CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hantar 20 Resume- Suami Isteri Hilang Kerja, Depresi Sampai Rasa Nak Bunuh Diri

28-6-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22742| Komen: 212

Penularan wabak Covid-19 yang setakat ini mengakibatkan 3.9 juta kematian di seluruh dunia telah menyebabkan hampir 100,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan.

Tekanan ekonomi ini, ditambah pula dengan kesan psikologi lain akibat proses kuarantin yang berpanjangan ternyata amat berbahaya jika tidak ditangani dengan betul.


Foto: mStar Online

Berkongsi pengalaman 'jatuh' ke lembah depresi, Ernaini Mahfud, 29 berkata dia mula menghadapi tekanan perasaan apabila dibuang kerja pada penghujung tahun lepas.

Memburukkan lagi keadaan apabila suaminya juga menerima nasib yang hampir serupa.

"Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu tak terkesan sangat sebab syarikat masih kukuh, saya bersalin bulan Jun tahun lepas, masuk semula kerja bulan Ogos sebagai pegawai khidmat pelanggan tapi lepas tu syarikat buat mesyuarat besar-besaran cakap ada beberapa pekerja yang akan dibuang disebabkan cost-cutting dan saya salah seorang daripadanya.


"Hari terakhir saya bekerja adalah pada 14 September 2020, kemudian suami pula sebab dia kerja tukang masak di sekolah dan ketika itu sekolah tutup jadi syarikat suruh dia ambil cuti tanpa gaji pada November dan Disember sampai sekolah buka," katanya yang menetap di Sungai Buloh, Selangor.


Foto: mStar Online

Terdesak untuk mencari sumber pendapatan demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga, Ernaini dan suaminya melakukan pelbagai pekerjaan.

"Untuk survive kami pernah jual waffle depan rumah, suami saya ambil order makanan, dia masak dan dia hantar, kemudian dia juga buat segala macam kerja sambilan, Grab, Lalamove dan Ninja Van semata-mata untuk memastikan pampers anak dan keperluan saya terjaga," katanya.

Menurut Ernaini, tekanan yang dihadapinya pada tempoh tersebut menyebabkan dia tidak tidur malam serta berterusan menangis.

Katanya dia menghantar resume ke lebih 20 syarikat, namun gagal mendapat peluang pekerjaan.

Foto: mStar Online

"Saya tak boleh tidur sebab menangis semalaman fikir mana nak cari kerja. Kalau ada yang call saya akan menangis sebab sedih, saya kesian pada suami nak tanggung semua belanja dengan gaji dia yang tak banyak," katanya.

Kesihatan mentalnya juga secara tidak lansung memberi kesan kesihatan lain kepada Earnaini yang pada ketika itu baru sahaja melahirkan bayi sulungnya.

"Tak tidur dan menangis sahaja, selepas beberapa hari payudara saya mula membengkak, saya tak boleh pam susu dan saya kena demam panas tak boleh bangun, jadi bengkak susu.

"Saya diberi antibiotik untuk rawat bengkak tapi ada sehari tu memang doktor tak bagi susukan anak sebab susu saya bercampur darah.

"Sampai macam tu sekali kesan depression," katanya sambil menambah dia bagaimanapun tidak berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan rawatan untuk menangani masalah tekanan perasaan yang dihadapinya.


Foto: mStar Online

Menurut Ernaini dia bersyukur kerana tinggal bersama adik-beradiknya yang tidak kekok untuk membantu mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah kami tak sampai tahap makanan habis sebab saya duduk dengan adik beradik, jadi mereka banyak tolong part makanan.

"Tapi hutang kereta, pinjaman kad kredit, semua simpanan saya memang habis untuk bayar hutang je," katanya sambil menambah situasi mereka sekeluarga kini lebih stabil dan dia kini bekerja sebagai ejen insurans.

Menurut Ernaini dia pernah mempunyai perasaan untuk menamatkan riwayat hidupnya tetapi memilih untuk sentiasa ingat akan anak, suami dan keluarganya.

