View: 2745|Reply: 12
|
Alasan Rare Penuntut Tak Masuk Kelas Sebab Urus Kambing Bersalin!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang dikongsikan gadis dikenali sebagai Cah.
Menerusi video tersebut Cah berkongsikan alasan rakan sekelasnya tidak dapat hadir ke kelas online yang sepatutnya berlangsung pada waktu petang.
Gambar hiasan
Ketika pensyarah meminta lima pelajarnya yang tidak ke kelas online pada hari itu untuk memberikan alasan munasaba, pelajar bernama Syafiq memberi alasan yang tidak disangka-sangka.
Katanya, dia tidak dapat hadir kerana terpaksa menguruskan kambingnya “bersalin”.
Pada mulanya pensyarahnya itu menyangka Syafiq bergurau lalu memintanya memberikan foto atau selfie bersama anak kambing sebagai bukti pada keesokan paginya.
Patuh pada arahan pensyarah, tepat jam 7.26 pagi Syafiq kongsikan selfienya bersama anak-anak kambing yang baru dilahirkan semalam. Bukan itu sahaja, dia turut merakamkan video kambing di kandang sebelah rumahnya sebagai bukti.
Rakan sekelasnya, Cah yang terhibur dengan pendedahan ini berkongsikannya di laman TikTok sehingga ianya menjadi tular.
Bukan Cah sahaja yang terhibur tetapi gelagat pelajar yang bernama Syafiq ini betul-betul mengundang dekah netizen. Dalam tawa, ramai juga memuji Syafiq kerana sikap jujurnya sehingga terkedu pensyarah dibuatnya.
Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang memberikan sebab mengapa Syafiq perlu menemani kambingnya yang ingin beranak.
Menurut perkongsiannya, ada sesetengah kambing perlu ditemani tuannya ketika ingin beranak. Jika tidak, kambing ini akan bising. Kenyataan ini dibalas oleh Cah di mana dia berkata Syafiq turut memberi penjelasan sama.
Nasib baik alasan yang diberi tu memang benar terjadi.
Sumber: KoolFM |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing pun macamtu. Dia nervous nak beranak angkut anak kucing lain teman dia dalam kotak |
|
|
|
|
|
|
|
manusia pun mau diteman inikan pulak kombinggg. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha.. Comel je teman kambing bersalin. Naik la saham ko lepas ni dik, dah ada ciri2 suami penyayang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ramai yang fikir dia tipu nasib ada gambar jadi bukti |
|
|
|
|
|
|
|
Baguss nya ko dek..itu baru kambing yg nk bersalin diteman nya..
|
|
|
|
|
|
|
|
macam tu pun ada ye. Kalau kucing adik iols, dia suka nyorok sorang2
|
|
|
|
|
|
|
|
iols pernah la tak attend kelas sekali sebab kucing eksiden and kena bawak gi vet. Tapi lecturer iols boleh pulak gelak, dia ingat iols bergurau gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 31-7-2021 10:23 PM
macam tu pun ada ye. Kalau kucing adik iols, dia suka nyorok sorang2
Iols baca kat fb page kucing sepah apa harini
Kucing iols nak beranak dia menjerit kat muka iols suh siapkan tempat. Amboi order je kat bibik.
Dia taknak beranak kat luar rumah..kami dah prepare sarang |
|
|
|
|
|
|
|
amboi, demand. Nasib baik u boleh melayan.
Uols buat sarang tu dalam sangkar ke macam mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 1-8-2021 09:47 AM
amboi, demand. Nasib baik u boleh melayan.
Uols buat sarang tu dalam sangkar ke macam mana?
Kotak dengan kain je.
Nak beranak dalam rumah sejuk cahaya dim2 jah katanya
Elok lagi mamacat adik chuols, nak privacy tak kaco orang. Very cultured ye!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|