CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tolonglah Saya Dah Koyak, Kalau Dapat Tangkap Saya Akan Saman Awak" - Zara Zya

8-7-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7908| Komen: 25

Belum reda dengan isu songlap duit bantuan, pelakon Zara Zya sekali lagi teruji apabila muncul pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenang mewujudkan akaun Instagram palsu menggunakan wajahnya untuk tujuan penipuan.


Zara menerusi hantaran dalam Instagram meminta peminat dan pengikutnya untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik kotor individu tersebut yang kononnya menjual barang elektronik serta menawarkan pelbagai hadiah.


Kredit foto: IG Zara

“Jangan terpedaya. Saya saman awak @zarazya_iphone_giveaway_fanpg. Tolonglah saya dah koyak dan penat sekarang ni.

“Hari itu kena tuduh songlap duit bantuan, sekarang ada orang ambil kesempatan pula guna nama saya buat peraduan iPhone. Lepas ni tak tahu apa pula.

“Saya tak mahu kalau ada yang tertipu, akan salah saya, buruk lagi nama saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Letih dan tertekan dengan perangai tidak beretika sesetengah pihak, pada hantaran sama, pemilik nama lengkap Zainurul Razia Mohd. Zainuddin turut mengingatkan individu berkenaan agar berhenti membuat perkara sia-sia itu.




“Tolonglah saya dah koyak dan penat sekarang ini!

“Kalau terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, kibar je bendera putih. Ramai akan datang membantu. Tak payah nak buat benda kotor ni, menyusahkan orang saja.

“Benda ni 100 peratus scam (tipu), tolong semua pengikut jangan tertipu ya. Kalau saya dapat tangkap, saya akan saman awak,” katanya lagi.

Perkongsian Zara mendapat pelbagai reaksi pengikut dan masing-masing bertindak melaporkan kewujudan akaun palsu tersebut dalam Instagram.

Di sebalik kecaman yang diterima, ternyata usaha murni Zara turut difahami banyak pihak dan memberi kata-kata semangat agar pelakon itu terus kuat.

“Ini semua ujian Allah, kita buat baik lepas tu upload  (kongsi) gambar orang cakap kita menunjuk, bila kita tak upload org cakap kita tipu. Itu lumrah. Sabarlah, percayalah Allah SWT uji untuk kita sentiasa ingat kepada Dia. Jangan down (hilang semangat), bangkit dan jangan kisah apa orang cakap. Kalau awak down mereka memang nak tengok kejatuhan seseorang. Jangan mengalah untuk bantu orang,” tulis seorang pengikutnya.



Kelmarin, pelakon drama Pia itu mengakui sangat terkesan dan kecewa akibat tuduhan makan duit haram dan didakwa mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain menerusi kerja kebajikan yang dilakukan menggunakan platform badan bukan kerajaan (NGO) Malaysiaprihatin miliknya.

Tidak cukup dengan itu, bekas tunang kepada pelakon Hafreez Adam itu turut kecewa dan terkilan apabila setiap perkongsiannya berhubung kerja-kerja kebajikan pasti akan mengundang kecaman negatif dan dikatakan menunjuk-nunjuk daripada netizen. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 8-7-2021 01:35 PM
yang buat scam tu bodo, yang pecaya bulat2 dengan scam tu pun bodo.
Quote likilu 8-7-2021 01:35 PM
Scha pun ada kibar bendera putih ke? Banyak dapat bantuan bunga
Quote imransulaiman 8-7-2021 01:42 PM
Dia ni ke yang gaduh sebab biskut raya hari tu?
Quote cikmi 8-7-2021 01:52 PM
lelama makin x suka dia ni
Quote KIM.K 8-7-2021 02:14 PM
Zz jgn pprt sangat. Dah ler asal desa. Buat la content ilmiah termasuk petua2 sbb lama2 tak valid gak
Quote helicornia 8-7-2021 02:51 PM
ramai benar buat ngo sendiri skrg.mudah lulus eh? senang idup dpt 30% admin fee
Quote nia_salina 8-7-2021 03:00 PM
dia ni belakon tiptop tapi lately byk lak gosip mehhhhhh cmni. mcm nak naik kan nama je
Quote MontanaHannah 8-7-2021 03:06 PM
zara zya ni mmg xde nilai komersial

rupa paras dia sangat dull dan  senjakala

imej diri sebegitu try hard tetap begitu kampong jalan becak

boleh berlakon ,ada bakat bukan xde

tetapi kalau nak jadi artis kena lawa


dia silap jaid artis dia sepatutnya meniaga jual ikan keirng di tanjung dawai kahwin dgn nelayan berjaya.

Buat apa jaid artis  ko bukan cantik.

memang xcantik

rupa,hidung,bibir mulut semua  biasa saja...pergilah balik kampong ko

ko punca  dunia hiburan  suram sebab  ramai yg xlayak jadi artis tp jadi artis.
Quote bambimbom 8-7-2021 03:34 PM
MontanaHannah replied at 8-7-2021 03:06 PM
zara zya ni mmg xde nilai komersial

rupa paras dia sangat dull dan  senjakala

Haha makin koyak kalau dia baca komen ko ni sis...  
Quote makadek 8-7-2021 03:42 PM
Tpi bagi aku dia cantik
Quote MontanaHannah 8-7-2021 03:43 PM
bambimbom replied at 8-7-2021 03:34 PM
Haha makin koyak kalau dia baca komen ko ni sis...

Bercakap benar sungguhpun perit !
Quote doubleharmonic 8-7-2021 05:55 PM
#zarakoyak #zarazyakoyak #koyaktoyoutoo
Quote tipahketipung 8-7-2021 11:26 PM
Apo lah lagi budak ni kelmarin nanges2 depan sofa.
Sebelom nanges perli2 dulu lagi orang nyampah.
Engko nak jadi pelapis kak nourol engko ke meroyan sampai muak masaalah sejengkal jadi sedepa.
Quote jargon 9-7-2021 01:26 AM
MontanaHannah replied at 8-7-2021 03:06 PM
zara zya ni mmg xde nilai komersial

rupa paras dia sangat dull dan  senjakala

Gigi dia putih mcm mentos..sepesen maikel ang
Quote anony-mous 9-7-2021 03:27 AM
MontanaHannah replied at 8-7-2021 03:06 PM
zara zya ni mmg xde nilai komersial

rupa paras dia sangat dull dan  senjakala

I pon pelik muka desa x ada tarikan mcm ni selalu dpt watak utama
Quote MontanaHannah 9-7-2021 10:21 AM
jargon replied at 9-7-2021 01:26 AM
Gigi dia putih mcm mentos..sepesen maikel ang

tapi poen hitam,,,masam
Quote MontanaHannah 9-7-2021 10:31 AM
anony-mous replied at 9-7-2021 03:27 AM
I pon pelik muka desa x ada tarikan mcm ni selalu dpt watak utama



zara zya xboleh bawa watak  lain melainkan desa

itu pun bayar harga sikit

xberbaloi rupa serupa itu bayar lebih , rugi sebab xlawa

Quote Lydiawie 9-7-2021 10:47 AM
Not bad zara berlakon..
Quote Cik_jantung 10-7-2021 11:59 AM
"kalau dapat tangkap..*  lolll report je la polis. Mesti boleh tangkap punye. Skmm kan hado.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056224 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top