CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 'Lahirkan' 10 Kembar Ditahan Di Wad Psikiatri

23-6-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4454| Komen: 20

Wanita yang mengaku melahirkan 10 bayi kembar sebelum ini ditahan di wad psikiatri di Hospital Tembisa di Johannesburg. 

Lapor Daily Mail, Gosiame Sithole menjalani rawatan psikiatri sehari selepas pasangannya, Tebogo Tsotetsi tidak mempercayai wanita itu melahirkan bayi tersebut. 


Wanita berusia 37 tahun itu ditahan di rumah saudaranya di bandar Rabie Ridge, awal pagi Khamis lalu. 


Kredit foto: El Nacional.cat

Dia kemudian dihantar ke balai polis berdekatan Chloorkop sebelum diserahkan kepada pekerja sosial yang kemudian menahannya di hospital bagi menjalani ujian penilaian itu.

Spekulasi mula timbul selepas hospital yang didakwa Sithole melahirkan anak menafikan perkara itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Mediklinik Medforum di Pretoria, Dr. Mathabo Mathebula mengesahkan tiada fasiliti miliknya terlibat dalam rawatan obstetrik dengan pesakit itu. 


“Wanita itu tidak pernah berada di hospital ini. Kami tidak tahu mengenai latar belakangnya,” katanya. 

Wanita itu mengecam ayah kepada anak-anaknya kerana tidak mempercayai kandungan kembarnya wujud. 

Katanya, Tsotetsi ingin menjadi kaya daripada kelahiran yang memecah rekod itu dan hanya memikirkan tentang sumbangan yang mampu diperoleh dari seluruh dunia.  


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 23-6-2021 05:22 PM
Baru ke nk kagum dpt kembar 10.. dh khabar angin la pulak.. kalau pk2 balik, betulla kot tipu.. kalau kembar 10 pon, konfem2 la semua 10-10 tu kena tahan kat wad sbb xcukup bulan kesemuanya..
Quote Artemesiaa 23-6-2021 05:26 PM
Scammer juga rupanya
Quote any42 23-6-2021 06:10 PM
ler dah tu baby2 tu smua xwujud lah ye. ade pernah share ke gmbar smua ank2 dia tu. hritu tgk gmbar perut je
Quote lurve82 23-6-2021 06:15 PM
Laaaa…penipu ke?
Quote orgsepang 23-6-2021 06:18 PM
Akak pelik juga berita aritu tak ada gambar bayi2 dia yang katanya tak cukup bulan tu rupanya harapkan duit ya. Sapalah yang sudah tertipu.
Quote Perawankota 23-6-2021 06:24 PM
Hari tu aku dah terpercaya
Quote Ciktiekus 23-6-2021 07:31 PM
Nasib baik bukan shithole..3x aku baca {:laugh
Quote mbhcsf 23-6-2021 07:33 PM
kena scammed ke semua  yg baca berita itu ?
Quote dubuk 23-6-2021 07:34 PM
bulat air kerana pembetung.. bulat manusia kerana
Quote belilies 23-6-2021 07:39 PM
Meghan markle 2.0
Quote Suchi 23-6-2021 07:50 PM
Dah tu yg dia bergambo sebelah suami dia tu tak penah tgk perut dia ke?
Quote borrow 23-6-2021 08:07 PM
Suchi replied at 23-6-2021 07:50 PM
Dah tu yg dia bergambo sebelah suami dia tu tak penah tgk perut dia ke?

DbEycSvXUAY60rZ.jpg

yg ni kan. Tulah tada tgk ka?
Quote Amigurumi 23-6-2021 09:06 PM
Gigih tau acik2 porumer (termasuk la iolls) mendoakan yg baik2 semasa bersalin nanti . Kemain bahagia gambo berdua dgn laki..dasarrrr
Quote syamzana 23-6-2021 09:17 PM
ngok tui la.kan main iols ucap tahniah berharap bby+mak sihat sejahtera. scammer rupanya
Quote edayildiz 23-6-2021 10:07 PM
kene scam rupanya..pastu dia beranak ke tak sbnrnya? pnh ke ada dlm sejarah kembar 10?
Quote Carcosa 23-6-2021 10:19 PM
Tf did i just read?? Kebabian apa ni?? Cemana lah dia nak sorok 10 anak halimunan dia tu?
Kalau org panggil interview, nak ckp 10-10 tgh tido, gitu? Mental tak beragak. Mental ke masalah nye? Sbb kemain hah berangan nak jadi kaya sbb breaking record katanya. Nak jadi John And Kate plus 8 lah tu.
Tapi kau punya Tsotesi and ShitHole plus 0
Quote sukacactus 23-6-2021 10:46 PM
Mana la kita nak tau kena scam
Baca pun kat forum ni jg ha
Dah kata beranak 10
Kita pun oh! Ye! Boleh ye beranak kembo 10
Ha gitu la
Quote lurkingaround 23-6-2021 11:19 PM
.
.
Untuk berita(terjemah dari Inggeris) yang terperinci, .......

https://translate.google.com/tra ... ychiatric-ward.html - Wanita yang mendakwa dia melahirkan sepuluh anak di Afrika Selatan dimasukkan ke wad psikiatri
.
Quote 3480 24-6-2021 01:48 AM
So, dia beranak ke idak? Xkan la perot gitu punya beso sorg pon xdak. Xkan sumbat bantal kot

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.074902 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top