CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Jamal Abdillah ditahan di SJR, diajak bergambar

25-6-2021 11:27 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 9225| Komen: 54

Description: Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 62, 'ditahan' polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bidor, Lebuhraya Utara Selatan, semalam.



Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 62, 'ditahan' polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bidor, Lebuhraya Utara Selatan, semalam.

Bagaimanapun, Jamal ditahan bukan kerana melakukan kesalahan, sebaliknya kerana anggota polis yang bertugas di situ mahu bergambar dengan penyanyi popular itu.

Jamal berkata, beliau dalam perjalanan ke Bukit Merah, Taiping untuk meninjau kolam ikan kelisa yang diusahakan di sana sebelum singgah di Kampung Poh, Bidor untuk membeli makanan ikan.

"Apabila melalui SJR, petugas di situ ada yang perasan saya tapi tak sempat nak minta saya berhenti. Lagipun mereka tahu saya kena keluar jalan yang sama.

"Sebaik saya keluar, mereka tak lepaskan peluang dan terus tahan saya. Mereka bercakap dengan nada hormat minta saya tolong keluar dari kereta," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, ketika itu dia sudah boleh mengagak tujuan mereka mahu bergambar. Jamal juga tidak bimbang dikompaun kerana ada surat kebenaran merentas negeri daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

"Saya ikut kehendak mereka kerana nak bagi mereka seronok. Bukan saja di luar bandar, di Kuala Lumpur pun pernah berlaku perkara sama.

"Mereka peminat saya dan saya tak kisah nak melayan. Lagipun memang satu kebiasaan buat saya apabila tempuh SJR, akan bagi salam, beri senyuman yang manis dan tanya sama ada sudah makan.

"Buat apa menyombong. Kita kena hormat pengorbanan mereka demi negara. Saya pun ada kebenaran keluar bekerja dan tiada sebarang kesalahan," katanya.

Menurutnya, kadang-kadang petugas SJR tidak meminta surat kerana tahu dia mahuke Bukit Merah untuk melihat kolam ikan miliknya.

"Biasanya dalam sebulan, saya berulang alik ke sana sebanyak dua kali. Ada kalanya saya beli barang di Kuala Lumpur dan kena hantar ke sana," katanya.





Sumber : Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 25-6-2021 11:36 PM
Aik. Musim covid pun batak nak bergambar bagai alahai
Quote ezacbee 26-6-2021 02:00 AM
Time nilah boleh tahan retis utk bergambo.

Quote LadyCarefree 26-6-2021 02:28 AM
Orix: Aik. Musim covid pun batak nak bergambar bagai alahai


Honestly I memang xfaham nk bergambar dgn org yg xde meaning dlm hidup kita ie someone who don't even know me nor care abt me LoL but yeah I know I am weird like that sbb mmg normal kot nak bergambar dgn anyone femes or yg dia minat.
Quote Blackrose87 26-6-2021 03:42 AM
Tak pernah pulak terasa nak bergambar dgn artis. Selalu klau ternampak artis ni.. sy senyum ja.
Quote otai_g 26-6-2021 05:51 AM
LadyCarefree replied at 26-6-2021 02:28 AM
Honestly I memang xfaham nk bergambar dgn org yg xde meaning dlm hidup kita ie someone who don't ...

Ini jamal beb. Legend. come on la. Kalo aiman tino mmg harus polis buat x kenal jer.
Quote anony-mous 26-6-2021 06:39 AM
LadyCarefree replied at 26-6-2021 02:28 AM
Honestly I memang xfaham nk bergambar dgn org yg xde meaning dlm hidup kita ie someone who don't ...

