Kuala Lumpur: Jual beras bantuan RM5 sekampit. Itu antara perbuatan individu tidak bertanggungjawab menggunakan barangan sumbangan untuk kepentingan peribadi.
Alasan diberikan adalah beras yang diterima sudah banyak selain tidak menepati selera seperti yang dibeli sendiri. Mendedahkan perkara itu, sukarelawan bebas Ainul Farina Hussin, 35, berkata, pihaknya mengesan kegiatan itu dilakukan oleh seorang penerima bantuan baru-baru ini. Katanya, lelaki berkenaan sebelum itu memohon untuk mendapatkan bantuan kerana kesempitan hidup. "Apabila bantuan sudah diberikan, saya dimaklumkan jiran mengenai tindakannya menjual semula beras yang disumbangkan.
"Mulanya saya fikir mungkin kerana dia susah tetapi bila ditanya, dia memberikan jawapan yang mengejutkan iaitu beras sudah terlalu banyak dan tidak menepati selera seperti yang pernah dia beli sebelum ini," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini. Beliau berkata, semakan mendapati beras lima kilogram berkenaan dijual kepada penduduk berdekatan pada harga murah. Menurutnya, lelaki itu juga mendakwa dia memohon untuk mendapatkan pelbagai bantuan yang disediakan sejak beberapa bulan lalu. "Bukanlah kita hendak mengungkit apa yang sudah diberikan tetapi dalam konteks berkongsi rezeki, kita ada penyumbang yang mengharapkan bantuan sampai kepada orang susah. "Di luar sana ramai yang bergelut untuk hidup dan jika ada yang mengambil kesempatan begini, bagaimana dengan orang lain yang lebih memerlukan," katanya. Ainul berkata, dia bergerak sendiri dengan dibantu rakan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan. Sebelum ini, katanya, bantuan diberikan di seluruh negara, namun disebabkan jarak yang jauh, dia kemudian memilih untuk hanya memfokuskan kawasan Pasir Gudang dan sekitarnya. "Pengajaran daripada kes ini, saya perlu lebih berhati-hati dengan maklumat yang diterima. "Sebelum ini ramai juga yang memberikan maklumat diri palsu atau masih memohon walaupun hidup tidak terjejas. "Satu peringatan kepada saya dan rakan badan bukan kerajaan lain untuk memastikan individu yang dibantu adalah mereka yang benar-benar memerlukan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mclaren replied at 30-6-2021 03:58 PM
Nak cadangkan macam ni untuk bantuan.
Jangan beli barang keperluan dan derma.
haruslah replied at 30-6-2021 04:05 PM
X boleh jugak
Cth dpt baucer rm200
Owner pi bagi kedai dia nak cash rm150..pastu duit brli ntah ...
mclaren replied at 30-6-2021 03:58 PM
Nak cadangkan macam ni untuk bantuan.
Jangan beli barang keperluan dan derma.
anony-mous replied at 30-6-2021 04:27 PM
Setuju. Bg voucher biar dia pilih sdri. Asas tu bg beras n telur jah. 1 set xperlu byk. Habis vouc ...
anony-mous replied at 30-6-2021 04:27 PM
Setuju. Bg voucher biar dia pilih sdri. Asas tu bg beras n telur jah. 1 set xperlu byk. Habis vouc ...
ADVERTISEMENT