Lelaki dari China sanggup menghabiskan kira-kira 5,000 yuan (RM3,200) sebulan hanya untuk membeli makanan secara dalam talian. Lapor media tempatan, Xiao Li dari pekan Xi’an, wilayah Shaanxi memesan makanan menerusi perkhidmatan penghantaran sebanyak lima hingga enam kali sehari.
Antara makanan dipesan terdiri daripada nasi campur, mi daging, stik, ayam goreng yang kesemuanya merupakan makanan berkalori tinggi. Katanya, dia kerap memesan makanan yang diinginkannya dan selalu menurut nafsu selera makan sebaik mungkin. Akibat pengambilan makanan berlebihan, berat badan Xiao Li telah bertambah sebanyak 100 kilogram (kg). Pada awalnya, Xiao Li mempunyai berat badan 90kg yang dikatakan melebihi tahap Indeks Jisim Badan (BMI) bagi ketinggian 180 sentimeter (cm). Kini, berat badan Xiao Li mencecah 190kg dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
Menurut Xiao Li, dia berasa tidak selesa malah mudah mengalami sesak nafas ketika berjalan beberapa langkah di sebabkan berat badannya yang melampau. Katanya, dia gemar makan dan akan duduk sehari suntuk ketika bekerja. Ini bermakna Xioa Li kurang bersenam dan menambah berat kira-kira 6kg setiap bulan. Sumber: Utusan
|
netto_ replied at 8-7-2021 12:57 PM
Membazir btul. Dgn segala penyakit dtg. Dgn jd boroi lg. Mahu sehari 3 kali order food delivery. Aku ...
netto_ replied at 8-7-2021 01:57 PM
Membazir btul. Dgn segala penyakit dtg. Dgn jd boroi lg. Mahu sehari 3 kali order food delivery. Aku ...
Rmz83 replied at 8-7-2021 03:10 PM
Ni bkn 3 kali sehari..5-6 kali sehari n mesti setiap kali tu msti dlm portions yg bnyk smpai blh n ...
ADVERTISEMENT