CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Habis Beribu Ringgit, Saharul Ridzwan Makan 2 Ekor Ayam, 15 Biji Telur Sehari

25-6-2021 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6215| Komen: 34

Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pengalaman pernah mengamalkan diet ketat yang memerlukannya makan dua ekor ayam dan 15 biji telur separuh masak setiap hari bagi mendapatkan tubuh badan sasa.


Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 32, berkata, diet harian yang dilakukannya pada dua tahun lalu itu demi memenuhi tuntutan watak sebagai pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dalam filem Coast Guard.


Foto: IG

"Diet yang saya makan ayam dua ekor dan telur separuh masa 15 biji sehari itu saya amalkan dua tahun lalu ketika terlibat dalam filem Coast Guard... memang watak dalam filem itu perlukan badan saya nampak fit and solid.

"Tapi sekarang memang saya dah tak amalkan pun bila kena tegur dengan Datuk Rosyam yang tak galakkan badan saya terlalu besar sebab saya banyak juga berlakon bawah syarikat produksi dia sebelum ini.


"Bila badan terlalu besar, ia akan nampak tak cantik dalam televisyen dan tidak sesuai kalau nak bawa watak orang susah," katanya ketika dihubungi mStar.


Walaupun begitu, Saharul berkata dia bersedia untuk tampil dengan imej berbadan sasa semula sekiranya dituntut oleh pengarah.

Menceritakan lebih lanjut tentang diet berkenaan, Saharul mendapat tunjuk ajar daripada seorang jurulatih kecergasan yang sememangnya pakar dalam bidang tersebut.



"Saya ikut sahaja bimbingan daripada coach. Saya memang tidak ada rasa loya sebab makan lauk itu sahaja, kita dah set target nak dapat bentuk badan macam itu.

"Kalau diikutkan bila kita nak makan sihat ini, dia memerlukan kos yang sangat besar... saya boleh anggarkan dalam sebulan saya habis dalam ribuan ringgit jugalah untuk bekalan ayam, telur serta makanan tambahan lain.

"Sekarang saya hanya perlu maintain berat badan dalam 75 hingga 78 kilogram, sama macam ketika badan dahulu, berat pun sama cuma nampak besar sebab muscle itu timbul," ujarnya lagi.




Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan seni, Saharul berkata dia sempat menjalani penggambaran drama terbaharunya, Mr. Bibik selama seminggu sebelum dihentikan buat sementara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan bermula 1 Jun lalu.

"Drama Mr. Bibik saya bergandingan dengan Zara Zya dan kami pun baharu sahaja seminggu shoot sebelum terpaksa dihentikan.




"Ini pun saya dengar-dengar mungkin bulan September baharu dapat sambung balik kalau ikut situasi semasa negara.

"Buat masa ini, memang saya fokus dulu dengan bisnes wangian, Ode Scents. Alhamdulillah sambutan sangat mengalakkan dan tidaklah saya hanya mengharapkan sumber pendapatan sebagai pelakon semata-mata," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 25-6-2021 02:16 PM
Msa badan dia sado tu nampak kepam yakmat
Sampai la skrg...helok lg masa sebelum sado tu
Quote Kurex 25-6-2021 02:22 PM
Dapnyeh dapnyeh dapnyehhhh
Quote Belibis 25-6-2021 02:28 PM
Banyak jer watak untuk badan sado.tengok the rock tu..
Quote tembamgirl09 25-6-2021 02:33 PM
ya ampun baca pun dah muak weeh dok makan ayam dgn telur je
Quote Masukkeluar 25-6-2021 02:39 PM
dia ni nampak terkesan sungguh sejak pkp. kat ig..asyik mengadu psl produk perfume dia tak laku..modal dah banyak habis melabur tapi tak dpt jual sbb pkp..
Quote dejure 25-6-2021 03:29 PM
Dia ni xde edisi burung berterbangan ke? Kalau ada yg berbayar pon ku sanggup bayar
Quote slyfynx 25-6-2021 04:02 PM
Ntah la.
Lg suke yang bdn lean fit dr yang muscle teruk2 ni.
Or xde six pack pun ok je.
Lean tu nmpk kemas.
But... kalau berisi sikit pun, but penampilan terjaga ok je.
Yg ni dah more tu unnatural.
X syok sgt tgk
Quote sleepandream 25-6-2021 04:21 PM
protein overload ni tak efek dekat buah pinggang ke
Quote aemon 25-6-2021 05:10 PM
iols ingat lagi masa iols aktif badan uniform, kawan iols sorang ni budak gym. dia cerita dia makan sehari telur 7 biji utk dapatkan badan sasa.pastu kawan iols lagi sorang terus bancuh budak gym tu kata tak elok makan telur banyak2 sebab takut masalah buah pinggang.iols krik krik je masa tu sebab budak yg kata tu sejenis cakap nk menang.x tahu la tu fakta ke auta.
Quote ariellin 25-6-2021 05:34 PM
Dia ni x abih2 potray alim kat ig napatah aku rasa mcm fake gile
Quote lazim 25-6-2021 05:37 PM
tembamgirl09 replied at 25-6-2021 02:33 PM
ya ampun baca pun dah muak weeh dok makan ayam dgn telur je

Iols tengah buat atkins ni pon dh melugai tgk telur
Quote suka2 25-6-2021 05:52 PM
tembamgirl09 replied at 25-6-2021 02:33 PM
ya ampun baca pun dah muak weeh dok makan ayam dgn telur je

Aku baca dia makan 2 ekor ayam & 15 biji telur sehari tu pun dah loya kembang tekak
Quote Suchi 25-6-2021 06:06 PM
Takyah la besar gedabak sangat dalam tv nnt nampak berganda besar.

Remy ishak masa dlm pilem cun macam sado besar je bila jumpa depan2 biasa2 je bukan jenis frame besar pun.
Quote purplelilac 25-6-2021 06:21 PM
Sejak kawin ni trus tenggelam timbui dia ni emm
Quote evlinne 25-6-2021 06:22 PM
Muka sskjp sgt heols ni
Quote lanse 25-6-2021 06:26 PM
Elok lagi badan yang sebelum ni.
Quote armin 25-6-2021 08:34 PM
Masukkeluar replied at 25-6-2021 02:39 PM
dia ni nampak terkesan sungguh sejak pkp. kat ig..asyik mengadu psl produk perfume dia tak laku..mod ...

kesiannya... ada anak bini nak bagi makan lagi. mesti susah hati
Quote iraizz 25-6-2021 09:02 PM
ariellin replied at 25-6-2021 05:34 PM
Dia ni x abih2 potray alim kat ig  napatah aku rasa mcm fake gile

I second you
Quote ImpianSeroja 25-6-2021 09:10 PM
Bagus lah rajin berniaga.. Semoga Dipermudahkn segala urusan

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.170738 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top