Tertekan dan sedih dengan berita kesusahan ramai akibat penularan Covid-19, pelakon Shima Anuar, 30, memulakan inisiatif sendiri mengumpul dana bantuan menerusi penjualan seluar palazzo.
Shima berkata, wang hasil jualan pakaian itu akan digunakan membeli barangan rumah untuk disumbangkan kepada individu yang sangat memerlukan. "Saya turut tertekan dan sedih apabila rakyat kita semakin dihimpit kesusahan. Setiap hari tengok berita, hati saya cukup sayu mengenangkan nasib mereka yang susah. "Jadi, saya mulakan inisiatif sendiri ini. Agak mengejutkan juga apabila ia mendapat sokongan luar biasa. Buat masa sekarang, sudah 36 helai palazzo berjaya dijual dan saya akan terus guna wang itu beli barangan untuk dibuat sumbangan.
"Saya paling bersyukur apabila ada yang turut menyumbang wang semata-mata seikhlas hati untuk tujuan itu. Ia menunjukkan betapa ramai prihatin untuk membantu golongan susah," katanya.
|
ADVERTISEMENT