Seorang wanita mengakui dirinya sedang hamil menerusi persenyawaan sperma yang diambil daripada tubuh teman lelakinya yang sudah meninggal dunia.
Terdahulu, teman lelaki Ellidy Vlug yang juga atlet snowboard Australia, Alex Pullin, meninggal pada Julai tahun lalu sewaktu memancing di Gold Coast, Australia. Pullin telah bersama Ellidy selama lapan tahun sebelum meninggal dunia. Terlalu menginginkan cahaya mata bersama, Ellidy meminta doktor untuk mengambil sperma yang sihat dari tubuh Pullin dan setahun kemudian, dia mengesahkan kehamilannya. Dalam catatan di Instagram baru-baru ini, Ellidy mengumumkan bahawa bayinya akan lahir pada Oktober.
Wanita itu juga mendedahkan bahawa dia dan teman lelakinya mengimpikan bayi selama bertahun-tahun. Dia juga memuat naik gambar perut (baby bump) dalam laman sosial itu. -CARI Sumber: India.com |
ADVERTISEMENT