CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ebit Lew Tiba Di Gaza Diringi Tentera Mesir, Kereta Berperisai

28-6-2021 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17412| Komen: 124

Description: Begitulah ungkapan yang disebut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi memberi perkhabaran terbaharu mengenai misinya ke Palestin.
"Syukur pada Allah."

Begitulah ungkapan yang disebut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi memberi perkhabaran terbaharu mengenai misinya ke Palestin.


Menerusi Instagram, Ebit pada Isnin pagi memaklumkan pasukannya sudah berada di Gaza yang mana perjalanan mereka ke sana diiringi oleh tentera Mesir.

"Kami masuk dengan diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

"Menurut kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini," ujarnya kepada 5.2 juta pengikut Instagram.

Dalam pada itu, Ebit turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak Wisma Putra yang berterusan membantu pasukannya dalam misi itu.

Foto: via mstar


"Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej.

"Datuk Seri call Kementerian Luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus," ujarnya.

Selain itu, Ebit turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut sama menyumbang dan membantu misi itu.

Ebit dalam posting sama turut meluahkan rasa sebak apabila tiba ke sana yang mana ia disifatkan seperti kepulangan ke kampung halaman sendiri.


"Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini.

"Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut termasuklah Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin.

"Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ebit pada 27 Mei lalu memaklumkan dia dan pasukannya selamat tiba di Mesir dan membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang seterusnya akan dibawa ke Gaza. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 28-6-2021 03:29 PM
Ariz Ramli ada update apa2 tak?
Quote edayildiz 28-6-2021 03:32 PM
caprice jmpa x ebit lew?
Quote makadek 28-6-2021 03:33 PM
Ya allah penyembah dewasayu ...betul2 terharu
Berguni guni pujian...
Kalau tk de campur tangan tmj menteri2 jgn haraplaaaa dewasayu bole bolos ...
Tu pn sbln kena tggu ..
Quote bakingsoda 28-6-2021 03:43 PM
mcm biasa terpaling khennnn
Quote insulin 28-6-2021 03:44 PM
Pelik bebenar. Pakai suite tapi berkasut sukan.
Quote helicornia 28-6-2021 03:48 PM
ko mampu kereta perisai iring? btw sebak sayu masih ada ye
Quote tungkai 28-6-2021 03:51 PM
Lepas aku baca berita dan tengok gambar ni, aku tengok posting rakyat kat Malaysia yg terjejas. Kenapa tak dahulukan kat sini dulu..?
Quote pekanwoohoo 28-6-2021 03:51 PM
Tiba tiba rasa rindu bidadari. Sedih rasanya.
Quote watatakut 28-6-2021 03:56 PM
satu je nak tanya..ebit dah vaksin ke
Quote Kurex 28-6-2021 03:57 PM
Memanjang nak sebak sayu.. hahaha
Quote wolfheart 28-6-2021 04:03 PM
Mesir ni kita dtg sbg tourist sekadar nak nengok piramid pon askar dorg satu kenderaan siap dgn senjata ikut tourist bus kita.  
Quote tompie 28-6-2021 04:12 PM
tungkai replied at 28-6-2021 03:51 PM
Lepas aku baca berita dan tengok gambar ni, aku tengok posting rakyat kat Malaysia yg terjejas. Kena ...

selama ni bukan dia duk tolong orang Malaysia ke? Tak kira agama.selama ni jugak dia dah budayakan tolong orang susah, dah sampai masa kita pun ikut, tolong orang susah.

Quote zeed 28-6-2021 04:17 PM
Patut la kena bagi jadi. Back up besar.
Quote guesswho09 28-6-2021 04:19 PM
Tak berterima kasih pada yg sumbang duit ka?
ke semua pakai duit dia?
Quote sparkly 28-6-2021 04:23 PM
malaysians need more help than palestinians
Quote makneng 28-6-2021 04:28 PM
Edisi sayu datang lagi.. Tiada yang sayu melainkan yang sayu sayu belaka
Quote nakkomenjugak 28-6-2021 04:31 PM
Haa yelah. Moga selamat sejahtera kat sana.
Quote AbukRokok 28-6-2021 05:55 PM
tungkai replied at 28-6-2021 03:51 PM
Lepas aku baca berita dan tengok gambar ni, aku tengok posting rakyat kat Malaysia yg terjejas. Kena ...

tahun lepas kan dah buat...bagi chance kat group lain

Quote KBW2 28-6-2021 07:28 PM
tompie replied at 28-6-2021 04:12 PM
selama ni bukan dia duk tolong orang Malaysia ke? Tak kira agama.selama ni jugak dia dah budayakan ...

korekshion budaya tolong orang susah sambil tayangan social media, itu memang dia yang mulakan.

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.132881 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top