Slim River: Hanya Tuhan yang tahu kesusahan dan keperitan seorang warga emas yang mendiami pondok usang dalam hutan di Kampung Batu 4 dekat sini.
Rashid Mat Sah, 66, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor merantau ke Slim River untuk mencari kerja selepas ibu bapanya berpisah. "Apabila tiba di kawasan ini, saya mengikut seorang lelaki untuk berkerja di dusun durian. "Saya mendapat upah dengan menjaga dan membersihkan dusun yang dipajaknya," katanya ditemui. Menceritakan kehidupannya kini, menurut Rashid, pada waktu malam, dia akan menyalakan pelita manakala air hujan pula digunakan untuk mandi dan memasak.
Rashid berkata, dia bersyukur kerana ada seorang guru yang sering membantunya membeli barangan keperluan asas. "Guru berkenaan mempunyai ladang getah di lokasi berhampiran dan saya selalu meminta bantuannya. "Memang sunyi tinggal seorang diri di hutan, saya hanya bertemankan anjing yang dibela sebagai kawan selain untuk menjaga keselamatan," katanya. Menurut Rashid, selama berpuluh tahun, dia tidak tahu langsung apa yang berlaku di luar. "Saya bukan tidak mahu keluar sesekali ke pekan dan sebagainya namun disebabkan ketiadaan dokumen pengenalan diri, ia menghalang saya berbuat demikian," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim Mohd Zaidi Aziz yang melawat Rashid berkata, beliau mengetahui keadaan lelaki itu selepas dimaklumkan orang awam. "Hasil kunjungan ke pondok Rashid, saya dapati kehidupannya memang daif. "Saya akan bantunya untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri bagi memudahkan urusan dan bantuan," katanya. Menurut beliau, sementara menunggu urusan menyiapkan dokumen pengenalan diri, pihaknya akan terus membantu Rashid. Berkaitan bekalan air, beliau akan cuba menggali perigi untuk mendapatkan bekalan air bersih selain membina kandang anjing untuk mengelakkan ia tinggal dalam pondok bersama Rashid. "Kami juga akan bawa Rashid ke klinik untuk merawat penyakit kulit dialami selain pemeriksaan kesihatan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Skuau replied at 8-7-2021 05:02 PM
pendapat saya...time pandemik covid ni...ada baiknya juga dia duduk terasing sorang diri kat situ.. ...
She-Ra: duduk dlm hutan ni lg aman damai kottak perlu fikir masalah negaramakan minum apa yg ada.. bercocok tanam bagaibela la ayam hutan dll binatang yg bol ...
selain membina kandang anjing untuk mengelakkan ia tinggal dalam pondok bersama Rashid.
Decaffeinated replied at 8-7-2021 11:06 PM
Anjing tu lah kawan setia peneman Rashid selama ini. Datang Melayu terus nak buat kandang suruh ...
ADVERTISEMENT