CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawar Rashid Dahagakan Kasih Seorang Ayah

9-7-2021 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2654| Komen: 7

Pelakon, Mawar Rashid yang tidak pernah mendapat kasih sayang seorang bapa memuat naik hantaran sempena ulang tahun kelahiran bapa mentuanya, Allahyarham Datuk Yaakob Mohammad semalam.


Dalam hantarannya di Instagram, Mawar berkongsi luahan hati dan doa untuk bertemu bapa kandung serta bapa mentuanya di syurga.


Foto: IG
"Dari dulu, selalu saya berangan nak dapat kasih sayang seorang ayah daripada bapa mentua. Tapi, Allah SWT tak izinkan. Saya kenal abang (suami) ketika arwah bapa mentua sudah tak ada.

"Saya dari kecil dah tak ada ayah. Mummy sayalah ayah, mummylah ibu. Sebab itu mummy saya garang. Teringin juga nak rasa macam mana dapat kasih sayang daripada seorang ayah.

"Tapi, sekarang saya berdoa dan berusaha agar saya dapat masuk syurga sebab saya nak jumpa arwah papa dan arwah bapa mentua," tulisnya.



Dalam hantaran sama, Mawar juga berkongsi mengenai anaknya, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta yang tidak berpeluang bertemu dengan arwah datuk mereka.

"Hari ini (semalam), hari jadi bapa. Happy birthday bapa. Bapa tak sempat tengok Rafael dan Cinta. Kalau bapa ada, mesti bapa manjakan dua si Raden ini. Saya tak tahu kenapa saya rindukan bapa. Al-Fatihah," tulisnya.




Dalam hantaran sama, Mawar turut berkongsi foto suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob ketika masih kecil dan sedang didukung bapanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 9-7-2021 04:33 PM
Bish, ko bayar la wartawan suh bukak byk mane pun thread ko, ko ttp la x relevan, and x best.
Sile beram
Quote SayaSayangMama 9-7-2021 04:45 PM
Boleh ek byr wartawan cari ni. Senang kerja xde gosip
Quote Megikari 9-7-2021 05:01 PM
Tgh2 musim mcm ni, berita sebegini sebenarnya buat orang naik menyampah tau tak. Mawar nak tulis apa pun kat ig dia tu aku x pedulik la, tu hak dia. Dia nak dahaga kasih sayang ke, nak lapar ke, nak kokah tengkuk laki dia sekalipun lantak dia la. Tapi dah kenapa kena dijadikan bahan kat sini pulak? Dah takde sangat ke benda lagi bagus nak kutip jadi bahan?
Quote Cece1234 9-7-2021 05:32 PM
Boring la dia ni..xde aura..
Quote Marylis 9-7-2021 08:16 PM
pi ler cari ayah angkat...
Quote LadyCarefree 9-7-2021 08:44 PM
Marylis: pi ler cari ayah angkat...


Sugar daddy lagi bagus

Quote syakuntala 10-7-2021 02:54 PM
Sabar la, abah sy pun x sempat tgk semua cucu dia

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.041757 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top