CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Keluar Sekejap, Bayi Terkunci Dalam Kereta

7-7-2021 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2312| Komen: 19

Seremban: Seorang bapa berdepan detik cemas apabila anak perempuannya berusia setahun lapan bulan terperangkap di dalam kereta hampir 10 minit dalam kejadian di Taman Negeri Port Dickson, dekat sini, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan kira-kira 7.58 pagi.


Gambar Hiasan

"Difahamkan, bapa kanak-kanak terbabit keluar sekejap daripada kereta dan tidak menyedari keretanya terkunci secara 'auto lock', ketika kejadian kanak-kanak itu sedar dan berada dalam keadaan cemas.

"Kami menggunakan peralatan khas 'air cushion automatic entry' untuk membuka kunci bahagian dalam pintu kereta sebelah pemandu. Tiada kecederaan kepada mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata, kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat dan operasi terbabit ditamatkan kira-kira 8.15 pagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-7-2021 01:10 PM
Kes sama terus berulang macam tak ada kesudahan
Quote aderaderker 7-7-2021 01:12 PM
Sekejap tu berapa lama,  utk bayi besar tu 10 seconds pun byk benda boleh jadi..
Quote Nizleen86 7-7-2021 01:17 PM
Edited by Nizleen86 at 7-7-2021 01:51 PM

Kesian baby tu...
Quote hashashes 7-7-2021 01:28 PM
Nasib baik baby tu takde pape
Quote Scheherazade 7-7-2021 01:36 PM
Kdg sekejap bg kita tp cukup lama bg org lain. Klu bwk baby mcm ni, nk klr skjp pun, bwk je la sekali. Apa2 jd kang, nyesal pun x guna
Quote Trumpettt 7-7-2021 01:47 PM
Isshhh....tak belajar ke drpd kesilapan org lain ka...kot jd apa2, nyesal seumur hidup
Quote depresio 7-7-2021 01:51 PM
Salah satu cara aku buat adalah kunci sentiasa lam poket
Aku takkan keluar kereta tanpa kunci lam poket atau tgn aku..
aku angkat ank mausk carseat ke apa aku akan pastikan kunci ada dgn aku..
aku nak pusing masuk kereta aku pastikan pintu lock.. aku sampai depan pintu driver baru aku unlick cepat2 masuk n lock..
Nak isi minyak kunci kat tgn keluar lock pintu n isi minyak..
moga aku tak lupa

Maybe boleh dipraktikkan
Quote nononcrux 7-7-2021 01:58 PM
kereta auto lock kalau ade kunci pon boleh jadi ye
Quote Decaffeinated 7-7-2021 02:00 PM
Tolong lempang dulu bapak budak tu. Ask question later.
Quote Decaffeinated 7-7-2021 02:02 PM
Tahniah TT berjaya buka thread mendahului forummer biasa. Satu pencapaian rare untuk wartawan Cari.
Quote Minami2013 7-7-2021 02:05 PM
Dulu i selalu terkunci kereta padahal enjin hidup je lagi. Mmg benda2 mcm ni boleh jadi disbb kan otak kita tgh fikir urusan lain. Nasib kereta baru tak autolock dan beberapa function lain utk elak terkunci ni ie tak boleh kunci kalau kunci ada dlm kereta.
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:48 PM
erkkkkkkk ada budak kecik laaaaa lagi patut kau berjaga2. haih
Quote twins 7-7-2021 03:00 PM
kes mcm ni tak sepatutnya berlaku dah
Quote I.K.A888990 7-7-2021 04:12 PM
alhamdulillah nasib xada apa2 yg jadi.
patut nye mak bapak yg cuai mcm ni kena tahan.
Quote tepisket.. 7-7-2021 05:39 PM
Pkp kali ni terasa mencabar sgt bila anak x leh nak bawak g public space. Lagi2 bila kena keluar beli brg groceries mengejut and xde sapa nak tlg tgok anak jap. Nak tinggal takut lemas dlm kereta even kejap. Nak bawak sekali staff kedai xbagi masuk. Last2 x yah la gi makan je apa ada dulu sementara tggu partner balik. Huhu
Quote edayildiz 7-7-2021 05:44 PM
kat malaysia ni tak kena tahan eh parents cuai..bnci btl la..ada ank kot ptt kena berjaga jaga..
Quote syaz_lina 7-7-2021 05:47 PM
Mesti kalut pagi2 ni..bilalah my nak buat hukuman ibu bapa cuai. Berapa ramai anak2 terkorban sbb tinggal dlm kereta
Quote isseliparjepun 7-7-2021 07:30 PM
tepisket.. replied at 7-7-2021 05:39 PM
Pkp kali ni terasa mencabar sgt bila anak x leh nak bawak g public space. Lagi2 bila kena keluar bel ...

Selagi ada partner u dengan u, better lah u tunggu dia balik or time dia ada, keluar beli barang. Unless u single parent so memang mencabar nak bawa anak sekali then beli barang. Otherwise kena order dari grabmart or pandamart and self-pick up, if not terpaksa delivery or pakai personal shopper/runner.
Quote tepisket.. 7-7-2021 07:38 PM
isseliparjepun replied at 7-7-2021 07:30 PM
Selagi ada partner u dengan u, better lah u tunggu dia balik or time dia ada, keluar beli barang.  ...

Tu laa no choice. Ada sekali stok susu anak habis ngam2 sampai abi dia balik kerja. Sementara tggu tu mmg kena bajet2 susu tp xpe sebab anak da makan. Kira xde la desperate sgt sampai kena kluar beli susu. Fuhh.. hehe

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.108171 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top