Sharnaaz Ahmad meminta pengikutnya di Instagram untuk berkongsi sekiranya ada individu yang memerlukan sumbangan barangan keperluan harian. Dalam hantarannya di IGTV, Sharnaaz memulakan langkah bantuannya dengan 100 pek barang sumbangan sebagai permulaan.
"Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantik diri saya untuk membantu. "Kami dari pasukan Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV keluarkan sedikit sumbangan. Ini daripada setiap kakitangan, Mamu dan juga semua yang sudah membantu untuk mengeluarkan sumbangan ini," katanya.
Dalam hantaran itu juga, Sharnaaz juga meminta masyarakat peka dengan keadaan sekeliling dan menghubungi pihaknya sekiranya ternampak bendera putih sebagai tanda orang memerlukan bantuan yang kini menjadi bualan di media sosial. "Saya faham memang sekarang pasal bendera putih semua. Saya nak minta kalau anda semua kenal atau ada orang sekeliling yang ada bendera putih mahupun benar-benar memerlukan, buka mata dan hubungi kami.
"Bantu mereka dengan kongsikan mengenai bantuan ini dan minta mereka datang dan ambil bantuan sumbangan ini. Ini cara pasukan kami untuk membantu orang yang susah dalam pandemik Covid-19 seperti sekarang. Sekarang, tugas kita adalah bantu orang yang memerlukan," katanya.
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Sharnaaz turut berkongsi situasi di tempat pengumpulan barangan keperluan yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan sedia untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|