|
Menerusi video di aplikasi TikTok, timbul tanda tanya apabila seorang pelanggan meminta supaya nasi goreng Pattaya yang dibelinya tidak diletakkan telur dan sos. Tukang masak, Hafiz Zulkifli berkata, pelanggan itu membuat pesanan bersama dua lagi menu iaitu nasi goreng kambing dan nasi goreng ayam goreng kunyit secara online daripada restorannya di Jerantut, Pahang, pada minggu lalu.
Pemuda berusia 30 tahun itu mengakui terkejut dan keliru sebaik melihat nota pesanan ringkas yang ditunjukkan peranti tempahan untuk tujuan penghantaran. "Kebiasaannya pelanggan yang membeli nasi goreng Pattaya ini akan request untuk tak nak sayur atau sos cili sebab ada yang tak suka makan sayur atau pedas. Tapi bila pelanggan tak nak telur tu memang keliru. "Menerusi servis penghantaran ni, kami tak dapat berhubung dengan pelanggan. Jadi, kami minta rider tolong tanyakan kat pelanggan apa sebenar request yang dimaksudkan tu.
"Sebenarnya bila terima order daripada pelanggan, kami terus menyiapkannya sebelum rider datang. Bila rider sampai, dah boleh ambil order dan hantar terus kepada pelanggan. "Tapi untuk order yang pelik ni, kami terpaksa tunggu dulu untuk pengesahan daripada pelanggan," katanya kepada mStar. Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku sejak restoran berkonsepkan masakan Thai beroperasi sejak 2016. Mengulas lanjut, dia perlu mendapatkan pengesahan pelanggan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan membabitkan premis dan penghantar makanan. "Servis ni ada rating. Kalau kami buat lain, tapi pelanggan sebenarnya nak lain... nanti boleh jejaskan rating kami. Kalau orang lain nak order kat apps pun akan tengok rating. "Kalau rating tak cantik sebab kedai beri servis yang kurang memuaskan, mesti pelanggan lain tak nak order di kedai tu. Jadi, kami perlu pastikan servis kami sentiasa terbaik," ujarnya sambil menambah bisnes tersebut turut diusahakan bersama dua lagi adik beradiknya. Selepas mendapat pengesahan, Hafiz yang merupakan bapa kepada kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan rupa-rupanya terdapat kesilapan di pihak pelanggan.
|

shernazz: Kawan.iols.plak ada customer.order foodpanda dia..bagi notes mcm.niNasi lemak.paru tapi tak nak.nasik..Rupanya dia.nak.sambal paru tu aje..
Nyusahkan orang je 
nie mesti kes terlebih lapor maka sel2 otak tak berhubung. teringat pulak kat member i masa kami pi pasar malam 2019 kot, dia nak order roti john chesse . dia pun cakap kat abang yang jual roti john dengan penuh semangat dan keyakinan yang maha tinggi : bang saya nak roti john chesse satu tapi tak nak roti , muka abang tu dengan i macam
. lepas tu i pon cakap : maksud kawan saya nie : dia nak roti john chesse tapi TAK NAK SAYUR . dapat tak bayangkan perasaan i masa tu dok tahan gelak . sampai je rumah , i bantai gelakkan member sampai berair mata. lepas tu tobat member tu nak beli roti john . member i tu memang selalu typo dalam percakapan tapi selalu jadi depan i je , tu lah kali pertama jadi depan org lain.
ADVERTISEMENT