Betul jugak uols ckp tp kalau i nmpk taylor swift, mmg i paksa nk bergmbar jugak. Walaupon she x ada meaning pon dlm hidup iols. Jamal ni i boleh terima la, legend
Quote bedahmenjuyah 26-6-2021 06:58 AM
Bergambar pakai mask takde makna org tak kenal pun. Maybe rambut tu trademark baru so senang org kenal walaupun muka berpelitup.
Quote TerataiMelur02 26-6-2021 07:01 AM
Masih segak lagi
Quote LadyCarefree 26-6-2021 07:59 AM
Edited by LadyCarefree at 26-6-2021 07:02 AM
anony-mous replied at 26-6-2021 05:39 AM
Betul jugak uols ckp tp kalau i nmpk taylor swift, mmg i paksa nk bergmbar jugak. Walaupon she x a ...


Hehe ya lazimnya manusia camtu. Zaman dedulu minta otograp. iols mmg dari dulu not into all these. Kawan2 time sekolah siap beli magazine bagai sbb nak gambar retis. My mom masih ada tiger beat dari zaman dia remaja. LOLLL
Quote 3chanceno 26-6-2021 08:05 AM
otai_g replied at 26-6-2021 05:51 AM
Ini jamal beb. Legend. come on la. Kalo aiman tino mmg harus polis buat x kenal jer.

Hahahaha..lawak lah komen sis
Quote LadyCarefree 26-6-2021 08:05 AM
otai_g replied at 26-6-2021 04:51 AM
Ini jamal beb. Legend. come on la. Kalo aiman tino mmg harus polis buat x kenal jer.

Walau siapa pun, iols memang jenis xfaham. Jamal legend? Legend apanya? Bukan ke dia gang mendadih?
Quote LadyCarefree 26-6-2021 08:06 AM
Edited by LadyCarefree at 26-6-2021 07:09 AM
Blackrose87 replied at 26-6-2021 02:42 AM
Tak pernah pulak terasa nak bergambar dgn artis. Selalu klau ternampak artis ni.. sy senyum ja.


Exactly! Buat apa simpan gambar dgn orang yang don't even know us kan? Sama macam iols xfaham yg sibuk bagi hadiah kat retis pujaan. Or pay money to attend majlis buka puasa or m&g dgn retis. I don't get it at all. Tapi ramai fans camnilah kan. Hehe
Quote 3chanceno 26-6-2021 08:07 AM
Bagus tok mal ada bisnes sendiri..bole bukak peluang pekerjaan untuk orang di daerah sana
Quote Tinot7 26-6-2021 09:15 AM
Ikan kelisa nihh buat bisnes apa? Org bela dlm akuarium je ka?
Quote gideoncross 26-6-2021 11:37 AM
Edited by gideoncross at 26-6-2021 11:38 AM
LadyCarefree replied at 26-6-2021 08:06 AM
Exactly! Buat apa simpan gambar dgn orang yang don't even know us kan? Sama macam iols xfaham yg ...


Bior aje lh haha, x luak duit org lain xpe lh, dh nmanya pminat, sma jugak klau kita minat nak collect brg2, bgi org x pnting tpi bgi kita pnting, camtu haha. Btw DJA ni x hairan lh org nak brgmbr, jgn plak Suhaimi Saad HAHAHAHA.
Quote gideoncross 26-6-2021 11:38 AM
otai_g replied at 26-6-2021 05:51 AM
Ini jamal beb. Legend. come on la. Kalo aiman tino mmg harus polis buat x kenal jer.

Lgi2 klau yg lalu tu Suhaimi Saad, stu org pun x knal dia tu siapa HAHAHAHA.
Quote gideoncross 26-6-2021 11:39 AM
TerataiMelur02 replied at 26-6-2021 07:01 AM
Masih segak lagi

Dia ni dgn Jalaludin Hassan.
Quote airmineral 26-6-2021 12:16 PM
LadyCarefree: Honestly I memang xfaham nk bergambar dgn org yg xde meaning dlm hidup kita ie someone who don't even know me nor care abt me LoL but yeah I know I am ...



sama la kaka..iols pun xpaham.. lagi 1, minta signnn..pun xpaham juga.haha
Quote sleepandream 26-6-2021 01:22 PM
cuba yang lalu tu imam masjid besar negara... nak bergambar tidak

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.097061 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top