CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Koya nak kenakan suami, sendiri yang tak boleh tahan", Abby Abadi "fail" buat TikTok challenge

25-6-2021 02:45 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9762| Komen: 49



Lama juga tak dengar khabar berita pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan.

Meninjau di Instagramnya, Abby dilihat agak jarang berkongsi aktiviti harian bersama suami dan anak-anak namun lebih kepada posting mengenai produk, program harian dan kata-kata hikmah.

Terbaru, Abby cuba membuat video TikTok challenge "tipu-tipu rutin harian" untuk "mengenakan" suaminya, Muhammad Faizal Zakaria. Maklumlah kebosanan dikala PKP, apa salahnya sesekali berhibur bersama orang tersayang kan.

TikTok challenge ini juga telah dibuat oleh pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dengan anaknya, Engku Aleesya dan hasilnya sangat kelakar.


Namun, lain pula ceritanya dengan Abby kerana belum sempat habis kan challenge pun Abby dah tergelak besar.

" Aduhhhhh geliii terlebihh laaa.. baru nak main tik tok, nak koya2 kenakan suami, sendiri yang tak buleh tahan HAHAHAHAHAHAHA🤣😝 "

" Tengooookkk orang lain buat muka selamba je buat2 cerita aktiviti time PKP, nak kenakan orang.. kita takleh tahanlah., canerr?? baru satu tajuk dahhhh gelak tak berhenti 😝🤣 " katanya.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat turut terhibur dengan gelagat Abby yang dilihat tidak berjaya menghabiskan challenge untuk mengenakan suaminya.



Untuk makluman, Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata namun jodoh tak panjang dan bercerai pada 2008.

Pada 2013, Abby bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Dua tahun kemudian Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria yang mesra disapa Jai yang merupakan wartawan kanan di media Harakah.


Menariknya, hubungan Abby, suami dengan bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza adalah tersangat baik dan sering mendapat pujian ramai dek kerana keakraban mereka. - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BungaTepiMeja 25-6-2021 03:00 AM

kawan i ada sorang macam ni..dia yang nak buat lawak, dia yang gelak.. lawak apa dia nak buat pun tak tau.. jenis mudah terhibur
Quote haifawehbe 25-6-2021 03:24 AM
iols kagum dgn dia ni ringan betul jodoh.. apa la rahsia boleh menuntut ilmu x?
Quote makadek 25-6-2021 07:25 AM
Laki ku kata gediknyaaa
Memula dia igt mak dn ank
Quote alieyrina 25-6-2021 08:25 AM
X teringin nk tengok. Tp yala xdak keja buatkan..paham
Quote dejure 25-6-2021 08:49 AM
haifawehbe replied at 25-6-2021 03:24 AM
iols kagum dgn dia ni ringan betul jodoh.. apa la rahsia boleh menuntut ilmu x?

Bukan jodoh je ringan tp yg i igt pasal abby ni sejenis yg senang bersalin juga..anak dia tiga2 tu mudah keluar
Quote Nenasketum 25-6-2021 08:53 AM
haifawehbe replied at 25-6-2021 03:24 AM
iols kagum dgn dia ni ringan betul jodoh.. apa la rahsia boleh menuntut ilmu x?

Menggelitis dia power la kot, Jul Ripin dapat kat dia sebelum kat orang lain. Dah gundhu pun menggeletis, style Serina
Quote opie5662 25-6-2021 09:02 AM
Makin lama makin menggedik... Skrg dh pandai mekap2... Tudung pon dh singkat sket.... Lengan pon nampak kdg2.... Dlu sibuk sgt aurat sane.. Aurat sini... Skrg dh termakan sumpahan ke... Lg kalau norman yg amek video kat rumah, stokin pon x pakai....
Quote salimrock 25-6-2021 09:10 AM
Nenasketum replied at 25-6-2021 08:53 AM
Menggelitis dia power la kot, Jul Ripin dapat kat dia sebelum kat orang lain. Dah gundhu pun mengg ...

SUKA dgn ayat dah gundhu pn mengeletis .......
Quote ImpianSeroja 25-6-2021 09:13 AM
Ramai ikut challenge TikTok ni yee...
Quote kakakgarang 25-6-2021 09:19 AM
entah la.. aku rasa CRINGEEEE..

tapi ada satu soalan tuk norman.

kenapa norman setia dgn memey.. apa kurangnya abby??

memey ikut citarasa or bodo2 depan norman ke?

Quote imanda 25-6-2021 09:25 AM
kakakgarang replied at 25-6-2021 09:19 AM
entah la.. aku rasa CRINGEEEE..

tapi ada satu soalan tuk norman.

abby mcm garang n memey tu kan mcm sememeh lembik, menurut kata la kot sb tu norman blh beralih arah hihi
Quote imanda 25-6-2021 09:25 AM
BungaTepiMeja replied at 25-6-2021 03:00 AM
kawan i ada sorang macam ni..dia yang nak buat lawak, dia yang gelak.. lawak apa dia nak buat pun  ...

hahaha aah ade org camni belom habis cite dia dah gelak dulu. lahhh, sendiri geli sendiri kot
Quote kakakgarang 25-6-2021 09:28 AM
imanda replied at 25-6-2021 09:25 AM
abby mcm garang n memey tu kan mcm sememeh lembik, menurut kata la kot sb tu norman blh beralih ar ...

so betul la apa yg dikatakan kena buduh2 menurut perintah baru laki nak setia? HUHU

ok la kalau mcm tu.. kena la ubah sikap
Quote missHaidiD 25-6-2021 09:31 AM
Eeewwwwwwwww
Koser aku. Sejenis da tua pun geletis tak hengat..mesti.menurun kt ank nti
Quote degrandlite 25-6-2021 09:35 AM
Sejenis mudah terhibur.. LOL
Quote laksmanabentan 25-6-2021 09:37 AM
alieyrina replied at 25-6-2021 08:25 AM
X teringin nk tengok. Tp yala xdak keja buatkan..paham

sama ler... follow pun idok....
acah2 muslimah sgt tp nan adooo....
Quote dewi_rina 25-6-2021 11:27 AM
lawak ke? part mana lawak nya?

Quote dewi_rina 25-6-2021 11:28 AM
imanda replied at 25-6-2021 09:25 AM
abby mcm garang n memey tu kan mcm sememeh lembik, menurut kata la kot sb tu norman blh beralih ar ...

memey tu gelenyar dia, abang abang... dok lah ikut belakang norman masa dekat mahkamah tukawin pun belom masa tu
benci betul
Quote matjerk 25-6-2021 11:36 AM
Dia pun nak gak..lps erra ...
So next... dekmira n emirrrrrrrrrrr
Lopak n piyuuuuuuuuuuuuuuu
Mamatine n apak rebondinGGGGGGG

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.100884 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top