CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Jemput Maut" - Sofea Jane Meroyan Dengan Penghantar Makanan

23-6-2021 06:03 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8975| Komen: 27|Original author: Oleh: LilRose

Nampaknya, sikap segelintir penghantar makanan yang menunggang motosikal secara berbahaya turut mendapat perhatian pelakon, Datin Sofia Jane.


Kredit foto: Utusan


Di Twitter, pelakon itu turut memohon kepada penghantar makanan supaya mematuhi lampu isyarat.

"Saya tahulah kalian nak capai kuota harian, tapi janganlah sampai nak menjemput maut," ciapnya.


Kredit foto: Twitter

Sofea juga tidak berpuas hati dengan sikap mereka gemar membunyikan hon kepada mereka di lintasan pejalan kaki dan menunggang dengan laju di kawasan perumahan.

"Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ni baru motosikal, belum lagi saya meroyan pasal pemandu kereta," ujarnya.


Kredit foto: Twitter

Katanya, dia faham golongan berkenaan mengejar trip, tetapi tidak bermakna boleh menunggang atau memandu secara berbahaya.


Kredit foto: Twitter

Semakin banyak kes kemalangan membabitkan penghantar makanan hingga orang ramai hilang rasa simpati mengingatkan ramai di kalangan mereka membuat onar di jalan raya.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 23-6-2021 06:16 PM
I kesian kat riders ni sumer..tapi bab bawak moto bahaya mmg dah berapa kali terserempak..ada sekali laju je nak kuar simpang..baru ni pulak ada sorang selamba je kat simpang 4 traffic light dia masuk kat laluan bertentangan..mmg la time tu jalan clear, tapi i rasa mcm rider tu dah biasa je buat gitu..risau nengoknyer
Quote djzara81 23-6-2021 07:10 PM
Bole tak nak suggest, Grab & FP wajibkan riders pasang camera so that ada bukti if anything happens. At the same time, riders pon disiplin skit.
Quote cheezel 23-6-2021 07:37 PM
mmg dorg suka langgar lampu merah. rider2 ni ramai mati accident tapi tetap gak yg lain nk langgar lampu merah. pls mati je. jangan menyusahkan org lain yang xbersalah.
Quote xAthenax 23-6-2021 08:00 PM
banyak kali kakak jumpa derang ni just brooooom walaupun lampu merah.  Kita yang gerun.
Quote mclaren 23-6-2021 08:57 PM
Dia mentioned yang rider yang langgar kereta adik dia yang statiionary was on the phone.
Sama seperti yang saya sebut kat thread rider langgar lori bangla tu. Aagaknya perasan lori tu stopped kat tepi too late, sebab doo tengok phone.
Memang selalu nampak mereka ni tengok phone sambil riding very fast.
Ye memang awak kena check phone nak confirm lokasi tapi perbuatan tu bahaya dah salah di sisi undang2. Tolong stop somewhere kejap untuk check phone.
Quote mclaren 23-6-2021 08:59 PM
Also missdragon tu cakap food delivery kurang sebab lockdown?
Bukan ke lockdown  = tak boleh dine in = more foods ordered through delivery app?
Quote salmon-suki 23-6-2021 09:09 PM
Hmm...org y berduit mmg xfaham kesusahan org y terpaksa kerja cari duit bak kais pagi mkn pagi..ai xsetuju dorg langgar traffic or memandu secara berbahaya..tp y kata main fon tu,are u bloody sure dorg main fon saja2?bukan duk layan customers spesis karen fefeeling entitled y duk merungut tiap saat bila makanan y diorder nak sampai?

Sesuka hati jah ckp "niat tak menghalalkn cara"..sama jgk kamu,berlakon seksi kemain semata nak duit kan..helloooo.. niat tak menghalalkn cara..dgn dah tua pun tak menutup aurat..dayus haa laki kamu tu..{:smile
Quote salmon-suki 23-6-2021 09:10 PM
mclaren: Also missdragon tu cakap food delivery kurang sebab lockdown? Bukan ke lockdown  = tak boleh dine in = more foods ordered through delivery app?