"Mereka yang rasa macam nak putus asa, saya faham, tapi ingatlah Allah nak uji dan kalau kita rasa lemah, berbaliklah kepadaNya dan Dia akan tunjuk jalan satu persatu," katanya.


Mereka yang berdepan cabaran hidup perlu yakin setiap permasalahan akan ada penyelesaian dan mereka hanya perlu sabar dan berikhtiar untuk mencari jalan keluar.

"Jangan terlampau melayan perasaan sebab nanti kita akan lebih tertekan, kalau rasa sedih ingat orang-orang yang masih perlukan kita dan cuba bangkit dan jangan putus asa.

"Pada orang sekeliling pula kalau ada kawan-kawan yang alami situasi kena buang kerja, jangan kecam mereka tapi bantu kerana sokongan orang sekeliling sangat penting," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 28-6-2021 11:10 AM
Ai xde kad kredit,tp xboleh ke stop je kad kredit tu dulu?atau hutang kad kredit y dulu masih byk n xboleh nak bayar?ni masalah pengurusan kewangan dari dulu laa,bukan sbb covid haa..kwn2 ai y ada kad kredit,ada y xde keje,xde merungut psl hutang kad kredit pulak..hmmmmm..
Quote sarahmirza 28-6-2021 11:16 AM
salmon-suki replied at 28-6-2021 11:10 AM
Ai xde kad kredit,tp xboleh ke stop je kad kredit tu dulu?atau hutang kad kredit y dulu masih byk n  ...

Ada sesetengah orang menjadikan kad kredit sbg "pinjaman'...
Bila dah salah konsep memang parah la...

Apapun semoga keluarga kecil ini tabah menghadapi dugaan...

Quote biskutsusu 28-6-2021 11:16 AM
Untuk yang kehilangan kerja, kalau selama ni company ada mencarum perkeso, boleh je buat maklumkan kepada perkeso, isi borang online dan perkeso akan bayar gantian gaji untuk 6 bulan. Mula dari 80% dari gaji, then 60%, dan makin lama makin menurun.

Sangat sangat membantu untuk selesaikan komitmen sambil dapat modal sikit kalau nak berniaga. Sambil tu jangan la goyang kaki. Cari kerja.

Ini ialah experience diri sendiri.
Quote singajantan 28-6-2021 11:18 AM
Kad kredit ini mmg boleh menjerat kalau x pandai uruskan kewangan terutama jika tangguh pembayaran...kena berhati2 dan sgt teliti
Quote nazzse 28-6-2021 11:21 AM
Iols yg masih bekerja & wfh pun depressed apatah lagi yg kena retrench ni.
Tpi musim2 ni elak la pakai cc semua tu. Sila bergantung pada cash & debit card semata. Ada lebih buat simpanan, invest sikit2
Quote prettyuglybabe 28-6-2021 11:21 AM
dah memang tugas suami untuk tanggung anak bini..
kenapa nak kesian pulak dia kerja keras untuk sara keluarga..
Quote salmon-suki 28-6-2021 11:24 AM
sarahmirza replied at 28-6-2021 11:16 AM
Ada sesetengah orang menjadikan kad kredit sbg "pinjaman'...
Bila dah salah konsep memang parah l ...

Pengurusan kewangan fail laa jgk tu kan?ai xamek kad kredit sbb pd ai tu hutang..so ai xnak ada hutang .hehe

N berbalik pd soalan ai,dorg xleh stop je ke kad kredit tu?
Quote salmon-suki 28-6-2021 11:27 AM
biskutsusu replied at 28-6-2021 11:16 AM
Untuk yang kehilangan kerja, kalau selama ni company ada mencarum perkeso, boleh je buat maklumkan k ...

Mcm mana tu sis..?
Quote Innrukia 28-6-2021 11:28 AM
Edited by Innrukia at 28-6-2021 11:29 AM

adik ni meroyan kot..lps pantang masuk keje & kena retrenched.lagipun 20 resume tu kira sikit... ramai yg beratus resume hantar pun belum tentu dpt interview.
Semoga baik2 saja hendaknya
Quote sarahmirza 28-6-2021 11:30 AM
salmon-suki replied at 28-6-2021 11:24 AM
Pengurusan kewangan fail laa jgk tu kan?ai xamek kad kredit sbb pd ai tu hutang..so ai xnak ada hu ...

