"Harapkan pagar, pagar makan padi" Mungkin itu perumpamaan yang sesuai untuk kes seorang pegawai penjara wanita di California yang melakukan hubungan intim dengan seorang banduan. Menurut laporan portal People, Tina Gonzalez, 26, didakwa memotong seluar seragamnya untuk memudahkannya melakukan hubungan seks di penjara Fresno County sambil ditonton 11 tahanan lain. Bekas ketuanya, pembantu syerif, Steve McComas memberitahu mahkamah
dia menyaksikan banyak 'perkara yang menjijikkan' selama 26 tahun
bekerja.
Namun, tiada yang lebih mengejutkan apabila mengetahui aksi seks Gonzalez ditonton banduan lain. Bagaimanapun, wanita itu berhenti selepas ditangkap Mei tahun lalu. Dia juga didakwa membekalkan banduan sama dengan pisau cukur, telefon bimbit dan maklumat dalaman sebelum sel tahanan lelaki itu diperiksa.
"Tetapi dia tidak menunjukkan penyesalan. Dia masih berhubung menerusi telefon dengan berbual lucah dengan lelaki berkenaan serta bangga dengan kejahatan dilakukannya." April lalu, Gonzalez mengaku tidak bersalah melakukan aktiviti seksual dengan tahanan, memiliki dadah atau alkohol serta telefon bimbit yang diberikan kepada banduan berkenaan. Bekas ketuanya meminta wanita terbabit dihukum penjara maksimum tiga tahun lapan bulan. Tetapi Hakim Michael Idiart meneliti pengakuan awal tertuduh sebelum
menjatuhkan hukuman tujuh bulan di penjara daerah diikuti tempoh
percubaan selama dua tahun. - CARI |
sarah82: Mcm aku dah baca berita ni kelmarin.
haifawehbe replied at 4-7-2021 01:34 PM
betul la org ckp keje penjara lama2 kita diserap ke dlm penjara
ADVERTISEMENT