CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Disyaki Positif Covid-19 Ditemukan Mati Tergantung Di Jejantas

28-6-2021 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8215| Komen: 39

aPETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemukan tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan pada pukul 9.50 pagi.


Jurucakap JBPM Selangor berkata, sebanyak 10 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengangkat mangsa.

Katanya, pasukan yang diketuai PBK II Amirullah Jamaludin itu tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.54 pagi.


Foto: Utusan

“Ketika tiba, seorang lelaki ditemukan tergantung dipercayai membunuh diri.


“Kerja-kerja menurunkan mayat dijalankan dan diserahkan pada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, maklumat awal daripada waris mendapati mangsa disyaki dijangkiti Covid-19.

“Dia mengatakan tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas. Mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 28-6-2021 01:34 PM
Bangsa apa.. Sesih la skrg nie
Quote Kitty_catz 28-6-2021 01:36 PM
meteorspeed replied at 28-6-2021 01:34 PM
Bangsa apa.. Sesih la skrg nie

gambar ada kat tered sebelah

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1257480&extra=&page=7
Quote mclaren 28-6-2021 01:38 PM
Tu lah video dah viral today. Tak sanggup tengok.
Quote salmon-suki 28-6-2021 02:00 PM
Hmm.. meanwhile,ada y satu family positive kobid,helok jah keluar merata beli groceries,sggah mekdi..jiran2 nak bantu tlg belikan tp family tu degil, xnak..
Quote matchstick 28-6-2021 02:00 PM
Disyaki positive covid19 tapi tak pegi test utk sah kan..pegi bunuh diri kt tmpt awam..elok sgt

Lps ni org nk lalu jejantas tu mlm2 mesti rasa seram
Quote tripleid 28-6-2021 02:04 PM
Quote nuralisa 28-6-2021 02:06 PM
Kalau positif knp x pergi serah diri tempat sepatutnya.. knp nak gantung diri ..
Quote eyansss 28-6-2021 02:25 PM
salmon-suki replied at 28-6-2021 02:00 PM
Hmm.. meanwhile,ada y satu family positive kobid,helok jah keluar merata beli groceries,sggah mekdi. ...

siapakah yang bangang tu...  kami ni walaupun sekeluarga tested negative dan yang close contact tu sorang je anak aku, gigih la kami buat self quarantine tau...  tak keluar langsung walau kat garage rumah...  dia boleh eh berlililala berjalan2 bershopping2...  coiiii...
Quote salmon-suki 28-6-2021 02:31 PM
eyansss replied at 28-6-2021 02:25 PM
siapakah yang bangang tu...  kami ni walaupun sekeluarga tested negative dan yang close contact tu ...

Ye sis..jiran2 sekeliling tggu nak report jah bila dorg keluar lg..ni citer ofismate ai,jiran dia..tp geram laa kita dgr sbb org mcm ni laa y duk sebar virus merata..suh order online xnak yee..dorg nak keluar nak tgk actual produk n brand yee..ai suh je ofismate tu report jah kalau jiran dia keluar lg
Quote noor2 28-6-2021 02:40 PM
Vaksin pun x sampai2. ....cuba bg seluruh rakyat Malaysia yg nak...ni sampai 3 kali dos untuk orang yg sama...
Quote TomyamPuteh 28-6-2021 02:56 PM
Balakong PJ ke?
Quote otai_g 28-6-2021 02:58 PM
nuralisa: Kalau positif knp x pergi serah diri tempat sepatutnya.. knp nak gantung diri ..


Tmpt sepatutnya pun x nak terima dah. Biasanya dorang akan srh kuarantin sendiri kat rumah
Quote Decaffeinated 28-6-2021 05:10 PM

PJ tu maybe merujuk tempat berita di tulis. Btw area The Mines under MPSJ.


Quote dua_chzy 28-6-2021 05:14 PM
So long, lost soul.
Quote chandrahusin 28-6-2021 05:34 PM
takde ke mana2 menteri
yg rasa sebak sayu tengok
makin ramai yg bunuh diri ni
Quote syaz_lina 28-6-2021 05:37 PM
Kesian..ni betul2 putus harap.
Quote Decaffeinated 28-6-2021 06:13 PM
meteorspeed replied at 28-6-2021 01:34 PM
Bangsa apa.. Sesih la skrg nie

news kata Cina


Quote LadyCarefree 28-6-2021 06:17 PM
Patot blastop dan gang kenalah gigih cari dan reach out kat orang2 macam ni dan bagi mereka ubat nama spirometer dan ivermectin. Takkan tuduh doktor kkm bunuh pesakit kobid sedangkan sendiri xbuat apa bantu pesakit sedangkan yakin ada ubatnya
Quote monreyes 28-6-2021 07:57 PM
lama blastoff x keudara

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057519 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top