Bertempat di Mentara Ampang baru-baru ini berlangsung majlis press conference & pelancaran artis baru Jaafar Onn Production, Faizal Zain yang sedang sibuk mempromosikan single terbaru berjudul Yahanana (Murakkab Rinduan) nyanyian bersama Salwa Abdul Rahman yang dihadiri lebih kurang 1000 orang dari kalangan tetamu, VVIP, rakan artis dan pihak media. Pada malam itu, dengan rasminya lagu Yahanana (Murakkab Rinduan) diperdengarkan di hadapan para hadirin dan penyerahan untuk diputarkan di corong-corong radio.
Faizal Zain yang pertama kalinya diperkenalkan menerusi lagu raya duet bersama Rohana Jalil (Nuansa Aidilfitri) pada bulan puasa yang lepas melahirkan rasa syukur apabila kehadiran beliau di dalam arena seni suara diterima baik. Jaafar Onn Production juga dilihat membuat peruntukkan besar dalam membina laluan Faizal Zain di dalam dunia seni. Melihat dari sudut perspektif yang lain, ramuan mengapa kehadiran Faizal Zain mudah diterima peminat adalah berdasarkan imej tersendiri yang ditampilkannya. Tiada lahir dari mana-mana klon, Faizal dilihat lebih senang menyanyikan lagu-lagu ciptaannya sendiri. Album pertama beliau yang berjudul Halakan Cinta bakal berada dipasaran tidak lama lagi. Penyanyi yang mengetengahkan konsep moden arabik ini lebih banyak menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan. begitu juga single terbarunya yang berjudul Murakkab Rinduan, yang berceritakan tentang kehadiran nabi Muhammad saw. yang juga boleh di dengarkan di youtube : http://www.youtube.com/watch?v=IkYAynptA0E Imej tersendirinya membuatkan beliau mudah dikenali malah album yang bakal lahir ini juga memperlihatkan lagu-lagu gabungan Faizal Zain dengan beberapa artis popular tanah air. Artis baru Jaafar Onn Production ini juga bakal singgah dari konti ke konti radio dalam jelajah promosinya yang bakal bermula di stesen radio KLFM. |
ADVERTISEMENT