CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seksa Sebelum Bunuh, Gantung Mayat Musuh Bawah Jambatan

24-6-2021 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2917| Komen: 17

Mexico City: Seksa sebelum gantung. Itu tindakan kejam kartel dadah pernah diketuai Joaquin 'El Chapo' Guzman iaitu Kartel Sinaloa terhadap musuh mereka.

Media tempatan melaporkan, mangsa ditemui digantung di jambatan di bandar Fresnillo di Zacatecas, negeri di utara Mexico, pada 19 Jun lalu.

Pembunuh meninggalkan mayat mangsa dalam keadaan separuh bogel.

Foto: Agensi


Beberapa hari sebelumnya, anggota Kartel Sinaloa menyoal siasat tiga askar daripada kumpulan musuhnya, Jalisco New Generation Cartel (CJNG).

Mangsa kemudian dipercayai diseksa sebelum diikat di jambatan, lapor Infobae.

Permusuhan kedua-dua kumpulan penjenayah itu sudah berlanjutan selama bertahun-tahun.


Beberapa kali, kedua-duanya 'berperang' untuk mengawal laluan perdagangan dadah ke Amerika Syarikat.

Kejadian terbaharu itu dipercayai sebahagian daripada 'Operasi MZ' Kartel Sinaloa.

Ia diumumkan Oktober lalu menerusi surat oleh ketua Kartel Sinaloa, Ismael 'El Mayo' Zambada.

Dia mengambil alih kartel itu sejak pemimpin kumpulan itu, El Chapo diekstradisi dan kini dipenjarakan di Amerika Syarikat.

Dalam pesanan video, beberapa lelaki bersenjata mengancam pegawai tempatan dan memberi amaran 'kepala akan bergolek di wilayah dikuasai CJNG'.

Pakar kartel dan bekas polis persekutuan AS, Robert Almonte berkata, dia percaya kejadian sama akan berlaku bukan hanya di Zacatecas.

Katanya, operasi itu diarahkan pemimpin tertinggi Kartel Sinaloa dan ia dipersetujui oleh El Mayo.

Katanya, usaha itu mungkin membabitkan ratusan orang termasuk penguat kuasa undang-undang serta pegawai tentera yang mengambil rasuah.

Media sebelum ini melaporkan tujuh mayat ditemui di Zacatecas, Disember lalu, dipercayai dibunuh oleh Kartel Sinaloa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 24-6-2021 10:40 AM
Dasat sangat ya. Jahat dan kejam. Patutnya pemimpin tegas serbu semua markas Dorang dan tembak je semua kasi mampus. Susah sangat ke kalau askar dan polis ramai2 keluar. Geram tol. Kasi hapus semua clear bom kan. Dan baru benda ni tak berulang bila ketua lama dah mampus. Jangan bagi langsung peluang bina kumpulan cmni
Quote djzara81 24-6-2021 12:05 PM
Tgk Narcos kt Netflix pon dah seram. Trigger happy je ahli cartel.
Quote dudaberhias 24-6-2021 12:09 PM
naina replied at 24-6-2021 10:40 AM
Dasat sangat ya. Jahat dan kejam. Patutnya pemimpin tegas serbu semua markas Dorang dan tembak je se ...

Khen kaka, buat macam filipina. Last2 aman je filipina. Buat apa nak simpan lagi sampah sarap semua tu. Kalau iols, dengan bom2 iols ledakkan di situ
Quote naina 24-6-2021 12:12 PM
dudaberhias replied at 24-6-2021 12:09 PM
Khen kaka, buat macam filipina. Last2 aman je filipina. Buat apa nak simpan lagi sampah sarap semu ...

Tulah. Buat sekali musnahkan semua
Bila dah mampus ketua tu barulah yg kecik tu takut nak bina Kembali kumpulan
Undang baru perlu buat
Tapi tulah susah kalau yg atasan pon penakut dan rasuah
Quote Ciktiekus 24-6-2021 12:52 PM
Amerika Syarikat menyatakan bahawa Kartel Sinaloa adalah sebuah organisasi terbesar dunia dalam aktiviti pengedaran dadah.
Dah bertahun polis mexico & us memerangi depa ni tapi biasa la ada duit apa ja boleh buat..dah jadi terlalu berkuasa..
Quote Artemesiaa 24-6-2021 12:54 PM
Kejamnya perbuatan dah macam kembali kezaman lampau
Quote Meiizu 24-6-2021 01:10 PM
Mcm dlm filem mcm tulah realiti
Quote batmana 24-6-2021 02:21 PM
sempadan us/mexico tu bsr nk jaga

tapi klu tenera amerika jaga sempadan sana, dari jaga negara org lain smpai da pengkalan kt negera asing, benda ni mudah aja nk hapus

tapi cm biasa, tkde kepentingan pada negara
Quote dani-rox 24-6-2021 10:14 PM
Kartel CJNG pun 2x5 ganas.
Minggu lepas ai tengok bideo mcm mana dia org tangkap salah sorg leader dari United Cartels (yg jugak berhubungan rapat dgn Sinaloa) dan bakar kepala dia hidup2 sampai nampak tengkorak.
Kartel2 nih suka sebarkan bideo seksa dan bunuh ke internet utk timbulkan perasaan takut dan gerun org ramai.
Quote slavehunter 24-6-2021 11:22 PM
Cia dan Dea banyak jugak yang corrupted, masalah takkan selesai.
Quote I.K.A888990 25-6-2021 01:57 AM
kartel ni jgn buat main. selalu tgk cerita mexico kartel pun dah takut
Quote AyaqMeloSuam 25-6-2021 03:29 AM
Duit dadah / kegiatan selari dgnnya tu jana negara.. korupsi .. taxes semua... all in 1 berkaitan.
Quote lattehazelnut 25-6-2021 04:35 AM
naina replied at 24-6-2021 10:40 AM
Dasat sangat ya. Jahat dan kejam. Patutnya pemimpin tegas serbu semua markas Dorang dan tembak je se ...

Its not that simple..
Duit diorg billion2 lemon..
Byk spy dlm polis n tentera pun..
Lepas tu diorg byk terowong utk larikan diri..
Quote pu3_rania 25-6-2021 06:55 AM
dani-rox replied at 24-6-2021 10:14 PM
Kartel CJNG pun 2x5 ganas.
Minggu lepas ai tengok bideo mcm mana dia org tangkap salah sorg leader ...

Kejam dan dasyat
Kalau tak silap pernah baca ada bekas2 polis & tentera yang tubuhkan kumpulan elit kartel dadah
Quote noor2 25-6-2021 07:18 AM
Bila rasuah berleluasa...dan bila undang2 dan pemimpin boleh dibeli... entah2 pemimpin sendiri terlibat...

Malaysia nanti ke arah mcm tu la jika rasuah amalan biasa dan pemimpin sekali bersubahat..

Quote dani-rox 25-6-2021 03:56 PM
pu3_rania replied at 25-6-2021 06:55 AM
Kejam dan dasyat
Kalau tak silap pernah baca ada bekas2 polis & tentera yang tubuhkan kumpulan el ...

ha'ah... lg pun dia org ada byk duit utk beli senjata canggih dan upah lebih ramai tentera, yg kebanyakannya datang dr korga miskin dan terdesak.
Quote akuman1981 26-6-2021 04:00 PM
pasal kartel ni pernah dibincang kt quora, reddit.
perang musnah mcmana skalipun pun, selagi ada permintaan (customer terbesar rakyat usa) selagi tu akan muncul ketua kartel yg bru, rasuah sana sini

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.517167 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top