CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Korea Utara Menangis Sedih, Risau Tengok Kim Jong-Un Hilang Berat Badan

28-6-2021 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8280| Komen: 53

PYONGYANG – Penduduk Korea Utara dilaporkan bimbang dan ada yang menangis kerana melihat kehilangan berat badan mendadak pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un, lapor laman berita Daily Star semalam.


Stesen televisyen pemerintah baru-baru ini menyiarkan temu bual bersama penduduk tempatan yang menyuarakan kebimbangan mereka melihat penampilan baharu Jong-un.

“Orang awam berasa sedih apabila melihat pemimpin utama itu yang kelihatan kurus.

“Semua orang berkata mereka turut menangis,” kata seorang warga Korea Utara dalam temu bual bersama Korean Central Television kelmarin.

Foto: AFP

Laporan tentang tubuh Jong-un yang susut itu disedari susulan analisis saiz pergelangan tangannya.


Tali pada jam tangan itu perlu diketatkan berbanding biasa ketika sesi politburo parti pemerintah itu awal bulan ini.

Kementerian Penyatuan Korea mengesahkan pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan Jong-un,  namun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kehilangan  berat badan pemimpin itu.

Jong-un tidak dilihat di tempat awam hampir sebulan ketika penduduk tempatan mula membuat spekulasi.

Kesihatan Jong-un juga turut dipantau ekoran ketidaktentuan tentang pengganti beliau. 

Kebimbangan mengenai keadaan kesihatan Jong-un menjadi perhatian sejak tahun lalu apabila beliau tidak muncul secara terbuka pada perayaan utama untuk memperingati mendiang datuknya yang merupakan pengasas Korea Utara. 

Sejak dari itu, Jong-un tidak dilihat untuk satu tempoh yang lama sekali gus meningkatkan spekulasi berkaitan kesihatan beliau dan apa yang akan berlaku sekiranya pemimpin tersebut jatuh sakit. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MinyakAngin 28-6-2021 03:13 PM
Lerr ingat dah mati
Quote kakikuDibibirmu 28-6-2021 03:40 PM
Quote insulin 28-6-2021 03:43 PM
Menangis sebab kemungkinan diktator akan mati akibat obesiti telah tiada.
Quote makadek 28-6-2021 03:48 PM
Menangis gembira tu
Quote putera_daruna 28-6-2021 03:49 PM
tak ada pulak covid kat sana ye.... huhuhuhu
Quote tompie 28-6-2021 04:15 PM
mana gambo kurus?
Quote Suchi 28-6-2021 04:19 PM
Biarla kuruusss org korea bukan ke susah nk jumpa yg demok?
Semua kaki runcing mcm pencungkil gigi.
Depa kalau demok pun jenis demok bersegi tak berlekuk mcm ummah lain walau demok tapi  seksi berlekuk ada curve cam acik wawa enterprise tu.
Quote Skuau 28-6-2021 04:19 PM
putera_daruna replied at 28-6-2021 03:49 PM
tak ada pulak covid kat sana ye.... huhuhuhu

sapa 'hasilkan covid'...'kena la'.
Quote BoongaKertas 28-6-2021 04:19 PM
putera_daruna replied at 28-6-2021 07:49 AM
tak ada pulak covid kat sana ye.... huhuhuhu

dia tutup sempadan terus chuols. pastu kalau ada rakyat dia suspected, tembak terus. ada keluar news tak silap psl tembak tu.
Quote sparkly 28-6-2021 04:20 PM
Tu pun nak menangis ke?

Propa
Quote glump 28-6-2021 04:22 PM
rakyat tu nagis betul2 ke ?
Quote lolipopmanish 28-6-2021 04:23 PM
Ye ye je rkyt dia nanges. Ntah ntahh hepi
Quote damsel_fiji 28-6-2021 04:23 PM
nangis pura2 jah tu..jap lagi tak nangis nanti kena hantar kem pulak
Quote nakkomenjugak 28-6-2021 04:45 PM
Wahhh oppa Jong Un dah kurussss. Kesian betul aku tengok deme. Dah macam cult.
Quote Orix 28-6-2021 04:47 PM
putera_daruna: tak ada pulak covid kat sana ye.... huhuhuhu


Mcm mana nak ada. Spe pesakit covid kena tembak mati. Tak sempat virus nk tersebar dah kojol.
Quote dua_chzy 28-6-2021 04:53 PM
putera_daruna replied at 28-6-2021 03:49 PM
tak ada pulak covid kat sana ye.... huhuhuhu

Ada je.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/COVID-19_pandemic_in_North_Korea

Propah je gemok Android Number 19 ni.
Quote mistified 28-6-2021 04:56 PM
Kurus sbb tak sihat ke?
Quote any42 28-6-2021 04:57 PM
drpd kena tembak ke kna humban kt kem ke baik la menangis kot? huhu. tenyeh bwng byk2 kt mata bleh meraung dpn pemimpin idola
Quote AyaqMeloSuam 28-6-2021 05:38 PM
Dia sedaq dri.. buat bypass perut kot.. tu mnghilangkn dri sebulan dua

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.042788 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top