CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nabil Tukar Nombor Kereta Takut Jadi Sasaran Penjenayah

20-11-2013 12:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19450| Komen: 96




Nabil Ahmad


KUALA LUMPUR
: Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam kejadian di Sungai Buloh dekat sini.

Nabil berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.

"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah.

"Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya.


Aksi menarik Nabil bersama isteri dan anak.


Nabil ditemui pada majlis pengumuman barisan artis yang membuat persembahan serta pengacara bagi acara Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) di Hotel Istana di sini pada Selasa.

Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan.

Nabil membuat laporan di Balai Polis Damansara dekat sini sejurus selepas kejadian.

2

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 19-11-2013 07:41 PM
baru blk dr gym ke pehtu pi mkn.. sbb dia kata beg galas ada baju sukan kn.. ic pun letak dlm beg tuh yeaa.. leh lak dia asingkn ic tak letak dlm wallet.
dia neh rajin g gym satu famili ngn ank2 dia pun angkut sekali.
Quote maxim 19-11-2013 07:47 PM
penjenayah tu tau nabil makin kaya skang
Quote syanis4114 19-11-2013 08:08 PM
Kasi pasang 8 mil thickness security tinted la.
Quote mitnick 19-11-2013 08:09 PM
nyesal pencurik dapat ic n bj sukan bau peluh je
Quote RoseMerahJambu 19-11-2013 08:34 PM
Takziah nabil
Quote mea 19-11-2013 08:39 PM
Anak dia mmg Nabil Junior lah....sama
Quote ice98 19-11-2013 08:41 PM
Dugaan.. tabah lah.
Quote famri7 19-11-2013 09:00 PM
Yang gambar sambil caption 'aksi menarik nabil..dan bini.? Ape motifnya? Aku eksaited jer bukak.....
Quote merlinjb 19-11-2013 09:56 PM
Suchi posted on 19-11-2013 07:41 PM
baru blk dr gym ke pehtu pi mkn.. sbb dia kata beg galas ada baju sukan kn.. ic pun letak dlm beg tu ...

Biasa mmg lelaki asingkan ic dr wallet sb takut patah.
Quote 311gurl 19-11-2013 09:59 PM
Kete apa nabil bawak tu?
Quote dahliateck 19-11-2013 11:06 PM
oloh siannye pencuri tu, x dpt hasil yg memberansangkanl
Quote kiwi16 19-11-2013 11:09 PM
bertabahlah nabil...ada hikmah disebalik yg berlaku.
Quote misssuka 19-11-2013 11:13 PM
Aduh... kesian Nabil. Miss suka sangat kat budak ni
Quote mommymonster82 19-11-2013 11:13 PM
Beg mende pon..jgnlh tinggal dlm keta kt seat,.
Mmglh penjht ni pntg nmpk beg...
Quote xlupadotcom 19-11-2013 11:14 PM

http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=hi_03.htm
Quote Kassim_Patalon 19-11-2013 11:29 PM
nabil cute            
Quote mrsrezza 20-11-2013 01:51 AM
i lap u nabil!...tinge capang u tetap jd pujaan ati i!....sila bertabah ok dgn dugaan ni...
Quote RatuDunia94 20-11-2013 02:23 AM
satu je nak komen...
nabil masa buhang dgn lepas kahwin penampilan berubah habis.. makin smart & terurus..
english dia pon byk improvement uols.. kalah diva tersohor..
Quote Kassim_Patalon 20-11-2013 02:36 AM
diva tersohor tu senantiasa kalah kak

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.039903 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top