Jennifer Lawrence ASALNYA Jennifer Lawrence atau nama sebenarnya Jennifer Shrader Lawrence adalah pelakon TV melalui drama seperti Company Town (2006), Monk (2006), Not Another High School Show (2007), Medium (2007) dan Cold Case (2007). Namun, bekas kekasih Nicholas Hault ini semakin mencipta nama setelah membintangi drama 30 episod, The Bill Engvall Show (2009). Kejayaan drama bersiri itu membuatkan dia seterusnya membintangi filem Indepedent seperti Garden Party (2008), The Poker House (2008), The Burning Plain (2009), Winter’s Bone (2010), Like Crazy (2011) dan The Beaver (2011). Malah, peluang Lawrence dalam industri Hollywood dilihat semakin bersinar dan dikenali ramai setelah dia membintangi filem Winter’s Bone arahan Debra Granik. Filem yang bergenre misteri thriller itu membuatkan Lawrence berjaya meraih pencalonan Oscar buat pertama kalinya bagi kategori Aktres Terbaik termasuk Golden Globe Awards. Apa yang menarik perhatian khalayak, Jennifer yang berusia 20 tahun ketika itu menjadi artis kedua termuda bersaing dalam acara anugerah berprestij itu selepas Keisha Castle-Hughes berusia 13 tahun yang tercalon dalam kategori sama menerusi filem Whale Rider pada 2003. Pada usia muda dan mendapat peluang berlakon adalah perkembangan positif dan menjadi pencapaian membanggakan buat aktres kelahiran Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat ini. Kerjaya aktres jelita ini tidak terhenti setakat itu saja. Hampir kesemua filem lakonannya adalah filem-filem pecah panggung seperti X-Men: First Class (2011), The Hunger Games (2012), House At The End Of The Street (2012) dan Silver Linings Playbook (2012). Selain itu dia juga dijadualkan beraksi di samping Bradley Cooper untuk filem American Hustle, selain filem Devil You Know dan Serena. Pemenang Oscar Persembahan terbaik Lawrence dalam filem komedi, Silver Linings Playbook membuatkan wanita itu berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Academy ke-85. Lebih menarik lagi, kejayaan pelakon yang baharu berusia 22 tahun itu diraih selepas menewaskan pelakon yang lebih senior seperti Jessica Chastain (Zero Dark Thirty) Emmanuelle Riva (Amour) dan Naomi Watts (The Impossible). Tidak ketinggalan, Lawrence turut mendapat saingan daripada seorang pelakon kanak-kanak yang baharu berusia 10 tahun iaitu Quvenzhane Wallis menerusi filem Beasts Of The Southern Wild. Namun, berlaku sedikit insiden memalukan ketika Lawrence sedang melangkah ke pentas magis anugerah sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang oleh aktor Jean Dujardin. Dia tiba-tiba terjatuh di tangga ekoran gaun yang dipakainya terlalu labuh dan berat. Meskipun mengalami insiden yang cukup memalukan, Lawrence tetap berbangga apabila tetamu memberikan penghormatan dengan standing ovation (berdiri dan memberikan tepukan gemuruh) kepadanya. “Kamu semua berdiri kerana berasa sesuatu yang agak melucukan apabila saya terjatuh, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberikan. “Semua ini memang gila dan sudah tentu saya tidak percaya dengan kemenangan yang diraih ini,” ungkapnya sambil mengucup trofi Oscar yang dimenanginya. Filem tersebut mengisahkan tentang kehidupan yang dilalui Tiffany Maxwell, seorang janda muda yang mengalami masalah ketagih seks setelah kematian suami. 'Gaun glamor' Katniss Terbaru, Lawrence akan muncul dalam sekuel baharu The Hunger Games. Filem tersebut berjudul The Hunger Games: Catching Fire akan menjengah pawagam pada 21 November ini. Selain Lawrence, filem ini turut dibintangi aktor kacak Liam Hemsworth, Josh Hutcherson, Sam Claflin, Woody Harrelson dan Elizabeth Banks serta diarahkan oleh Francis Lawrence. Cerita menarik mengenai filem ini ialah apabila gaun glamor yang dipakai oleh Lawrence yang memegang watak sebagai Katniss Everdeen di poster The Hunger Games: Catching Fire berjaya mencuri perhatian. Gaun pengantin itu dihasil oleh pereka fesyen dari Indonesia, Tex Saverio. “Gaun putih Everdeen itu karya pereka fesyen, Tex Saverio dari Jakarta. Dia sangat menakjubkan!. “Saya memperhatikan rekaannya sejak lama dan menyimpan informasi tentangnya untuk projek yang sempurna. Lalu muncullah The Hunger Games: Catching Fire, sempurna!,” ujar Trish Summerville memuji karya Tex. Summerville ialah pereka fesyen yang bertanggung jawab ke atas kostum filem Hunger Games.
|
ogata posted on 20-11-2013 04:07 PM
hohoho..rasa nak nggis..
Jlaw ni tak cantik or tak la meletup mcm actress hollywood lain..p dia ...
capiloton posted on 22-11-2013 03:06 PM
bagi aku jlaw ni cantek..
suka tengok dia start berlakon citer x-men..
nurul_akmar posted on 26-11-2013 01:48 AM
kalau sesape slalu baca 9gag, dorg cukup suka dgn jenifer lawrence ni. n dorg cukup anti dgn bella t ...
ogata posted on 27-11-2013 03:37 PM
bgg la link
ADVERTISEMENT