CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Movie Animation Park Studio (MAPS) Jadi Spot Paranormal?

6-12-2021 05:27 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2475| Komen: 12|Original author: natrahn


Harapan menggunung berkecai menjadi debu. Movie Animation Park Studio (MAPS) kebanggaan negeri Perak kini terbiar sepi tidak dipedulikan.

Tidak sampai tiga tahun beroperasi pada Jun 2017, ia akhirnya ditutup 'sehingga diberitahu kelak' pada Januari 2020 akibat menanggung rugi berterusan lantaran pengunjung semakin berkurang. Jangka hayatnya sangat pendek.


Kredit Foto - kitareporters



Dengan kos RM520 juta, projek usaha sama Perbadanan Perak Berhad (PCB) dan Kumpulan Sanderson dibina berbekal harapan untuk menjadi pusat tarikan utama pelancong memandangkan ia adalah taman tema animasi pertama seumpamanya di rantau ini.

Pelbagai tarikan disediakan seperti Dataran Animasi, Zon Fantasi Hutan, Zon ‘Life Action’ serta penampilan watak-watak animasi seperti Casper the Friendly Ghost, The Smurfs, Megamind dan rumah hantu The Sacred Rianna. 


Buaian berpusing hanya untuk mereka yang berani 'diayun'. - Kredit foto The Star.

Malah, ada juga pertunjukan aksi kereta dan motosikal selain tarikan Boboiboy 4D untuk peminat setia animasi itu.


Kredit foto - Wira Travel

Namun, sayang seribu kali sayang apabila jumlah kunjungan berkurang saban tahun dan gagal memenuhi harapan untuk menjadi taman tema animasi tumpuan ramai.

Banyak andaian dibuat kenapa situasi ini berlaku. Antaranya, kurang promosi di negara luar menyebabkan MAPS tidak dikenali terutama oleh pelancong luar negara sedangkan mereka adalah sasaran utama.


Perahu Berayun satu lagi tarikan di MAPS. - Kredit foto Befreetour.

Selain itu, ada yang berpendapat harga tiket masuk RM200 dikira mahal. Tiket untuk dewasa RM200 seorang dan RM150 untuk warga emas dan kanak-kanak pasti membebankan. Bayangkan berapa banyak perlu dibelanjakan jika datang bersama ramai ahli keluarga.

MAPS kini sudah tiada dalam peta pelancongan. Di manakah silapnya MAPS hingga gagal menampilkan kehebatan sebagai taman tema animasi pertama di Malaysia dan di Asia? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 6-12-2021 06:16 PM
Harga tiket xmampu milik maunya org nk wat rombongn cik kiah dtg cni tiap tahun. Mmg melingkup lar.
Quote djzara81 6-12-2021 06:35 PM
Adik aku sempat bawa famili dia pi MAPS mase baru2 buka. Time tu tak byk rides yg open..dtg pon cuci mata tgk suasana. Syg betul..berjuta abis last2 terbior. Apa komen si Romel adik Jejai tentang projek usahasama dgn Sanderson??
Quote Adrif 6-12-2021 08:17 PM
banyak sangat kontroversi lesennya dulu
tiket dah la mahal nak mampus, tapi tak berbaloi bila masuk dalam.

Quote Mulotkoyak 6-12-2021 09:28 PM
Mohon genting ambil... Dan rege tu mohon rombak la balik ikut kesesuaian fasiliti yg ade. Lagi satu mne exco kerajaan negeri?  Promote la ckit negeri perak utk pelancong dtg. Ni x asyil sibuk rebut kerusi je. Perak ni bkn xbagus dr segi eco perlancongan. Ikutkan bole kalahkan melaka and penang yg kecik tu. Tp promosi kurang. Ak dh cuba promosi dkt mcari dlm post ak tahun lepas. Tp apakan daya xkan la nk promote dlm ni je. Penat laaa. Baik ak je jd exco kerajaan negeri.
Quote LautBiru52 6-12-2021 10:38 PM
Masa aku pergi dulu ramai pulak orang. Dlm tahun 2018 mcm tu. Memang rasa tak berbaloi. Setiap permainan tu kena tunggu giliran lama. Dlm setengah jam ke atas. Tak kuasa aku nak beratur panjang. Sudahnya kami bergambar dgn patung2 sepanjang jalan dlm tu sambil makan aiskrim. Lepas tu balik. Memang tak berbaloi
Quote KamikuP 7-12-2021 09:04 AM
Edited by KamikuP at 7-12-2021 01:08 AM

Meolls untung sbb Sanderson sewa rumah meolls berbulan2 sampai siap Maps.. pakcik kayo..
Yg meolss dengar citer, barang2 utk buat  roller coaster tu tersadai sbb tak 2nd hand dari Austaralia dan x menepati standard piawaian keselamatan.
Hujung2 jadi besi buruk di pinggir Maps tu.. dah takde mungkin dah dijual kat keling botol kot.
Satu lkagi, kerjasama dengan Dreamworks Animation ditamatkan gitulah ceritanyer iyer
Quote kucingitam 7-12-2021 09:56 AM
tah...takat camtu reganya mahal benor
Quote zaq1 7-12-2021 02:58 PM
last two weeks lalu sini macam tak perasan maps ni, jauh sikit baru nampak dia punya signboard tu pun dah usang.
Quote cmf_premierleag 9-12-2021 09:20 PM
Mohon @alesandra mencemar duli kt sini selaku org ipoh
Quote exclusive_vvip 10-12-2021 12:45 PM
Kelihatan seperti funfair je..
Quote whimsicalmusic 14-12-2021 04:16 PM
Iolls pnah la g sini tp time entrance da xpyh byr..rides je kena byr..sbb tgh hujan so most rides xbukak..tp syg kalo da terbengkalai sbb tmpt dia attractions semua ok..n xtlalu bsar so that xla penat sgt kaki bi bjalan hahaha
Quote theotherfriend 17-12-2021 09:59 PM
Iols pernah pergi 2X,
Kali pertama x berbaloi. Beratur kemain panjang, org ramai.

Kali kedua mid Jan 2020. Orang lamgsung xder, staf pun x layan.. last2 kitaorg keluar cenggitu.. x lama pas tu keluar berita MAPS TUTUP

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056383 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top