Pelakon aksi, Jackie Chan mengakui belum bersedia untuk bersara daripada dunia lakonan dan hanya akan berbuat demikian apabila keadaan badannya sudah tidak mengizinkan. Jackie, 59, berkata, dia sudah letih untuk menjawab soalan daripada media mengenai perkara itu dan tidak mahu lagi memberi jawapan sama seperti sebelum ini. “Selalunya saya akan berkata tunggu lagi lima tahun untuk saya bersara dan kini umur saya akan mencecah 60 tahun dalam masa enam bulan lagi. “Rasanya saya tidak akan bersara tetapi hanya akan berbuat demikian apabila badan saya sudah tidak lagi berupaya melakukan aksi lasak,” katanya. Bagaimanapun kata pelakon filem The Tuxedo itu, dengan usianya kini dia sedar dia perlu memperlahankan aktiviti lakonannya terutama dalam aksi lasak yang membahayakan kesihatannya.
|
ADVERTISEMENT