CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mila Jirin Sentap Dilabel Jual Durian 'Harga Yahudi'

9-7-2021 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2765| Komen: 8

Description: Penyanyi, Mila Jirin, 34, yang kini menjual durian terguris dengan kata-kata segelintir netizen yang mendakwa harga duriannya sebagai 'harga Yahudi' kerana mahal.
Penyanyi, Mila Jirin, 34, yang kini menjual durian terguris dengan kata-kata segelintir netizen yang mendakwa harga duriannya sebagai 'harga Yahudi' kerana mahal.

Mila berkata, mereka perlu tahu realiti kos yang ditolak oleh pekebun.




"Janganlah mudah sangat melontarkan kata-kata 'harga Yahudi' kepada peniaga durian sedangkan anda tidak tahu pun realiti kos ditolak oleh pekebun.

"Sebenarnya, harga diletakkan pekebun agak mahal. Malah, keuntungan diperoleh pula berapa ringgit saja mengikut berat yang diletakkan peniaga.

"Saya pula jual isi durian saja yang siap dikopek. Jadi, jumlah isi dalam durian itu memang kita tak tahu berapa banyak yang ada. Kadang-kadang buahnya saja yang besar dan berat, tapi isi tak banyak. Malah, saya juga tak pasti durian mana isinya tebal dan mana pula isi nipis. Semuanya kita akan tahu bila sudah dikopek," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mila menerima kiriman mesej di Instagram daripada seorang pembeli yang meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa harga durian dijual Mila mahal, tapi isi pula sedikit dan nipis.

Menurut Mila, perkongsian dibuatnya di Instagram itu juga tidak bertujuan mencari publisiti dan mahu mengaibkan sesiapa.


Kredit foto: IG Mila

Katanya, dia pun tidak mendedahkan identiti individu yang mengirim mesej berkenaan.

"Saya sekadar nak beri penjelasan kepada orang ramai kerana saya dapati di media sosial seperti Facebook dan Instagram, kebanyakan netizen menulis hantaran kepada peniaga durian dengan dikaitkan 'harga Yahudi'.

"Saya jadi terasa juga dengan kata-kata itu kerana baru pertama kali jual, terus dilabel begini," katanya.

Katanya, mungkin juga perkataan 'harga Yahudi' sudah sebati dengan cara bertutur. Jadi, satu kenyataan perlu dibuat untuk memberi input kepada ramai orang supaya dengan pencerahan berkenaan mereka faham kenapa harga durian dijual tinggi.

Mila berkata, jika hanya menjual isi durian, sebanyak dua biji durian diperlukan untuk isi seberat 500 gram.



Selain itu, keuntungan jualan yang diperoleh pula di bawah 10 peratus.

Mila berkata, dia menjual durian Balik Pulau dari Pulau Pinang yang diambil terus dari ladang durian di sana.

Selain durian, Mila juga menjual nasi Arab, kek dan menjalankan perniagaan katering serta dewan perkahwinan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 9-7-2021 03:30 PM
untung aku tak suka doyan. hahaha
Quote LadyCarefree 9-7-2021 03:33 PM
Edited by LadyCarefree at 9-7-2021 11:07 PM

"Selain itu, keuntungan jualan yang diperoleh pula di bawah 10 peratus."

Menipu dosa.

Untung banyak la.
Quote kucingitam 9-7-2021 03:42 PM
nak murah suruh drg tanam sendiri.. bnyk songeh la drg ni
Quote dudaberhias 9-7-2021 03:49 PM
musang king ke tu?
kalau musang king memang la mahal dek non oiii memang rega dia gitu la di mana2 pun...
dah musimnya pun berapa kali je setahun...

ada cina sanggup ambil rm80 sebijik dekat kebun mama iols... taktau la dia buat apa...
Quote Raline 9-7-2021 06:13 PM
Multiple Posting/ Same Thread

udah ada omm

https://bm.cari.com.my/forum.php ... hlight=mila%2Bjirin
Quote slyfynx 9-7-2021 08:03 PM
Abis kami orang2 biase ni nk kene pujuk ko kah?
Quote Eliadaisy83 9-7-2021 08:17 PM
Nasibla iol tak suka durian...
Kalau dulu semua org mampu makan tp skrg ni durian sudah jd makanan golongan kayangan sajork
Quote anakmak 9-7-2021 10:54 PM
dudaberhias replied at 9-7-2021 03:49 PM
musang king ke tu?
kalau musang king memang la mahal dek non oiii memang rega dia gitu la di mana2  ...

Jual balik 3-4 ratus sebijik

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058540 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top