CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ditahan Polis, Nia Ramadhani & Suami Terbabit Penyalahgunaan Dadah?

8-7-2021 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26772| Komen: 237

Pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie ditangkap pegawai polis kerana didakwa ada kaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Berita penangkapan pasangan terkenal itu, disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Inspektor Yusri Yunus.



Kredit foto: IG Nia

"Saya mengesahkan penahanan sementara kedua-dua mereka yang dilakukan di Balai Polis Jakarta Pusat," katanya kepada wartawan apabila ditanya kesahihan penangkapan suami isteri terbabit, hari ini. 

Bagaimanapun, belum diketahui secara pasti mengenai kes yang menjerat pasangan ini, termasuk berkenaan barang bukti dadah serta kronologi penangkapan mereka.

"Tengahari ini selepas Zohor, saya akan mengadakan sidang media. Saya akan tunggu teman-teman di sana," katanya. 

Sehingga kini, pihak media Indonesia seperti CNNIndonesia.com sudah menghubungi pembantu peribadi Nia iaitu Tere berkaitan penangkapan terbabit, tetapi belum mendapat jawapan.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 8-7-2021 01:09 PM
laki dia kaya gila kot..mesti terlepas dari hukuman bila rasuah polis nanti
Quote kechikchomel 8-7-2021 01:17 PM
mesmerize replied at 8-7-2021 01:09 PM
laki dia kaya gila kot..mesti terlepas dari hukuman bila rasuah polis nanti

Laki dia keje apa yg kaya sgt? Anjing dia punya bday pun dia celebrate kan?
Tu la...iolss pun rasa lepas je ni. Dah boleh tau jalan cerita dia.

Quote rain2169 8-7-2021 01:17 PM
patut la kaya raya......
Quote Artemesiaa 8-7-2021 01:19 PM
Jadi benarlah segala gossip sebelum ni
Quote helicornia 8-7-2021 01:23 PM
sayangnye, kaya raya sampai lupa diri
Quote Paiya 8-7-2021 01:26 PM
salah guna dadah tu macamana?

Quote nazzse 8-7-2021 01:34 PM
Bakrie tu bukan bekas menteri indon ke
Quote sharlenetexas 8-7-2021 01:37 PM
Sheols ni yg bodo bodo serba serbi tak tau mesti bonder m suka.
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 01:40 PM
niaga dadih dalam samar2 ke tu yang sampai kaya gila bini pun tak reti hal2 dapur tu?
Quote mesmerize 8-7-2021 01:42 PM
kechikchomel replied at 8-7-2021 01:17 PM
Laki dia keje apa yg kaya sgt? Anjing dia punya bday pun dia celebrate kan?
Tu la...iolss pun ra ...

laki dia businessman chuols..
dia waris kekayaan bapak dia Aburizal Bakrie.. yang ada macam2 business kat indon - telekomunikasi, pengangkutan, stesen tv, buat baja, kontraktor dan macam2 lagi..
bapak dia pernah masuk majalah forbes sebagai salah seorang terkaya di asia tenggara mengalahkan Robert Kuok dari malaysia..
Quote mclaren 8-7-2021 01:44 PM
Edited by mclaren at 8-7-2021 01:48 PM

Tu lah baru nak tanya, orang kaya ya amat macam ni pun boleh kena tangkap ke? Tak sangka pulak berani dan telus polis yang tangkap tu. Walaupun tahu later may lepas but the fact is kena tangkap in the first place.
Quote Tinot7 8-7-2021 01:45 PM
mesmerize replied at 8-7-2021 01:42 PM
laki dia businessman chuols..
dia waris kekayaan bapak dia Aburizal Bakrie.. yang ada macam2 busi ...

woww.. kaya gilerr..
Quote sayawifenikmie 8-7-2021 02:00 PM

.... tak guna kaya kalau jiwa kosong mendadah macam ni ....

tapi kalau sejenis miskin dan mendadah ... lagi lah tak gunaaa ..
Quote kechikchomel 8-7-2021 02:00 PM
mesmerize replied at 8-7-2021 01:42 PM
laki dia businessman chuols..
dia waris kekayaan bapak dia Aburizal Bakrie.. yang ada macam2 busi ...

Bukan takat bisnes papa megah holdings je la ehh. Biliyun biliyun punya harta ni.
Quote BicaraHatiku 8-7-2021 02:02 PM
Indon2 kaya di Jakarta byk jew main cocaine.. x terkejut.
Next?
Quote rosmahisham 8-7-2021 02:04 PM
Bpk mertua dia kaya giler weh
Quote dua_chzy 8-7-2021 02:15 PM
Sebab tu la bercakap atas pentas pun weng kan. Anxiety kuhnun. Puih.
Quote mamajawie 8-7-2021 02:27 PM
mesmerize replied at 8-7-2021 01:42 PM
laki dia businessman chuols..
dia waris kekayaan bapak dia Aburizal Bakrie.. yang ada macam2 busi ...

untung dapat sambar jerung..yg si bawang putih tu kawen orka gak ke?

Quote msdummy.2018 8-7-2021 02:27 PM
Kalo betul oun aku xpelik dan terkejut...sb mmg nmpk sgt dr muka tuh

Lihat semua komen(237)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052000 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top