CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azizan Rabbani Meninggal Dunia Selepas Sarapan

8-7-2021 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11540| Komen: 39

Bekas ahli kumpulan nasyid Rabbani, Azizan Khalid disahkan meninggal dunia pada usia 46 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Petaling Jaya pada pukul 10 pagi Rabu.

Kematian mengejut Allahyarham disahkan ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 48, ketika dihubungi mStar pada Khamis.




Menurut Azadan, ketika ini jenazah Allahyarham masih berada di PPUM untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

"Isteri arwah cerita semalam (Rabu) lebih kurang pukul 8.30 pagi Allahyarham secara tiba-tiba sesak nafas selepas sarapan. Lepas itu ambulans datang ambil dan kemudian dalam pukul 10 pagi, dia disahkan sudah meninggal dunia.

"Sebenarnya sudah seminggu arwah demam tak kebah-kebah dan pada hari Selasa, dia pergi buat swab test Covid-19 dan doktor pun dah berikan gelang pink untuk dia jalani kuarantin di rumah.

"Result swab test dia patutnya keluar hari ini tapi dia dah pergi dulu semalam. Sekarang doktor belum lepaskan jenazah sebab nak buat post mortem untuk tahu punca kematian sama ada disebabkan serangan jantung atau virus Covid-19, " katanya kepada mStar.


Azadan juga berkata, sekiranya Allahyarham disahkan meninggal disebabkan Covid-19, pihak hospital akan menguruskan proses pengebumian mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Pihak hospital maklumkan kalau Allahyarham meninggal sebab Covid-19, mereka akan uruskan sampai selesai majlis pengebumian.

"Kalau meninggal disebabkan serangan jantung, wakil ahli keluarga dibenarkan untuk sama-sama uruskan jenazah.

"Sepanjang hampir 30 tahun saya mengenali arwah, dia tidak menghidap sebarang penyakit serius dan Allahyarham pun memang sentiasa ceria orangnya, " ujarnya lagi.


Allahyarham Azizan (kiri belakang) dalam muzik video Intifada.

Menurut Azadan lagi, Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Behrang, Perak. Allahyarham meninggalkan balu dan seorang anak perempuan.

Azizan menyertai Rabbani yang popular dengan lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali pada tahun 1997 sebelum menarik diri pada 2001.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 8-7-2021 04:29 PM
takziah.. muda lagi..
Quote nazzse 8-7-2021 04:38 PM
Takziah
Rabbani dah bubar ke? Atas tulis bekas anggota Rabbani
Quote bakingsoda 8-7-2021 04:39 PM
nazzse replied at 8-7-2021 04:38 PM
Takziah
Rabbani dah bubar ke? Atas tulis bekas anggota Rabbani

dia keluar rabbani dah 20 tahun pon, rabbani tu wujud lagi.
Quote redz85 8-7-2021 04:52 PM
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
Quote rainbowrainz 8-7-2021 05:13 PM
Innalillahuwainnailaihirojiun.. Semoga roh beliau ditmptkan dikalangan org yang beriman.. aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Quote af_mania 8-7-2021 05:19 PM
Baru je tgk tv hri tu diorang reunion kat talk show apa entah. Semua ada kecuali arwah ust asri.
Alfatihah
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 05:28 PM
Innalillahuwainnailaihirojiun
Quote little_sis 8-7-2021 05:36 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Quote nazzse 8-7-2021 05:41 PM
bakingsoda replied at 8-7-2021 08:39 AM
dia keluar rabbani dah 20 tahun pon, rabbani tu wujud lagi.

Oo patutlah. Ingat masih ahli kumpulan.
Quote cap_ayam 8-7-2021 05:49 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote Lydiawie 8-7-2021 05:56 PM
Innalillahiwainallialahirojiun..
Quote Thunderclouds 8-7-2021 07:18 PM
Innalillahiwainna ilaihirojiun
Quote Belibis 8-7-2021 07:29 PM
Dah vaksin ke belum???
Quote lasagnaklcc 8-7-2021 07:33 PM
Musim2 covid ni bila demam je dah risau. Ni dah seminggu baru pegi buat swab test.
Quote mclaren 8-7-2021 07:42 PM
Takziah kepada keluarga jika membaca.

Moga ditempatkan bersama yang beriman.
Quote sleepandream 8-7-2021 08:00 PM
salam takziah...
harap TT buat follow up lepas dpt result swab test arwah
Quote Jitu 8-7-2021 08:02 PM
Innalillah...
Quote rrgal 8-7-2021 08:22 PM
Salam takziah
Quote me12345 8-7-2021 08:58 PM
Dah seminggu demam baru gi check...takziah family semoga tabah

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037450 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top