. iols yg friendlist ada 800 lebih tiap kali post pun like tak sampai 10... Kadang2 kosong. Nak banyak bila hari jadi. Padahal tu semua kenal pernah jumpa.. Follower hang lagi la ntah sape2 bukan pernah jumpa.. So bila kita nak post niat je saja nak kongsi takyah harapkan like pun.. Why border why border
Quote sarah82 11-7-2021 08:19 AM
Aku layan tiktok.. Video kucing la, anjing la.. Video org memasak la.. Byk trick baru aku belajar dari situ.
Ramai je tiktok yg buat video yg berilmu..
Quote TomyamPuteh 11-7-2021 08:23 AM
Dh tua kot. Xde sapa yg nk tgk dh.
Quote umbut 11-7-2021 08:37 AM
Aku biasa like ig yg ada info yg akan aku refer balik kendian.. Kalo x menyemakkk je dlm simpanan apa yg dah di like...
Quote airmineral 11-7-2021 09:06 AM
ape je yg best dia ni
Quote miznora 11-7-2021 09:06 AM
Aku suka ig tunjuk masak2. Yg tu aku rajin like. Cer ko buat masak2 kalau aku tertengok aku like. Even cyst dgn minah muka senduk yg org menyampah tu pun aku like sbb ada masak hahaha

Nmpk nau mcm selera aku mcm acik2 org tua
Quote Tinot7 11-7-2021 09:10 AM
Ke mmg beli polowers tuh?
Quote trexxxxxi 11-7-2021 09:31 AM
Umoq 30 tu hang nak acah comei buat pa lagi
Ada baiknya pi belajar caras VVIP pastu berambus dari jadi tibaiunta sejati
Quote Nadiabella 11-7-2021 09:43 AM
What a bimbo!
Quote bungarose 11-7-2021 09:49 AM
Ader followers nak stalk ko ajer cari bahan bergosip
Bukan minat pun
Quote AbukRokok 11-7-2021 09:55 AM
klu xshomel xdela follo
Quote nakkomenjugak 11-7-2021 10:22 AM
buat onlyfans. post 3some videos. dah. nak validation sangat. time tu baru nampak bape kerat je fans. itu pun belum tentu.

yihhh kamon laaa pipah. kau datang dari educated fam tapi buat benda bodoh gak kekadang. orang tak lupa yach. dah tikah3sum sinarnya tak memancar, what can we do.

si pipah ni tinggi aku je rupanya. katik

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.046173 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top