CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air Rebusan Beras Ganti Susu Untuk Bayi Kelaparan

28-6-2021 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18256| Komen: 148

KUALA TERENGGANU - Air rebusan beras terpaksa digunakan bagi menggantikan susu untuk anak kecil yang kelaparan, antara yang dilakukan sebuah keluarga akibat terkesan dengan pandemik Covid-19 di negeri ini.


Perkara itu didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu yang berdepan kisah sedih berkenaan ketika menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.

Setiausahanya, Muhammad Syariezal Ab Rashid berkata, terdapat banyak pengalaman pahit manis ditempuhi pihaknya sepanjang menghantar bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.


Foto: Sinar Harian

"Antara yang paling menyentuh hati ialah kisah sebuah keluarga yang terpaksa menyediakan air rebusan beras untuk anak kecilnya kerana tidak cukup wang bagi membeli susu.


"Selain itu, terdapat juga keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran kerana anak kelaparan. Ada juga yang memberi susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata, kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka yang menerima sumbangan terutama susu dan lampin pakai buang.

"Apabila kita hantar susu dan lampin pakai buang, berlinang air mata mereka. Ada yang memeluk erat susu yang baru diberikan. Ternyata banyak keluarga yang terkesan sepenuhnya akibat pandemik ini.

"Ada juga yang memberitahu mereka kini tiada lagi wang simpanan di bank untuk dibelanjakan, malah ada juga yang telah dibuang kerja," ujarnya.

Muhammad Syariezal berkata, Fisabilillah juga menerima banyak permohonan untuk mendapatkan keperluan bagi menampung kehidupan.

"Apabila mereka dapat tahu Fisabilillah membantu golongan yang terkesan, mereka mencuba nasib. Selang beberapa hari, permohonan mereka diluluskan dan wakil Fisabilillah Terengganu terus menghantar keperluan bagi keluarga terbabit," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Fisabilillah Terengganu turut berterima kasih kepada penyumbang yang tidak putus-putus memberi sokongan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, katanya, seramai 4,000 keluarga yang dibantu sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.

"Kami bergerak sebagai badan NGO yang menyalurkan hasil sumbangan orang ramai. Kita menyasarkan untuk membantu seramai mungkin mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Terengganu," katanya. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 28-6-2021 02:04 PM
masa zaman daurat pun ayah i bagi kaka i minum susu tin….zaman zaman 13 mei tu
Quote exclusive_vvip 28-6-2021 02:06 PM
kesiannya ... i doakan semua ibu2 yg terkesan, dilimpahi susu badan yg banyak supaya dapat kenyangkan anak masing2..Aamiin
Quote cmf_acura 28-6-2021 02:06 PM
kerajaan apa kesah..yg dia tahu PKP ..fasa 1, fasa 2, fasa 3....
Quote zehra2 28-6-2021 02:13 PM
lembaga zakat selangor yg terpaling tu harap2.. turun ler tinjau og susah ni..
jgn sbb lockdown korang pun lockdown kat rumah.. kita pembayar zakat amanahkan korang agih2 kan duit zakat tu.

kalo kita org yg kena cari asnaf tu, buat apa kita org potong gaji bulan2 byr zakat???
Quote noor2 28-6-2021 02:17 PM
Tu lah. ..sebelum nk tolong orang luar negara...jenguk2 lagi dulu seluruh negara sendiri. ...

Tapi ada yg kata kita x kan mati kebulur pun...mana ko tahu hidup orang?
Quote testly 28-6-2021 02:23 PM
Sebelum covid ni pun..byk je yg kat kg2 terpaksa bg air teh, sirap, susun tin sbb xde duit ndk beli susu. Lampin pun pkai kain je. Knp x dihighlight pun..time covid nih semua keluar...wartawan pun jgnlah buat kerja bermusim...
Quote CiliPadiSedap 28-6-2021 02:24 PM
zehra2 replied at 28-6-2021 02:13 PM
lembaga zakat selangor yg terpaling tu harap2.. turun ler tinjau og susah ni..
jgn sbb lockdown ko ...

