CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Bagi Bekas Kita Dah Guna Kepada Orang Lain" - Mona Allen Takut Disihir

10-7-2021 04:17 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7077| Komen: 22|Original author: Oleh: LilRose

Mona Allen kini aktif mengumpul dana dan sumbangan daripada keluarga dan kenalan bagi menggerakkan kempen bendera putih.

Dia bagaimanapun kini lebih berhati-hati dalam memberi sumbangan kepada yang memerlukan.


Katanya menerusi Instastory, dia tidak akan memberi barangan peribadi yang sudah digunakan kepada orang lain bagi mengelak daripada terkena perbuatan sihir.

“Saya belajar sesuatu hari ini. Jangan memberi bekas yang telah kita guna kepada orang lain.

“Kalau benda-benda baharu, tidak mengapa. Sebab mereka (penerima) mungkin hanya mahukan kamu (atau berniat jahat),” tulisnya.

Apabila dihubungi Kosmo! pelakon itu menjelaskan bahawa dia hanya berhati-hati kerana tidak semua orang boleh dipercayai kerana kita tidak tahu niat sebenar mereka.


Kredit foto: IG

"Sebenarnya perkara ini tidak terjadi kepada diri saya, tetapi seorang rakan.


"Seperti yang dialami oleh rakan saya. Kita tidak tahu niat seseorang. Mungkin dia nak gunakan benda yang kita bagi untuk tujuan jahat (sihir).

"Saya percaya perkara ini (sihir) masih lagi wujud. Alhamdulillah, setakat ini saya belum mengalami pengalaman disihir, tetapi saya perlu lebih berhati-hati," katanya.

Tegasnya, dia tidak berniat menuduh mahupun menghasut orang ramai supaya tidak memberi sumbangan, sebaliknya sekadar memberi peringatan bagi mengelak barangan yang disumbang disalahgunakan.



"Pengalaman saya sendiri, apabila saya beri sesuatu kepada orang lain, ada antara mereka tidak menghargainya.

"Saya percaya barang yang pernah kita gunakan mempunyai aura kita di situ dan boleh mempengaruhi orang lain," jelasnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 10-7-2021 04:52 PM
xfhm nape org cantik mcm dia blh kawen ngn pekin
Quote sharlenetexas 10-7-2021 05:07 PM
Ada je jenama bra seperti wacoal buat kempen guna semula bra.
Quote Tinot7 10-7-2021 05:25 PM
Mmg patut bg benda baru jah.. jgn bg bekas.. geli kott..
Quote Belibis 10-7-2021 05:34 PM
edayildiz: xfhm nape org cantik mcm dia blh kawen ngn pekin

Pekin smart apa...
Quote Normabaru 10-7-2021 06:01 PM
Nak tny satu je.. Dia ni mix ke ape.. Allen tu celah mana mai.. Muka msian je pon
Quote Normabaru 10-7-2021 06:03 PM
sharlenetexas: Ada je jenama bra seperti wacoal buat kempen guna semula bra.

Kaka pelik kenapa klu sihir nk kena pki bra n panties.. Klu pakai baju seluar xlut ke apa.. Soalan serious.hehe
Quote helicornia 10-7-2021 07:32 PM
Belibis: Pekin smart apa...

pekin masa kurus dulu segak juga. tkde la kepam
Quote marigold90 10-7-2021 08:12 PM
Cantik ye dia ni..muka bersih je
Quote bambimo 10-7-2021 08:14 PM
Tasha... Awak nmpak biru....
Quote Alvida 10-7-2021 08:21 PM
edayildiz replied at 10-7-2021 04:52 PM
xfhm nape org cantik mcm dia blh kawen ngn pekin

kenapa pekin hodoh sgt ker..body sedap peluk ok hebat diranjang gitu
Quote KIM.K 10-7-2021 09:42 PM
Konfius antara mona allen dgn mona din
Quote edayildiz 10-7-2021 11:59 PM
Alvida replied at 10-7-2021 08:21 PM
kenapa pekin hodoh sgt ker..body sedap peluk ok hebat diranjang gitu

takde la hodoh..helok jer si pekin tu
Quote fadz84 11-7-2021 01:04 AM
Normabaru replied at 10-7-2021 06:01 PM
Nak tny satu je.. Dia ni mix ke ape.. Allen tu celah mana mai.. Muka msian je pon

Datuknya Scottish. Mcm Zahirah la dia ni. Ayahnya half mat saleh.
Quote Normabaru 11-7-2021 06:19 AM
fadz84 replied at 11-7-2021 01:04 AM
Datuknya Scottish. Mcm Zahirah la dia ni. Ayahnya half mat saleh.

Ooo cmtu. Thanks for the reply
Quote batmana 11-7-2021 01:04 PM
sebenarnya klu nk sihir org, letak gmba  senyum camtu  pun org bole sihir bagai..ikut level tukang sihir

oleh itu, elakkanla bergambar cam tu
Quote kakigojes 11-7-2021 01:27 PM
Tinot7 replied at 10-7-2021 05:25 PM
Mmg patut bg benda baru jah.. jgn bg bekas.. geli kott..

I pun agree… cause kata nak bagi keje amal, but nak bagi preloved… mcm ironic gitu… nak buat sesuatu bagi la terbaik, walaupun benda ni sangat susah.
Quote Tinot7 11-7-2021 02:47 PM
kakigojes replied at 11-7-2021 01:27 PM
I pun agree… cause kata nak bagi keje amal, but nak bagi preloved… mcm ironic gitu… nak buat se ...

Kadang2 niat tuh baik. Tapi kena la pikiaq kalau kita dlm tmpt depa.
Quote royale04 11-7-2021 06:42 PM
Normabaru replied at 10-7-2021 06:01 PM
Nak tny satu je.. Dia ni mix ke ape.. Allen tu celah mana mai.. Muka msian je pon

Nama betul dia Munna Hafiraneza. Allen tu nama glamer je kot.
Quote NazRysha 13-7-2021 01:27 PM
lawanya dia

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.067726 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top