I pakai kad kredit utk isi minyak kereta sambil2 kumpul point treat tukar dgn barang2 letrik...
11 tahun i pakai.kad kredit maybank, i dapat banyak barang free... Handphone, microwave, oven, kipas berdiri dan latest i redeem dgn mixer... Hihihi

Boleh je nak stop kad kredit tu... Tapi hutang tetap la kena bayar sampai habis...
Quote Kitty_catz 28-6-2021 11:34 AM
biskutsusu replied at 28-6-2021 11:16 AM
Untuk yang kehilangan kerja, kalau selama ni company ada mencarum perkeso, boleh je buat maklumkan k ...

tak silap clause dia kena diberhentikan kerja, kalau sendiri resign tak dapat


Quote salmon-suki 28-6-2021 11:35 AM
sarahmirza replied at 28-6-2021 11:30 AM
I pakai kad kredit utk isi minyak kereta sambil2 kumpul point treat tukar dgn barang2 letrik...
1 ...

Haha..yee..bonus byk laa..dpt potongan semua kan..

Tp tulaa,kalau pengurusan kewangan fail,baik laa jgn amek kad kredit,nti sendiri y susah..

Hmm..harap dia fikir laa mana y perlu n mana y tak perlu skrg.. prioritize things.. keperluan over kehendak..
Quote MeghanK 28-6-2021 11:38 AM
cc tak salah, yang salah tu orang..belajar la hidup seada nya jangan duk ikut orang tambah2 bbnu zaman socmed ni semua dia nak ikut orang

Quote belacan_gurl 28-6-2021 11:46 AM
Kena buang keja xkan ada mslh utk yg x berhutang ..tp yg berhutang dgn bank semua..bila kena buang keja tu yang serabut nk cari duit...tabahla ye...dulu selalu yg si lelaki atau wanita keja swasta dorg akan cari pasangan keja gomen utk masa hadapan walaupun gaji pasangan gomen tu sikit...aku pasangan swasta ...ramai gak kwn gomen aku pasangan dia swasta...so boleh balance lagi bila kena buang keja... alhamdulilah
Quote krustykrab 28-6-2021 11:49 AM
Kad kredit aku jarang guna, dulu ada 3, tp lps ada annual fees aku cancel 2, retain bank rakyat je sb kalau aku spend at least rm50 setahun, bank waive annual fee..so aku buat mcm tu je la..spend rm50 setahun sekali hanya ytk maintain kad kredit je..
Quote krustykrab 28-6-2021 11:50 AM
belacan_gurl replied at 28-6-2021 11:46 AM
Kena buang keja xkan ada mslh utk yg x berhutang ..tp yg berhutang dgn bank semua..bila kena buang k ...

Hutang dgn bank ni mmg x blh lari zaman skrg...beli rmh kete semua kna berhutang..
Quote Nana_Man 28-6-2021 12:03 PM
salmon-suki replied at 28-6-2021 11:10 AM
Ai xde kad kredit,tp xboleh ke stop je kad kredit tu dulu?atau hutang kad kredit y dulu masih byk n  ...

Patut tiap kali dpt bill trus bayar. So i agree ngan u pasal financial planning ni dorang salah.
Quote Nana_Man 28-6-2021 12:04 PM
sarahmirza replied at 28-6-2021 11:16 AM
Ada sesetengah orang menjadikan kad kredit sbg "pinjaman'...
Bila dah salah konsep memang parah l ...

Guna smpi maximum limit, bila nk byr, byr minimum tiap bulan. Ni dah mcm korek kubur sendiri.
Quote Nana_Man 28-6-2021 12:05 PM
prettyuglybabe replied at 28-6-2021 11:21 AM
dah memang tugas suami untuk tanggung anak bini..
kenapa nak kesian pulak dia kerja keras untuk sar ...

Mgkn laki dia tu memang baik sgt. Jd kesian lah.

Lihat semua komen(212)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.196140 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top