CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Pemimpin Politik Yang Kantoi Judi Tu?

28-6-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3798| Komen: 12

Description: Ipoh: Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi poker di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah, semalam.
Ipoh: Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi poker di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah, semalam.


Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat orang awam, keenam-enam lelaki berusia 38 hingga 56 tahun ditahan dalam serbuan pada 10 malam tadi.

Gambar Hiasan

"Turut dirampas dalam serbuan itu ialah daun terup dan wang tunai berjumlah RM1,774, " katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Azharuddin berkata semua mereka bagaimanapun dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Sek 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.


"Pihak polis ingin menasihatkan kepada masyarakat agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Tindakan yang tegas akan diambil kepada mereka yang ingkar," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 28-6-2021 12:20 AM
Saper tu? Jangan pak lebai dah
Quote meteorspeed 28-6-2021 12:21 AM
Uihh sapa tue
Quote Carcosa 28-6-2021 01:14 AM
Haruslah senyap je
Sapu2 masuk bawah karpet berdebu tu. Senyap2.
Quote supernaturalee 28-6-2021 01:17 AM
Ah sudah
Sape gerangannya

Quote Al-Patih 28-6-2021 10:23 AM
No Further Action
Quote nazzse 28-6-2021 11:15 AM
Cina lah kan sbb Ipoh. Confirm lepas takpa saman
Quote Rara77 28-6-2021 11:53 AM
Ipoh yg kuat judi peja kan
senyap lah tu
prti bunga kan bawah abahcow midin
Quote amyza82 28-6-2021 12:25 PM
Rara77 replied at 28-6-2021 11:53 AM
Ipoh yg kuat judi peja kan
senyap lah tu
prti bunga kan bawah abahcow midin

Tak cukup dgn drug, judi pun parti bunga sapu?
Quote nakkomenjugak 28-6-2021 12:52 PM
Helehhhh mesti senyap tak berkutik dahhh, jadik misteri nusantara, rahasia tinggal rahasiaaaa gitu. Gaji banyak pun judi lagi ke? *larikk*
Quote Rara77 28-6-2021 02:23 PM
amyza82 replied at 28-6-2021 12:25 PM
Tak cukup dgn drug, judi pun parti bunga sapu?

semua sapu sedang bermaharajalela katakan
senyap lepas senyap lepas
apa guna jadi kerajaan
gunakan kuasa anda
Quote LadyCarefree 28-6-2021 06:32 PM
Dah kena tangkap with red handed apsal nak sembunyi identity?
Quote bintangct 28-6-2021 07:48 PM
nazzse replied at 28-6-2021 11:15 AM
Cina lah kan sbb Ipoh. Confirm lepas takpa saman

bole jd melayu sb tmpt kat pekan tapah

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.155398 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top