cuba call mana2 pejabat zakat, kaka call nak bayar semula pinjaman pelajaran pun xde orang angkat.
Quote TuntungReturn 28-6-2021 02:25 PM
masjid kt area umah aku bgus. buat program bakul makanan.  1 bakul rm45.  diwarkan2 dlm fb. siap buh number akaun  masjid kt fb sapa nk sumbang. bnyk gak sumbangan dpt. alhamdulilah ramai yang memerlukan dpt. masjid pun cari orang susah. x dok diam.
Quote harizs 28-6-2021 02:25 PM
ok la tu...zaman Jepun beras pun tak de. terpaksa makan ubi kayu. takde pulak org melayu bunuh diri ramai2 mcm skrg ni.  
Quote Artemesiaa 28-6-2021 02:31 PM
Itulah realitinya sekarang yang ramai masih tak perasan atau pura2 tak perasan dan anggap semua baik2 je.  Ialah asyik semua pakat duduk rumah mana nak tahu atau nampak apa yang jadi disekeliling.
Quote testly 28-6-2021 02:41 PM
Edited by testly at 28-6-2021 02:43 PM
makadek replied at 28-6-2021 02:27 PM
Kg mana eh..kalau kg aku
Ni..majority ada2 je ..mmg nk jumpa miskin tegar payah ..kalau ada yg ba ...


Haha..sbb ko xbiasa berada di lingkungan kg luar bandar..tu ko xtau..yg hidup mereka hny bekerja menoreh getah, mengait kelapa sawit shj n bekerja sendiri. N diorg pun xde guna media sosial ni.
Setakat kg baru mmg xde hal..pi msk kg yg kat rumah di kaki gunung ka, celah2 hutan ka..br ko tau... Tapi mereka bukan org asli. Org kg biasa je...
Quote bulalof 28-6-2021 02:50 PM
the govt need to act fast.
Quote testly 28-6-2021 02:55 PM
makadek replied at 28-6-2021 02:48 PM
Hadui2 ...hallo aku ni duduk dalam felda... Mmg kebun sawit..ke ko yg merantau ke pekan /bando bal ...

Patut lah..sbb ko dok felda. Mmg felda dpt byk bantuan..tetambah time najib...
Quote noor2 28-6-2021 02:58 PM
makadek replied at 28-6-2021 02:52 PM
Celah hutan kaki gunung pn aku dh duduk..bersesuaian la dgn cara hidup diorg.. Ko faham tk..dh car ...

Mungkin satu masa nanti akak pun nk duk kg...tanah kg banyak. ..nk ternak ikan dan tanam sayuran dan pokok buah buahan...sekarang ni pun mak duk tanam black thorn dan musang king banyak2. .
Quote chandrahusin 28-6-2021 03:01 PM
hikmah PKP
kisah2 org miskin tak makan dapat perhatian
Quote noor2 28-6-2021 03:02 PM
makadek replied at 28-6-2021 03:00 PM
Dh boleh duduk kat pelan2..hilang segala stress ..teman aman damai
Tk mau dh duk pekan.....

Anak masih belajo sekolah ni...tunggu dema semua dah masuk U.dah kerja pandai berdikari ..akak chow...
Quote noor2 28-6-2021 03:10 PM
makadek replied at 28-6-2021 03:04 PM
Mcm kakak saya.. Rumah pekan ada 2biji
Rumah kt kebun. 1
Anak habis belajor je terus nk chaw

Mesti tenang jiwa makadek. . . ada orang bela ikan keli guna system aquaponic. ...system ni satu set x mahal dalam RM5K for overall...makadek boleh try...air dia x de mengeluarkan bau dan boleh tanam sayur sekali...boleh datang kan income lumayan juga...
Quote mclaren 28-6-2021 03:16 PM
Beri susu pekat manis dan air nasik ni sebiji macam orang zaman2 dulu. Selalu dengar orang tua2 cerita.
Quote mclaren 28-6-2021 03:17 PM
noor2 replied at 28-6-2021 02:17 PM
Tu lah. ..sebelum nk tolong orang luar negara...jenguk2 lagi dulu seluruh negara sendiri. ...

Tap ...

So true kak noor. So true.

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046312 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top