CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4961|Reply: 20

Pesona Jennifer Lawrence

[Copy link]
Post time 19-11-2013 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Jennifer Lawrence

ASALNYA Jennifer Lawrence atau nama sebenarnya Jennifer Shrader Lawrence adalah pelakon TV melalui drama seperti Company Town (2006), Monk (2006), Not Another High School Show (2007), Medium (2007) dan Cold Case (2007).

Namun, bekas kekasih Nicholas Hault ini semakin mencipta nama setelah membintangi drama 30 episod, The Bill Engvall Show (2009).

Kejayaan drama bersiri itu membuatkan dia seterusnya membintangi filem Indepedent seperti Garden Party (2008), The Poker House (2008), The Burning Plain (2009), Winter’s Bone (2010), Like Crazy (2011) dan The Beaver (2011).

Malah, peluang Lawrence dalam industri Hollywood dilihat semakin bersinar dan dikenali ramai setelah dia membintangi filem Winter’s Bone arahan Debra Granik.

Filem yang bergenre misteri thriller itu membuatkan Lawrence berjaya meraih pencalonan Oscar buat pertama kalinya bagi kategori Aktres Terbaik termasuk Golden Globe Awards.

Apa yang menarik perhatian khalayak, Jennifer yang berusia 20 tahun ketika itu menjadi artis kedua termuda bersaing dalam acara anugerah berprestij itu selepas Keisha Castle-Hughes berusia 13 tahun yang tercalon dalam kategori sama menerusi filem Whale Rider pada 2003.

Pada usia muda dan mendapat peluang berlakon adalah perkembangan positif dan menjadi pencapaian membanggakan buat aktres kelahiran Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat ini.

Kerjaya aktres jelita ini tidak terhenti setakat itu saja. Hampir kesemua filem lakonannya adalah filem-filem pecah panggung seperti X-Men: First Class (2011), The Hunger Games (2012), House At The End Of The Street  (2012) dan Silver Linings Playbook (2012).

Selain itu dia juga dijadualkan beraksi di samping Bradley Cooper untuk filem American Hustle, selain filem Devil You Know dan Serena.

Pemenang Oscar

Persembahan terbaik Lawrence dalam filem komedi, Silver Linings Playbook  membuatkan wanita itu berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Academy ke-85.

Lebih menarik lagi, kejayaan pelakon yang baharu berusia 22 tahun itu diraih selepas menewaskan pelakon yang lebih senior seperti Jessica Chastain (Zero Dark Thirty) Emmanuelle Riva (Amour) dan Naomi Watts (The Impossible).

Tidak ketinggalan, Lawrence turut mendapat saingan daripada seorang pelakon kanak-kanak yang baharu berusia 10 tahun iaitu Quvenzhane Wallis menerusi filem Beasts Of The Southern Wild.

Namun, berlaku sedikit insiden memalukan ketika Lawrence sedang melangkah ke pentas magis anugerah sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang oleh aktor Jean Dujardin. Dia tiba-tiba terjatuh di tangga ekoran gaun yang dipakainya terlalu labuh
dan berat.

Meskipun mengalami insiden yang cukup memalukan, Lawrence tetap berbangga apabila tetamu memberikan penghormatan dengan standing ovation (berdiri dan memberikan tepukan gemuruh) kepadanya.

“Kamu semua berdiri kerana berasa sesuatu yang agak melucukan apabila saya terjatuh, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberikan.

“Semua ini memang gila dan sudah tentu saya tidak percaya dengan kemenangan yang diraih ini,” ungkapnya sambil mengucup trofi Oscar yang dimenanginya.

Filem tersebut mengisahkan tentang kehidupan yang dilalui Tiffany Maxwell, seorang janda muda yang mengalami masalah ketagih seks setelah kematian suami.

'Gaun glamor' Katniss

Terbaru, Lawrence akan muncul dalam sekuel baharu The Hunger Games.

Filem tersebut berjudul The Hunger Games: Catching Fire akan menjengah pawagam pada 21 November ini.

Selain Lawrence, filem ini turut dibintangi  aktor kacak Liam Hemsworth, Josh Hutcherson, Sam Claflin, Woody Harrelson dan Elizabeth Banks serta diarahkan oleh Francis Lawrence.

Cerita menarik mengenai filem ini ialah apabila gaun glamor yang dipakai oleh Lawrence yang memegang watak sebagai Katniss Everdeen di poster The Hunger Games: Catching Fire berjaya mencuri perhatian.