Maybe org dah start masak sendiri kot..ai dlu time pkp kerap jgk order tp lps harga makanan naik mencanak, delivery caj y mahal plus kualiti makanan pn dah kurg walaupun harga naik,,ai pilih utk masak sendiri..maybe ada y berfikiran sama mcm aiolzs..tu y bt order kurang?maybe yee..heheh
Quote Carcosa 23-6-2021 09:27 PM
Sebab UTAMA meols pindah drpd apartment lama meols adalah kerana rider2 ni semua. Green Man dah menyala, tetap diorang zusss zassss langgar lampu merah. Me'ols pulak kena eh eh eh. Time takde anak takpe. Lps meols beranak, terus pindah tmpt yg jauh dari hiruk pikuk jalan raya. Takut kalau tgh kendong anak ke, tolak stroller anak ke, dia zuuuuusss, hahhh kita pun zissss. Sebelum apa2 jadi, baik aku berambus
Quote addamnor 23-6-2021 09:38 PM
Bukan di bandaraya KL jah.. di kota bharu sebesar tempurung kelapa pun puak2 rider ini menunggang ibarat nyawa itu ada sembilan. Selamba dia sahaja duk bedal geral time lampu merah. Kita pulak yang seriau duk iya ke idak iya ke idak nak gerak bila lampu hijau kot2 ada yang tetiba muncul duk langgar lampu... Kot kalau nak mampos innalillah seorang diri tak apa lah jua, ini kalau tersondol, high chance kereta kita yang disondol.
Quote anony-mous 23-6-2021 10:05 PM
Mmg diaorang suka langgar. Dah byk kali sgt nampak. Kita pulak yg takut dgn dia. Nnti kena langgar, belasah pemandu pulak
Quote teletubis 23-6-2021 11:10 PM
Suka tengok henpon sambil bawak moto.. Seriau perati
Quote diradi 23-6-2021 11:27 PM
Btol apa dia ckp..dkt tpt aku ni, setiap bulan mesti ada kes kematian rider.
Smlm ada sorang..langgar lari pulak tu. Allah kesian btuk
Quote mclaren 24-6-2021 08:50 AM
salmon-suki: Hmm...org y berduit mmg xfaham kesusahan org y terpaksa kerja cari duit bak kais pagi mkn pagi..ai xsetuju dorg langgar traffic or memandu secara berb ...


Since saya seorang je above you mentioned tengok phone, dalam post saya, saya tak sebut MAIN PHONE (check balik post saya) tapi saya sebut yes, rider kena tengok phone nak confirm lokasi pelanggan (biasanya) tapi perbuatan tu still bahaya untuk rider tu sendiri dan pemandu2 lain atas jalan.
Especially bahaya untuk rider sebab dia naik motor je, tak seimbang lagi sebab bawak kotak makanan. Kereta lori bas all bigger, langgar rosak kenderaan je, tapi rider confirm akan jatuh dan mungkin dilanggar kenderaan lain.
Tolong hargai nyawa. Tak baloi kejar duit tapi nyawa kat hujung tanduk.
Berhenti tepi kejap, check phone, then jalan.
Quote bluebutter 24-6-2021 08:58 AM
Carcosa: Sebab UTAMA meols pindah drpd apartment lama meols adalah kerana rider2 ni semua. Green Man dah menyala, tetap diorang zusss zassss langgar lampu mera ...

Itu tk termasuk kita enak enak jalan di sri damansara one way slow slow lah kita enjoy the view peaceful SD tu, dtg boy in pink or boy in green, sesuka hati buat two way, laju amat lak tu. Lepas itu muka toye. Selalu cakap anak siapalah ni, BIADAP.
Quote Nenasketum 24-6-2021 09:01 AM
Dia ni tak tau ramai customer sewel, mesej & call bertalu2.
Quote edayildiz 24-6-2021 09:03 AM
i selalu jmpa..geram tp kdg2 kesiann..
Quote cheezel 24-6-2021 10:06 AM
rempit bekerja. cmnila dia. langgar sume lampu merah. bawak macam hanat. bawak xtgk kiri kanan rasa nk uturn dia buat je. mmg rempit 100%
Quote juruterra 24-6-2021 11:44 AM
salmon-suki replied at 23-6-2021 09:09 PM
Hmm...org y berduit mmg xfaham kesusahan org y terpaksa kerja cari duit bak kais pagi mkn pagi..ai x ...

amboi hater sofea jane
Rider tu kalau nk layan pelanggan or cari direction berenti la sekejap kt tmpt2 x berbahaya ...mmg most of them merempit expect semua org bg laluan kat dorang. acaner tu, masalahnya kalau kita terlanggar dia sebab dia langgar traffic lite nanti kita juga yg salah kan...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.071693 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top