CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Alasan Rare Penuntut Tak Masuk Kelas Sebab Urus Kambing Bersalin!

1-7-2021 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3681| Komen: 12

Baru-baru ini, tular video di TikTok yang dikongsikan gadis dikenali sebagai Cah. 

Menerusi video tersebut Cah berkongsikan alasan rakan sekelasnya tidak dapat hadir ke kelas online yang sepatutnya berlangsung pada waktu petang.



Gambar hiasan

Ketika pensyarah meminta lima pelajarnya yang tidak ke kelas online pada hari itu untuk memberikan alasan munasaba, pelajar bernama Syafiq memberi alasan yang tidak disangka-sangka.

Katanya, dia tidak dapat hadir kerana terpaksa menguruskan kambingnya “bersalin”. 

Pada mulanya pensyarahnya itu menyangka Syafiq bergurau lalu memintanya memberikan foto atau selfie bersama anak kambing sebagai bukti pada keesokan paginya.

Patuh pada arahan pensyarah, tepat jam 7.26 pagi Syafiq kongsikan selfienya bersama anak-anak kambing yang baru dilahirkan semalam. Bukan itu sahaja, dia turut merakamkan video kambing di kandang sebelah rumahnya sebagai bukti.


Rakan sekelasnya, Cah yang terhibur dengan pendedahan ini berkongsikannya di laman TikTok sehingga ianya menjadi tular. 



Bukan Cah sahaja yang terhibur tetapi gelagat pelajar yang bernama Syafiq ini betul-betul mengundang dekah netizen. Dalam tawa, ramai juga memuji Syafiq kerana sikap jujurnya sehingga terkedu pensyarah dibuatnya.

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang memberikan sebab mengapa Syafiq perlu menemani kambingnya yang ingin beranak. 

Menurut perkongsiannya, ada sesetengah kambing perlu ditemani tuannya ketika ingin beranak. Jika tidak, kambing ini akan bising. Kenyataan ini dibalas oleh Cah di mana dia berkata Syafiq turut memberi penjelasan sama.



Nasib baik alasan yang diberi tu memang benar terjadi. 


Sumber: KoolFM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 1-7-2021 07:13 PM
Kucing pun macamtu. Dia nervous nak beranak angkut anak kucing lain teman dia dalam kotak
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:28 PM
manusia pun mau diteman inikan pulak kombinggg.
Quote Megikari 3-7-2021 11:17 AM
Hahahaha.. Comel je teman kambing bersalin. Naik la saham ko lepas ni dik, dah ada ciri2 suami penyayang tu
Quote Artemesiaa 3-7-2021 06:43 PM
Mesti ramai yang fikir dia tipu nasib ada gambar jadi bukti
Quote Orix 4-7-2021 12:59 AM
X nmpak pn video
Quote ImpianSeroja 4-7-2021 10:46 PM
Baguss nya ko dek..itu baru kambing yg nk bersalin diteman nya..
Quote heythere123 31-7-2021 10:23 PM
KIM.K replied at 1-7-2021 07:13 PM
Kucing pun macamtu. Dia nervous nak beranak angkut anak kucing lain teman dia dalam kotak

macam tu pun ada ye. Kalau kucing adik iols, dia suka nyorok sorang2
Quote heythere123 31-7-2021 10:24 PM
iols pernah la tak attend kelas sekali sebab kucing eksiden and kena bawak gi vet. Tapi lecturer iols boleh pulak gelak, dia ingat iols bergurau gamaknya.
Quote KIM.K 1-8-2021 07:15 AM
heythere123 replied at 31-7-2021 10:23 PM
macam tu pun ada ye. Kalau kucing adik iols, dia suka nyorok sorang2

Iols baca kat fb page kucing sepah apa harini
Kucing iols nak beranak dia menjerit kat muka iols suh siapkan tempat. Amboi order je kat bibik.
Dia taknak beranak kat luar rumah..kami dah prepare sarang
Quote heythere123 1-8-2021 09:47 AM
KIM.K replied at 1-8-2021 07:15 AM
Iols baca pkat fb page kucing sepah apa harini
Kucing iols nak beranak dia menjerit kat muka io ...

amboi, demand. Nasib baik u boleh melayan.
Uols buat sarang tu dalam sangkar ke macam mana?

Quote KIM.K 1-8-2021 11:53 AM
heythere123 replied at 1-8-2021 09:47 AM
amboi, demand. Nasib baik u boleh melayan.
Uols buat sarang tu dalam sangkar ke macam mana?

Kotak dengan kain je.
Nak beranak dalam rumah sejuk cahaya dim2 jah katanya
Elok lagi mamacat adik chuols, nak privacy tak kaco orang. Very cultured ye!
Quote heythere123 1-8-2021 02:16 PM
KIM.K replied at 1-8-2021 11:53 AM
Kotak dengan kain je.
Nak beranak dalam rumah sejuk cahaya dim2 jah katanya
Elok lagi mamacat ...


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.113204 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top