Gaun pengantin itu dihasil oleh pereka fesyen dari Indonesia, Tex Saverio.

“Gaun putih Everdeen itu karya pereka fesyen,  Tex Saverio dari Jakarta. Dia sangat menakjubkan!.

“Saya memperhatikan rekaannya sejak lama dan menyimpan informasi tentangnya untuk projek yang sempurna. Lalu muncullah The Hunger Games: Catching Fire, sempurna!,” ujar Trish Summerville memuji karya Tex.

Summerville ialah pereka fesyen yang bertanggung jawab ke atas kostum filem Hunger Games.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 02:42 AM | Show all posts
dia ni sejak berlakon winter's bone filem dia dpt semua letup2. kejap je dah boleh dpt taraf actress kelas A. aku suka dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:08 AM | Show all posts


mnt gak kt jlaw neh
xsangka die ex Nicholas Hoult



suke dgn attitude die nih
1 of the reasons iols mnt jlaw



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 04:07 PM | Show all posts
psychobubble posted on 20-11-2013 10:08 AM
mnt gak kt jlaw neh
xsangka die ex Nicholas Hoult

hohoho..rasa nak nggis..

Jlaw ni tak cantik or tak la meletup mcm actress hollywood lain..p dia ada dalam liga dia sendiri..dia blakon memang superb.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 04:59 PM | Show all posts
cantik sheolls... berlakon pn best.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 06:50 PM | Show all posts
oh dear, dia dah break ke ngan Nicholas Hault? suka sangat dia ni. sangat goofy and down to earth. macam bengong2 sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2013 01:03 PM | Show all posts
manja support jek..J-Law...
sbb die kawan Kiki...
tp..tolong la yea..Kiki..kalau esok2 ternomited..
jgn la same kategori dgn J-Law...eheheh...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:06 PM | Show all posts
ogata posted on 20-11-2013 04:07 PM
hohoho..rasa nak nggis..

Jlaw ni tak cantik or tak la meletup mcm actress hollywood lain..p dia ...

bagi aku jlaw ni cantek..
suka tengok dia start berlakon citer x-men..

sori mod, pic ada sket seksi..
kalo tak sesuai, mod bole delete..
saja nak tunjuk kecantekan jlaw..



Last edited by capiloton on 22-11-2013 03:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 03:13 PM | Show all posts
capiloton posted on 22-11-2013 03:06 PM
bagi aku jlaw ni cantek..
suka tengok dia start berlakon citer x-men..

ye dia memang canrik..

p cantik dia lain...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 11:40 PM | Show all posts
dia ni kelakar.. nak cakap apa ikut suka hati dia jer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 11:45 PM | Show all posts
“I’m sorry that I hit your family. I thought I saw Honey Boo Boo.” – on Jay Leno, explaining what she told to the passengers in a car accident
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 11:47 PM | Show all posts
”I hate saying, ‘I like exercising’ — I want to punch people who say that.” – discussing her workout routine
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 11:48 PM | Show all posts
“I always feel like an idiot every time I fly first class because I’m a kid. And I just sit there, and everyone’s got their newspapers and they’re on the computer, and I’m like, ‘Can I get a coloring book, please? Can I get some crayons?’” – to Jimmy Fallon about her flying routine

comeyy jer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 11:48 PM | Show all posts
“I think people are fascinated with breasts that bounce. They are so used to seeing [fake ones]. People are confused [that mine bounce]! My breasts have a life of their own.” – to the Sun, about the attention her boobs get
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 11:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 11:51 PM | Show all posts
“You should be off pudding. Because you’re fat. You shouldn’t eat any more pudding.” – a barb directed at Zach Galifianakis during “Between Two Ferns,” when he called her “off-putting”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2013 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau sesape slalu baca 9gag, dorg cukup suka dgn jenifer lawrence ni. n dorg cukup anti dgn bella twilight tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 03:37 PM | Show all posts
nurul_akmar posted on 26-11-2013 01:48 AM
kalau sesape slalu baca 9gag, dorg cukup suka dgn jenifer lawrence ni. n dorg cukup anti dgn bella t ...

bgg la link
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ogata posted on 27-11-2013 03:37 PM
bgg la link

ala 9gag.com

kebykkan fb or media sosial mmg slalu guna lawak 9gag ni. ala, yg lawak jenaka kat cari ni pon byk rembat dr 9gag. xkn ko x penah surf 9gag?? memang ketagih la lps  surf
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 02:06 AM | Show all posts
aku start minat dia ni sejak filem x-men first class....real beauty...lakonan pon superb...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.237014 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list